Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, February 27, 2009

Bila sibuk begini...

Hari ini hari Jumaat. Apabila sibuk-sibuk begini saya saya tak dapat luangkan masa untuk YM. Kebiasaannya masa saya cuti semester, hari Jumaat saya akan berYM dengan adik saya yang sekarang ni di Mesir, Anis. Sebabnya dalam seminggu dia hanya bercuti pada hari Jumaat. Tapi sekarang saya tak sempat nak berYM. Kalaupun saya on YM hanya menjadi halimunan. Hehehe...
Anis tengah tunjukkan buku Anatomy nya yang berselirat dengan tulisan dan lukisan.


Semester ini memang busy. Saya memang tak dapat balik JB sampai bulan 5 nanti. Tak apalah. Saya masih banyak komitmen di TM ini. Saya perlu selesaikan itu dulu. Saya masih ada hp dan ym untuk contact parents saya di JB.

Saya perlu set kan minda saya bahawa, beginilah life student. Ini yang saya mahukan. Maka inilah yang saya dapat. Walaupun life saya busy untuk sem ini, tapi saya suka. Saya lebih hargai apa itu masa (ye ker ;p). Sekurang-kurangnya masa bermanfaat ke arah kebaikan. Tidaklah lepak-lepak sahaja. Memanglah lepak-lepak itu best. Tapi berbeza dengan sibuk untuk kebaikan, ia lagi best, kerana Insya Allah ada ganjaran yang lebih dari NYA jika kita ikhlas kerana ALLAH.

Bila saya tak balik JB bermakna saya juga tak dapat balik Kemaman. Kampung belah ayah saya. Saya rindu sama itu budak kecik yang aktif. Syahmi. Bila saya balik lagi bermakna dia dah semakin besar. Budak kecil ni kita boleh nampak peubahan mereka.Kat kampung belah ayah saya, saya masih punya ramai budak kecil. Cousin saya ramai yang masih kecil. Tengok ini gambar mereka.Hari ini parents saya pulang ke kampung. Oooohhhhh...... saya tak dapat balik! Saya juga sudah lama tak ketemu sama sepupu terapat saya, Aina. Aina sekarang jadi cikgu sandaran kat salah sebuah sekolah di Kerteh untuk tempoh 2 bulan. Aina sebaya saya dan pemegang diploma kejuruteraan awam.

Tak pulang bukan bermakna tak mahu pulang. Tapi tak mampu pulang kerana begitu banyak komitmen yang dipegang.

Tak pulang bukan bermakna lupakan yang tersayang. Tapi mereka sentiasa dalam ingatan dan doa untuk mereka tak pernah lekang.

Tak pulang bukan kerana alasan. Tapi kerana tugasan yang digalas belum lagi dilangsaikan.

Baiklah.... saya perlu tinggalkan blog seketika. Banyak perkara yang perlu diselesaikan....

Tuesday, February 24, 2009

Tag Ke-8

Saya telah ditag oleh Cik Syu pada kira-kira 2 minggu lepas. Namun begitu, atas kesibukan yang melampaui tahap kebolehan saya, maka saya teramatlah busy. Alhamdulillah saya telah menyiapkan tag ini pada tengah hari Jumaat (20 hb Februari 2009) di kala saya tengah bosan dengan assignment dan terasa nak update blog . Saya akan publishkan entry ini bila saya busy dan tak berkesempatan nak blogging. Maka di kala anda membaca entry ini, pemilik KUASADUAR sedang busy melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pelajar....(*_-)

1.Anda rasa anda hot??
Hot??? Owh.... tidak! (*_-) ...... Spicy yer kot! ....ngeh3x!

2. Upload gambar kegemaran anda




3. Kenapa anda suka gambar ini?
Sebab ia gambar terbaru saya sekeluarga. Gambar ini konon-kononya diambil pada hari raya walhal pada bulan Ramadhan 1429. Kami bergambar dalam bilik hotel sebelum Anis fly ke Egypt pada hari tersebut. Jadi kami ambil gambar raya dalam bulan Ramadhan supaya Anis tak terkilan nak pakai baju raya tue :P

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
1 Muharam 1430 H. Makan Pizza Hut kat Jusco Taman U ngan family. Dah lama tak makan. Confuse sekarang ni... Pizza Hut kena boikot tak... ada orang cakap Pizza Hut under JCorp.

5. Lagu terakhir yang kamu dengar?
Tak ingat lah... sebab last dengar lagu semalam... lagu retro lah.

6. Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Dengar alunan bacaan Alquran juz 30 oleh Syeikh Abdul Rahman Sudais.

7. Selain nama kamu sendiri, apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Panggil apa saja selagi ia mempunyai makna yang baik.

8. Tag lagi lima orang
Itaza
Aniem
Cu
Fana
Shud

9. Siapa orang nombor satu?
Itaza... manusia maya! Tapi saya suka dan sayang dia.... Wakakaka ;) Boleh ker???

10. Orang nombor tiga ada hubungan dengan siapa?
Mr. Isketambola :)


11. Katakan sesuatu berkenaan org nombor lima
Dia housemate merangkap roomate dan classmate kat UPSI ni. Nama popular Shud. Nama penuh Nor Shuhada Mohmad.

