Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, November 28, 2008

Sebalik Berblog

Membaca blog itu adalah aktiviti saya seharian, lebih-lebih lagi sekarang cuti semester. Sekarang ini saya selalu membaca blog student2 Malaysia yang belajar ilmu Islam walaupun saya tak mengenali mereka. Banyak ilmu & info yang saya dapat. Meskipun mereka menceritakan tentang diri mereka, tapi kehidupan seharian yang mereka ceritakan itu, banyak iktibar yang boleh saya ambil. Terasa betapa kerdil diri ini.

Atas sebab2 inilah saya tak pernah jemu membaca blog. Meskipun ada yang mempertikaikan fungsi membaca blog. Semua itu pada saya bergantung pada diri sendiri.

#Saya bukan orang yang berilmu agama#

#Saya juga tak pernah join usrah#

#Saya menjalani hidup sebagai student pendidikan di sebuah daerah kecil, Tanjung Malim#

#Saya tak pergi ke kuliah agama sejak duduk di rumah sewa, kalau di kolej dulu saya akan pergi ke kuliyah agama setiap pagi Ahad sbg kuliyah hati, setelah seminggu di kuliyah minda#

#Saya mempunyai kawan-kawan yang biasa di sini, malahan kadang-kadang saya yang daif ilmu ini tempat bertanya itu ini tentang agama#

#Saya sering terleka dengan persekitaran saya, dan kawan-kawan saya di sini bukanlah yang kuat untuk menarik saya, malahan mereka juga bergantung pada saya kadang kala#

#Saya juga tak nafikan kadang kala hati saya mahu untuk program2 keilmuan, tapi kawan-kawan saya di sisni bukanlah yang alim@ warak yang saya harapkan utk membimbing saya, saya seorang yang sangat bergantung pada persekitaran#

#Saya menjadikan blog sebagai wadah saya mempertingkat ilmu agama#

#Saya bermuhasabah bila membaca entri2 pengajaran drpd blogger yang alim @warak#

#Saya juga berblog utk mengetahui perkembangan kawan-kawan saya#

# Saya juga berblog pada masa kawan-kawan saya tengah bergayut di telefon, sebab itu saya ada banyak masa utk berblog#

Sebab itulah saya sangat suka membaca blog2 mereka yang study agama. Kadang-kadang kisah yang diceritakan simple tapi penuh bermakna. Setiap perkara saling bergantungan ceritanya dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah. Saya juga membaca blog blogger yang menulis tentang kehidupan seharian. Banyak ilmu yang saya dapat. Terima kasih kepada blogger yang ikhlas berkongsi kisah, cerita dan ilmu.


Terasa betapa lemahnya penulisan saya dari aspek kesedaran sebagai hamba-Nya. Tetapi saya masih setia di dunia penulisan blog ini. Moga masih ada manfaat atas penulisan ini. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadi sempadan.

p/s: Okaylah dah banyak sangat membebel. Nak kena masak utk lunch pulak. Hari ni nak masak ikan siakap 3 rasa & tomyam. Rasanya esok nak tulis n3 tentang masakan...kena ada label baru ni... rasa dapur :p

Thursday, November 27, 2008

Habis Perjalanan

Pagi 22 November, seawal 7.30 pg sy n Along dah bergerak menuju ke Kemaman. Sejam kemudian sudah sampai di depan rumah tok wan di Kemaman. Perjalanan ini merupakan perjalanan terjauh yang pernah Along drive.

Pagi tu jer dah makan nasi dagang. Sebenarnya dah breakfast kat Kuantan. Tapi biasalah, tok wan ku yang sangat mengambil berat, belikan juga nasi dagang. Huh...lepas rindu nak makan nasi dagang. Masa kat kampung ni lah, puas makan. Makan gulai kawah,sambal belacan, ikan bakar, mee rebus Mek Ani, dan kuih-muih sarapan pagi. Kesian perut.... seolah-olah diseksa. Hahaha...

Hari Ahad lebih kurang jam 10.30 pagi bergerak semula ke Kuantan. Sy & Along jalan2 Kuantan. Pergi meronda East Coast Mall jer :) Macam shopping complex biasa je. Malam tu kitorg g East Coast Mall lagi, nak makan pizza. Dan ingatkan nak beli Big Apple Donut utk breakfast pg Isnin tape terlupa pula selapas perut kenyag dgn pizza n spaghetti. Huhuhu....




Keesokannya seawal jam 7.30 pagi da keluar rumah menuju ke Stesen Bas Kuantan. Along hantar otw die nak g kerja. Bas nak ke JB jam 10 am. 2 jam di stesen bas diisi dengan menghabiskan bacaan Majalah i.


Teman sepanjang perjalanan.

Bas Mara Liner. Bas ni berhenti ambil penumpang di Stesen Bas Muadzam Shah & Segamat. Lebih kurang jam 4 petang sy tiba di Skudai. Ayah jemput lebih kurang jam 4.30 dan terus ke UTM utk jemput ibu pulang. Alhamdulillah.... berakhir perjalanan saya.

Kalaulah saya lelaki, saya rasa mungkin saya akan kuat merayap. Seronok.... sy sukan berjalan dan melancong. Kalau tengok blog kawan2 yg study over c ... seronok sungguh tengok dorg berjalan-jalan time cuti.

Wednesday, November 26, 2008

Kisah Ke Kuantan

Paper instrumen agak mengecewakan. Namun hati sy melonjak gembira kerana berakhirnya tempoh tekanan utk semester 5. Sungguh... sy tak suka pada tekanan yang berat. Walaupun sebenarnya tekanan itu baik utk memajukan diri. Bacalah entry ustaz Hasrizal tentang tekanan : klik sini. Setiap kali sy ditimpa tekanan yang menstresskan kepala, pasti badan jadi panas seterusnya selesema datang dengan dahsyatnya. Sampai tak boleh nak buat kerja... harapkan kuatkan hati tak melayan sgt selesema tuh. Kawan2 sudah sedia maklum sy akan selesema setiap kali sebelum test ataupun exam dan akan sembuh setelah habis test atau exam. (selesema mengada2 namanye (*_*) )

Lepas salam2 kawan sekelas (sikit jer gurlz dlm klas ni ... 11 org jer) sebelum bercuti pjg. Trus memecut balik dan kemas barang yang sebenarnya sudah dikemas.

Call Pak Cik Kamarul, tanya boleh tak ambil pukul 1.50 pm, malangnya tak boleh sebab blum habis solat Jumaat. So tukar plan, keluar rumah kul 12.45 pm. Smpai stesen bas, trus bli tket ke KL jam 1 pm. Tanya kat kaunter Transnasional n Mara Liner ade tak tiket KL- Kuantan, dua-dua kaunter da abis. Fuh! Ramai gak org nak g Kuantan rupenye. Tiket nye pula tak sebyk tiket KL-JB. Sy ke Kuantan nak g rumah kakak sy yang sudah bekerja sbg dentist di Kuantan. Kenapa sy beria sungguh nak pergi? Sebabnya, Along ajak datang, Along berada di Kuantan utk tempoh setahun shaja dan sem depan saya akan busy sebab sem preparation sebelum praktikal. Plus... sy teringin nak balik Kemaman nak makan nasi dagang...hahaha... makanan dan saya tak dapat dipisahkan :P

Tukar plan lg, kena g Pekeliling. Sebelum ni memang pernah tanya Shud cara2 nak ke Pekeliling dr Pudu dan benda yg sama Along mesej. Naik STAR LRT turun kat Titiwangsa.

Sampai Pudu pun dah agak lewat. Lbih kurang pukul 2.45 pm.... Sepatutnya sejam sahaja, tapi jam pulak KL tgh ari Jumaat tu. Naik atas solat zuhur dan jamak dgn asar. Pastu trus g kat kaunter tiket LRT, beli tiket dan naik tren menghala ke Sentul Timur. Tiket nak ke Titiwangsa RM 1.20 jer :)

Sampai Pekeliling terus turun ke hub bus Pahang. Aim nak beli tiket Bulan Restu, sebab Along ckp bas tu laju n best.... tapi tak de rezki....penjual tiket syarikat tu ckp tiket ke Kuantan hari tu punya da abis. :( Berjalan-jalan sambil mencari tiket, tanya kat kaunter2. Terjumpalah tiket paling awal ke Kuantan jam 6 ptg.


Call Along nak tanya boleh tak, tp Along x dpt agkt lak sebab Along dalam confrence kat UIA Kuantan. Along mesej suruh tanya ayah. Takut ayah risau. Hahaha...dengan keyakinan padu yang ayah bg, sy pun beli je tiket tu. Plusliner; KL-Kuantan: 6pm, 21 Novemeber 2008, Seat no :7 E. Lagipun masa tu dah nak dekat pukul 4pm. Sy dah lenguh berjalan dengan beg laptop digalas belakang n beg besar dijinjing di tgn. Nak ke Pudu balik pun rasa tak larat. Lebih-lebih lagi kalau bertembung org keluar office ptg tu kat dalam tren. Alang-alang dah sampai Pekeliling tu, baik sy teruskan niat nak g Kuantan.


Credit to flickr.


Lebih 2 jam sy kat Pekeliling. Nasib baik ada bawa Majalah i . Jarang beli majalah sebenarnya. Tapi kadang-kadang beli juga bila dah hujung2 sem. Persiapan utk baca masa transit kat KL sementara tggu bs JB :)

Menyampah betul orang smoking kat dlm pondok2 berteduh tu. Dah lah kite kat dalam tu nak berehat dr keletihan. Bau pula asap rokok yg busuk lagi berbahaya. Pening kepala bau asap rokok + cuaca panas + keletihan berjalan. Memang rasa berat kepala dah masa tu. Rasa tak sabar sangat nak naik bas. Boleh rehat sikit duduk dan berhawa dingin.

Tengah2 baca majalah dengan khusyuknya... Angkatlah muka pandang sekeliling. Rehatkan mata yang terlalu lama memandang objek dekat. Tiba2 terpandang seorang mak cik sedang berdiri dengan beg besar. Mak cik yang dah tua yang mungkin seusia tok wan. Huhuhu... dalam hati sebenarnya berat juga nak bangun dari kerusi yang sy tgh duduk tu sebab kepala sy pun pening + berat. Sy pun toleh org sebelah2 , takut2 ada yg sudi nak bg tempat duduk. Terfikir juga... entah2 makcik tu dah lama diri kat situ sebab orang sekeliling wat slumber je time sy tgok dorg. Sy pun bangun dan senyum kat mak cik tu. Panggil mak cik tu duduk. Mak cik tu pun duduklah sambil mengucapkan terima kasih. Mak cik tu mcm nk bersembang. Tapi sy seperti biasa... tak de kemahiran nak komunikasi dgn org tua. Mak cik tu tanya, sy jawab sepatah jer :) Huhu... communication skill ngan org tua tak de! Sy pandai seyum je :)

Dalam pukul 5, miscall ayah. Then, ayah call balik. Cakap yg saya naik bas pukul 6pm. Ayah okay jer. Sebelum naik bas aku g beli sebotol air mineral dan asam. Kesemuanya berharga RM 2.50. Pukul 6pm da kat dalam bas.

Rupanya ada lagi bas utk perjalan jauh yg masih guna seat 2+2. Biasanya balik JB 2+1. Duduk sebelah seorang akak yang sedang amik KPLI kat Institut Bahasa. Akak tu peramah sembang gak lah sikit2. Biasalah bakal guru jumpa bakal guru. Adalah topik yang boleh disembangkan.

Pukul 9.30 baru sampai kat stesen bas Kuantan. Bas tu berhenti berehat kat RnR Maran 10 minit jer. Tapi bas tu slow. Letih rasa duduk dalam bas yg slow ni. Apa yang dapat sy rasakan surface jalan LPT tak sesmooth PLUS. Biasanya kalau naik bas balik JB, tak terasa pun terlambung2 mcm nk ke Kuantan. Kalau naik kereta memang tak rasa, baik LPT atau PLUS.



Sampai je Along dah tunggu dgn MYVI die. Dalam kereta tu ada Kak Nani & Kak Pah. Lepas tu sy pergi mengisi perut dgn Along kat restoran yg dekat je ngan rumah die. Jalan kaki je. Plan keesokkannya nak balik kampung ayah kat Kemaman. Along nak drive setelah ayah bagi permision. Ayah kata kalau confident dan cuaca okay, bawak lah.

Bersambung.... pjg sgt da n3 ni.

p/s : hp sy tak canggih lah. So saya tak amik gambar pun. Tunggulah sy berkemampuan nanti, boleh la sy beli p yg canggih manggih :) tangkap gambar banyak2. Hehehe... masa jln tu sy tak bw digi cam sy. Huhu!

Monday, November 24, 2008

Berakhir Sem 5

Sepuluh hari tak updet blog ni, perkara yang sy jarang2 lakukan.

Alhamdulillah final exam sy telah berakhir, sekaligus bermakna sy sudah mengakhiri semester 5 di UPSI. Lamanya sy tak update blog bukan bermakna sy bz study.... huhu.... tapi seminggu sy bermalam di rumah kawan sy sementara menunggu paper terakhir pada 21 November 2008.Bermalam di rumah Cu yang juga setaman dengan sy... Rumah sewa sy di jalan 5 manakala rumah Cu di jalan 2. Berkampunglah sy di rumah Cu hampir seminggu, tanpa akses internet. Bosan2 sy akan tidur atau tengok tv.

Jarak selama 8 hari antara paper termodinamik dengan instrumentasi utk final exam baru2 ini sungguh menguji. Mana tidaknya....mood nak baca buku hilang bila tgok kwn2 da kms brg. Yg lbih mencabarnya paper exam pertama sy adalah hari pertama exam di UPSI dan paper terakhir sy adalah hari terakhir exam di UPSI. 3 minggu dalam tekanan peperiksaan dan seminggu dalam tekanan study week. Sungguh menyakitkan! Namun alhamdulillah .... semuanya sudah berakhir. Ada hikmah disebalik gap 8 hari itu... sy berkampung di rumah Cu seterusnya mengeratkan hubungan sy dgn housemate Cu... Kak Yana, Kak Ummu, Janet dn Tini :)

Seronok juga apabila paper last tu merupakan hari terakhir exam UPSI. Apa yang menyeronokkan? Jawapannya ialah libry! Library jadi sunyi kembali, tenang dan aman. Sungguh kondusif dan teraputik library dalam minggu akhir exam itu. Meja boleh dipenuhkan seberapa banyak yang dikehendaki. Selain itu, kalau nak buat discussion pun tak salah, sebab dah tiada orang sekeliling melainkan sy dan rakan2. Berbeza sungguh dengan hari2 biasa ataupun study week. Meja penuh, derap kaki manusia sentiasa kedengaran juga suara berbisik-bisikan.

Alhamdulillah... berakhir semester 5 sy.... doa sy semoga beroleh result yg baik.



Friday, November 14, 2008

Hati Suci

Dari mata ..... turun ke hati....


Namun bukanlah n3 kali ini ttg cinta yang berputik setelah merenung ke dalam mata.... tema n3 cinta ni bukan lah sy.

Pagi sy mendengar radio Ikim.fm. Isu yang dibincangkan adalah mengenai " Mendidik Hati". Saya agak terlewat mengikut segmen tu sebab on radio lebih kurang pukul 9.30 am. Dan segmen tu berakhir pada jam 10.

Walaubagaimanapun, semasa mendengar Ikim.fm dalam tempoh yang seketika itu, banyak input yang sya perolehi.

Antara yang saya nak share ialah:

  • Untuk menjaga hati kita perlu menjauhi penyakit hati. Penyakit hati ini adalah seperti perasaan hasad dengki, riak, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu mengingati dunia.

  • Hati perlu mengenal Allah. Nafsu dicipta sbg kehendak atau kepuasan. Akal dikurniakan utk membezakan. Jadi jika hati tidak mengenal Allah iaitu tidak tunduk pada Allah, hati kita akan tunduk pada nafsu dan akal semata-mata. Oleh itu didiklah hati supaya ia terpelihara.

  • Cara untuk mendapatkan hati yang tenang ialah dengan sentiasa mengingati Allah, menggunakan hati utk merenung kekuasaan Allah, bersyukur dengan setiap kurniaan daripada-Nya dan melakukan ibadah ikhlas hanya kerana Allah.

Walaupun dalam masa yang singkat sahaja saya dpt mengikuti segmen tersebut, terlalu banyak input yang sy dpt... Input kebaikan. Input yg simple... Namun kadangkala kita selalu terlupa... Sebab kita manusia biasa.... Sentiasa perlu diingatkan dan diingatkan kembali.


Dengan Mengingati Allah SWT, Hati Menjadi Tenang


Wednesday, November 12, 2008

* GS* (*_*)

Tinggal lagi satu paper lagi utk final exam sem 5 ni! Paper Basic Instrumentation. 8 hari lagi...jadi rehat2 dululah yer (*_*).

Kali ni nak cerita tentang makan, makanan, saya dan kekawan.

Sy suka berjalan ke blog2, membaca n3 yg ditulis drpd yg ilmiah sampailah ke blog diari kehidupan seharian. Dalam perjalanan sy, sy singgah di blog adik Kak Neeza. Terbaca tentang satu n3 restoran yg best kat TM. Haish .. teruja sangat nak pergi! Restoran Garden Seafood atau nama ringkasnya kitorg panggil :GS.

Sy pun apa lagi , p la btau Fana & Shud (roomate+classmate) ttg keterliuran sy tgok mknn tu dlm blog. So, dgn sepakatnya sy, Shud, Fana & Cu plan nak gi. Geng2 sy ni giler2 skit bab makanan ni.... Tp, dorg tak pe badan maintain, sy jugalah yg terlebih sihat. Huhuhu.

Maka dengan menelefon teksi, kitorg pon sampailah di sini pada 13 Oktober 2008. Tengoklah betapa dahsyatnya kitorg, walaupun tak de kereta, sanggup called teksi semata-mata utk g makan! Taktaulah kalo ade kereta, mmg lagi pjg lah langkah kami!

Layan gambar jelah....
Inilah Restoran Garden Seafood....Ada tanda Halal Jakim.
Dekat kaunter pun ada show Sijil Halal JAKIM.


Menu yang ditempah:
TOM YAM, HONEY SOTONG, SWEET N SPICY PRAWN & DUMPLING MAN TOA. Sweet n spicy prawn tu mmg best. Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan dicicah Dumpling Man Toa .
Memang Lazat!






Tak sampai sejam, makanan yang terhidang sudah licin! Alhamdulillah .... kenyang perut :)
Bila perut penuh, hati pun gumbira!





Yang bertambah sedapnya sebab masa pergi makan hari tu Miss Fana yang belanja. Thankz Fana... Maceh bbyk! Moga kau murah rezki lg, boleh belanja kitorg lg :P

First time g pd 13.10.2008. Masa tgh tulis n3 ni baru pulang dari Garden Seafood. Hari ini 12.11.2008. Sebulan sekali tuh!



Cerita Birthday Lagi


Happy Belated Birthday Fana! Birthday Fana dah lama lepas dah iaitu pada 20.10.2008 yang kali ke 21! Kitorg celebrate pun pada 21.10.2008. Cuma ceritanya lambat di update... bz skit.

Kenapa gambar makanan jer? Sebabnya kitorg celebrate kat dalam bilik tidur jer! Hehehe :) So, takdelah gambar manusia yang boleh ditontonkan!

Kebetulan birthday Anis, roomate ktorg pada 12.10.2008. So, smbut utk Anis sekalilah.

Simple je ktorg buat.... Cake & KFC..... Tapi yang paling penting bagi sy adalah erti menghargai sesama rakan.... Biar pun simple.... Puas makan tuh!

Happy Belated Birthday!

Tuesday, November 11, 2008

Happy Birthday AYAH!


This picture is taken 18 years ago. My Ayah with the twin.


Today is November 11th, Ayah's Birthday....HaPPy BiRthDay AyAh!



This picture is taken on Ramadhan 17, 1429 . My Ayah with his heroes!



Ayah is my role model!

You are the best father in the world!

Happy Birtday Ayah!


p/s: Nak tulis pjg lg tp tgh xm lah.... tk byk mse...So ayat kat atas tu walaupun pendek mengungkap penuh makna ( *_*)

Monday, November 10, 2008

Saya & Biologi

Tadi paper bio....Introductory Biology.

Saya tak boleh jawab.

Saya tak pandai bio.

Dari zaman sekolah lagi bio sy memang rendah.

Sy pernah gagal bio masa test kat sekolah dulu.

Result bio paling rendah masa SPM: B4.

Saya cuba utk suka bio.

Sy jadi suka belajar sahaja.

Suka belajar utk tahu sahaja.



Sy suka fizik.

Suka fizik dr form four.

Walaupun sy tak faham.

Sy suka fizik.

Tapi tak bermakna saya pandai fizik.



Saya tak pandai bio.

Saya tak pandai fizik.

Habis tu sy pandai apa?

Pandai menulis ker?

Tidak.... ayat sy hancur.

Isi juga tak mantap.



Habis tu sy pandai apa?

Saya pandai mengarut je kot.

Sebab sy sekarang tengah mengarut.

So sy boleh jadi 'tukang karut'lah?

Oh... tidak !

Sy tak pandai loghat kelantan.

Mana layak jadi 'tukang karut'.



P/s : n3 kecewa lepas jawab paper bio..... paper Introductory Biology.... Baru paper intro! Blom yg dlm2 lg. huhuhu :(

Sunday, November 9, 2008

Making Compost Part 3

Inilah part terakhir dalam cerita kompos ku ini.... Cerita kompos sebenarnya sudah berakhir.... Hanya nak cerita proses buat pasu pula. Rasa lama sangat dah kisah kompos ni....huhuhu.....cam bosan pon ade!

Disebabkan benda ni nak dipamerkan dekat pameran sempena minggu Alam Sekitar di Auditorium UPSI, jadi kenalah perelokkan sikit rupa kompos dan pokok tu. Dr.Nur kate kena hias cantik2. Jadi kitorang pun plan letak dlm pasu buatan sendiri....mesra alam lah kononya!




Bahan-bahan yang diperlukan:

# Tin Susu
~~~Minta tin susu anak Kak Huda

#Akar/ ranting pokok
~~~Kayu ni yang bergayut2 kat pokok tuh! Nak kate akar bukan dalam tanah... nak kata ranting macam lembut dan bergayut2 pulak....

#Kertas warna & Glue Gun
~~~Beli kat kedai

#Bunga lawang & Buah Pala
~~~Beli kat kedai gak :)

Cara-caranya.......
Mula2 balut tin tu dgn kertas warna hijau supaya tak nampak lah corak Anmum. Pastu lilit dengan kayu tu guna glue gun. Nak lilit tu memang payah ckit....tp kena sabarlah. Pastu tepek2 lah dengan bunga lawang & buah pala sebagai penyeri.... Siap dah :)

Inilah hasilnya:





Nampak macam senang jer nak buatkan......Tapi masa proses tengah buat kompos ni lah.... sangat2 teruji.

Sekian...... Inilah penutup kisah komposku...... Kompos dalam kenangan....

Kompos + pokok + pasu tu hilang kena curi lepas dr pameran tu....Bile kami nak ambil... pokok kami dah hilang ....pokok orang lain ade lagi.....Uwaaa.... x tau sape curik! Huhuu :(

Friday, November 7, 2008

Making Compost Part 2


Baiklah utk part 2 making compost ni sy cerita bab alatan yang digunakan dan perkara-perkara yang perlu dikawal semasa membuat kompos.

Alatan yang digunakan ialah:


#pH meter
# Relative Humidity (RH) meter

# Termometer
# Bikar


~~~Kami menggunakan pH meter untuk mengambil pH tanah yang digunakan utk membuat kompos. Tanahnya sedikit beralkali.... tnah yang kami gunakan tu menunjukkan bacaan 7.54.


~~~RH meter pula kami gunakan untuk mengambil
kelembapan kompos. Kelembapan kompos kami ambil pada setiap minggu. Tahap kelembapan tidak boleh terlalu kering kerana decay process akan jadi perlahan.

~~~Termometer juga digunakan untuk mengambil suhu kompos pada setiap minggu. Suhu yang agak tinggi menunjukkan berlakunya tindak balas penguraian (decomposition process). Maksudnya okay lah kompos tu. Jika suhunya sama dengan suhu persekitaran, aktiviti mikrob agak perlahan.Oleh itu dikehendaki menambahkan bahan2 berunsur nitrogen iaitu bahan2 yg terdiri drpd warna hijau spt sayur2an.


Kiranya melalui apparatus yang digunakan inilah kami tahu progress compost ni. Semua apparatus tu dipinjam dr makmal di UPSI.





Nampak tak ulat tu? Haish....memang menggelikan!






Kenapa kompos kami boleh berulat?

Ingat tak masa part 1 sy cerita tentang bahan2 yang boleh diletakkan dalam kompos. Jadi ulat tu adalah akibat kami campurkan isi perut ikan dan kemudian kami tak tutup dengan baik. Memang kalau diikutkan hasil pembacaan memanglah perut ikan tak digalakkan letak. Namun begitu atas arahan pensyarah kami untuk menambahkan zat2 dlm kompos... jadi kami pun tambahkanlah perut ikan. Saya dan kawan-kawan masa tu dah sangat letih sepulangan kami dari pasar pekan TM utk mengambil isi ikan... masa tuh kompos tuh da dicampurkan dengan perut ikan.... baru teringat utk menutup bekas kompos kami supaya tiada lalat hinggap. Kami ni tiada kenderaan bermotor.... jadi kalo nk buat task memang susah...asyik kena call taxi or prebet2... dan sudah tentulah wang mengalir umpama air :P Keletihan yang amat sangat menguruskan kompos tu dr pg, sementelahan petang itu kami ada kuliah pula. Maka tercetus idea utk tutup kompos tu sementara dengan plastik hitam yang ditebuk lubang2 kecil utk membenarkan pengudaraan. Dengan cadangnya, keesokkannya mahu pergi membeli net utk menutup kompos. Dengan terdapat lubang2 kecil itu, makan lalat2 mengambil peluang dan ruang masukke dalam bekas kompos itu.... Maka beranak-pinaklah lalat dan ulat2 sampah..... Huhuhu ....sedih sungguh!

Implikasinya.... saya tak lalu makan nasi pada hari tersebut... terbayang2 nasi macam ulat. Dinner malam tu sy makan mee hoon tom yam... tp bila tengok nasi goreng kampung kawan sy... sy terbayang ulat2 yg sy kerjakan siang nya... =P

Serangga, millipedes dan slugs adalah binatang2 yang biasa hadir dalam kompos kerana ia adalah proses semulajadi dalam mengkompos. Namun begitu kehadiran lalat dan seumpamanya adalah satu perkara yang harus dijauhi. Kehadiran lalat adalah berpunca daripada kewujudan bahan2 spt tulang, daging atau pun perut ikan spt yg kami menggunakan. Salah satu cara utk elakkan drpd kompos rosak ialah dengan menyediakan bekas tertutup.



Bagaimana bau kompos?

Antara perkara lain yang harus dijaga ialah bau yang terhasil drpd kompos. Jika bau yang terhasil spt bau telur busuk atau cuka. Ini bermaksud kompos itu kekurangan oksigen ataupun kompos itu terlalu basah. Jadi hendaklah gembur2 kan kompos tu supaya membenarkan kompos tu bernafas. Jika bau yang terhasil spt bau ammonia. Ini bermaksud kompos kekurangan karbon. Jadi tambahkan bahan2 yg bewarna coklat spt daun kering.


Kerja2 utk memantau proses kompos agak leceh ditambah dgn episod berulat....memang sesuatu yang sangat mencabar. Kalau tak difikirkan tentang markah (carry mark) sebanyak 20 % memang kami tarik diri.... Tetapi nilai 20% terlalu amat berharga.Walaupun naik loya tekak tengok cacing dan ulat... Kami teruskan juga!


Kompos harus di analisis setiap minggu. Melihat kpd suhu, kelembapan serta kualiti kompos itu spt bilangan cacing dan tekstur kompos tersebut. Semua ini adalah utk melihat proses penguraian kompos itu. Supaya jika ada kekurangan , kompos itu boleh dibaiki dalam menghasilkannya.


Alhamdulillah..... kompos sudah siap.... baca mcm ringkas je kan cara nak buatnya......Tapi masa buat tu ... Ya Allah.....Tuhan je lah yg tahu letih nya lebih2 lg kami semua ni tak de kemudahan sangat ....especially transport....masalah besar btul!

Beberapa minggu sebelum pameran Dr. Nur suruh tanam pokok utk pameran sempena alam sekitar utk membuktikan kompos itu berjaya....

Thursday, November 6, 2008

Making Compost Part 1

N3 ni bukanlah penulisan ilmiah tapi sekadar berkongsi pengalaman membuat kompos. Sebenarnya sy tak terfikir pun nak buat n3 ni. Idea tercetus nak mencoretkan tentang kompos ni bila Kak Neeza bg idea utk share cara-cara membuat kompos kat blog masa sy tulis n3 ttg mini project sy bg subjek Environmental Science.



Kenapa Membuat Kompos?

Membuat kompos ini adalah mini project subject environmental science. Tetapi secara luasnya dgn pembuatan kompos kita dapat menggunakan kembali sisa buangan,sekaligus menyelamatkan alam sekitar. Serta ia merupakan baja yang murah dan selamat dari bahan kimia yg berbahaya.



Apakah bahan-bahan yang digunakan?

Campuran perlu terdiri daripada carbon dan nitrogen. Carbon adalah bahan yg berunsur warna coklat manakala nitrogen drpd bahan yg bewarna hijau. Campuran perlu mengikut nisbah, carbon nisbah kepada nirogen iaitu 25:1. Jika terlebih carbon akan menyebabkan lambat dikomposkan manakala jika terlebih nitrogen menyebabkan kompos tu berbau. Jadi nisbah kena okay2.



Utk kompos kami, kami menggunakan:



#Carbon: Rumput kering yg telah dimesin diambil di Padang UPSI.
~~~Semasa mengambil rumput kering ni, kami minta kebenaran pak guard... Pak guard bagi je ambil dan kami meminjam penyodok drpd pak guard.


#Nitrogen: Bahagian batang sayur kangkung yg telah dibuang oleh Restoran Naz.
~~~Kami pergi Restoran Naz agak awal pagi lebih kurang pukul 9 pg. Sisa sayur tu baru je dimasukkan ke dalam tong sampah. Pekerja yang kat Naz tu yg tolak ambilkan.


# Perut Ikan yang diambil di pasar TM.
~~~ Sampai2 pasa blur juga kami dibuatnya.... takut nk mintak dgn tukang jual dan kbykkannya jual ayam dan daging. Setelah pusing2 baru nmpk sorg Pakcik ni jual ikan. (Nmpk sgt jrg g pasar pagi di TM.. =P). Pakcik tu bg amik.. sy kaut je pkai tangan perut ikan tu dr tempat pembuangan perut ikan tu. Sampai ke malam dan setelah dibasuh dgn sabun beberapa kali bau hanyir masih lekat. Bukan sy tak nak pakai glove, tetapi menghormati pakcik yang jual ikan tu. Tkut dia tersinggung... kenapa dia boleh je jual ikan tanpa glove tp sy nk pegang perut ikan dengan glovekan....huhu

# Cacing Tanah
~~~Dicangkul di depan rumah Dr. Nur, namun masih tak mencukupi. Minta tolong ayah & ibu tolong bawakan kebetulan nak g jum
pa ayah & ibu weekend tu. Terakhir sekali kami pergi beli cacing di Slim dgn bantuan motosikal dr Dibah. Masa sibuk2 cari cacing dan bermain2 dgn cacing ni, sy tak boleh makan mee... baik mee hoon ataupun mee kasar. Rasa loya bila tgok mee walaupun sebenrnya mee adalah makanan kegemaran sy. Bila tgok mee sy terbayangkan cacing. Uwaaa.... tp penangan tu tak sampai seminggu pon. Lps tu dah boleh makan mee balik :)


#Tanah ~~~Diambil di depan rumah Dr. Nur.
Sebenarnya perut ikan adalah bahan yg tak digalakkan bubuh kerana akan menarik perhatian serangga perosak menurut hasil bacaan kami. Namun begitu, pensyarah kami (Dr. Nur) suruh bubuh juga utk menghasilkan baja kompos yg bermutu tinggi.

Kelima-lima bahan itu kami campurkan dalam satu bekas. Semuanya bahan terbuang.... jimatkan.


Sekian sahaja dulu n3 sy.... N3 ni sudah ditype b4 study week lg.... tggl nk pos wktu xm!

Wednesday, November 5, 2008

FoGgiNg!......Chikugunya!


Semalam petang kawasan rumah sy kena FOGGING! Jadi, satu rumah kena duk kat luar.

Ini kawasan perkampungan orang Cina sebelah rumah sy. Fogging bermula dari kawasan perkampungan ini berlanjutan ke kawasan perumahan saya.

video


Sekarang ni kan selain demam denggi terdapat juga demam chikugunya. Saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang demam ni. Petikan ni diambil dr laman web Kementerian Kesihatan.






1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.



Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang penyakit ni dan satistik semasa tentang demam chikungunya boleh layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sunday, November 2, 2008

...Hepi Xm Month =P ....


Selamat Menghadapi Peperiksaan!

Semoga dapat menjawab yang sebaik mungkin setelah satu semester menimba ilmu, berusaha menelaahnya dan berdoa kepada ALLAH juga restu oleh ibu bapa.

Salah satu mesej yg sy suka;
" Allah doesn't require you to be the best, He just want you to try your best , and He will take care the rest...."

Jadi buatlah yang sebaik mungkin, walaupun kadang-kadang kita rasa susah dan tak boleh jawab, percayalah bahawa kita dah berusaha, urusan seterusnya adalah urusan Allah yang menentukan yang terbaik utk kita....yg penting kita berusaha terlebih dahulu kemudian barulah tawakal.

So, Raihah... please stop typing! You have less than 12 hours to ur final xm! :P

p/s: Pelajar UPSI akan memulakan final exam pada hari esok (3/11/2008).