12. Bagaimana pula dengan orang nombot empat?
Dia juga housemate merangkap roomate dan classmate kat UPSI ni. Juga schoolmate masa kat SMKTUN dulu. Nama glamour Fana. Nama penuh Nurul Farhana Zahuri.

13. Siapakah orang nombor dua?
Classmate dan Rexcomate kat UPSI ni dan nama penuhnya Nurrul-Haniem Mustaphy.

Sesiapa yang terasa nak buat walaupun tak di tag pun dipersilakan :)

Friday, February 20, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 3-Penutup-

Ini entry terakhir tentang Kem Fizik. Sudah seminggu berlalu...


Hari Ketiga (15.2.2009)

Hari ini hari terakhir. Pagi lepas warming up, ada Physicsrace. Saya jaga check point 5. Tugasan di check point 5 senang sahaja. Check point 5 di tengah-tengah padang yang panas. Dugaan betul.... dah lah baru baik demam.
Dari kanan : Shahzreen, Khairwan (AJK Aktiviti), Liyana, Hazni, Masliza(AJK Dokumentasi) dan Raihah.

Tugasan 1-Tugasan utama dan berkait dengan fizik. Suruh peserta ukur panjang tali yang panjangnya 10 m. Tapi kami hanya bagi pembaris berukuran 30 cm. Pandai-pandai peserta nak ukur macam mana. Kami akan minta mereka bagi jawapan dalam unit yang kami hendak. Suka hati kami. Nak dalam unit km, m, cm, mm, nm dan lain-lain. Ada beberapa kumpulan tu kami suruh convert banyak kali unit-unitnya. Dari m tukar ke mm, pas tu tukar ke Tm, pastu tukar ke cm pastu tukar ke pm. Hahaha... kami tak kejam. Kami nak uji balik apa yang telah di ajar pada hari kedua... Huhuhu! Macam-macam aksi masa mereka mengukur. Ada yang guna depa tangan kawan yang tinggi. Cepat sikit siap. Ada yang guna pembaris semata-mata... Hehehe... memang berkurunlah budak-budak tu ukur. Sengeh je lah tengok. Tiada kumpulan yang dapat ukuran yang betul. Paling dekat peserta kira 9.6 meter.

Tugasan 2-Sebabkan tugasan 1 tu senang, ada tugasan kedua. Fasi bagi teks yang panjang. Peserta semua diwajibkan menghafal. Teks itu berisi kata-kata kesedaran seorang pelajar yang lemah tapi sedar bahawa mereka juga mampu berubah. Jadi, teks itu berisi kata-kata motivasi. Peserta baca semula teks yang dhafal tu di depan fasi. Hehehe... kesian... kena menghafal di tengah terik panas di padang. Sepanjang tugasan tu, saya nampak pelajar perempuan senang menghafal teks itu. Ada kumpulan yang dapat hafal dengan baik, ada juga yang tertinggal-tinggal perkataan. Ada yang terus tak ingat. Senyum je lah saya tengok. Ialah karangan sepanjang semuka surat kertas A4 yang hendak di hafal oleh 9-14 pelajar dalam masa 5 minit. Memanglah sukar.
Tugasan 3- Ini denda. Sebab mereka gagal jawab dengan betul pengukuran tali dan gagal menghafal teks dengan baik. Semua kumpulan kena denda sebab tiada kumpulan yang dapat ukur dengan tepat. Dendanya senang sahaja. Nyanyi. Apa-apa sahaja lagu. Tapi fasi tak benarkan nyanyi yang dah dinyanyikan oleh kumpulan sebelumnya. Jadi macam-macam lagu yang kami dengar. Asma-ulHusna, Lagu Negaraku, Lagu Perak, Lagu SEMAIAN (lagu sekolah), chicken dance, lagu Cadbury. Syok tengok budak-budak ni. Enjoy!

Habis Physicsrace pada jam 11 am. Bersiap sedia pula untuk ke acara penutup.

Masa majlis penutup lah diberi hadiah kepada pemenang. Kumpulan saya dapat sagu hati. Tak apa- kamu semua bagus... Bagus dalam semangat nak study! Akak suka... teruskan semangat study kamu tu.

Selepas acara penutup tu, kami fasilitator dijamu makan dengan makan yang sedap di kantin. Nasi beriani. Selepas makan, kami kembali semula ke dewan. Sesi penutup antara peserta dan fasilitator. Nanyi semula lagu tema program ini. Lagu MARILAH BERUSAHA..... lagu ni asalnya Lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR....tapi ditukar liriknya. Best....best! Bila peserta menyanyi dengan penuh semangat. Lepas itu sesi bergambar.

Kumpulan 15 & 16 bersama fasilitatornya.



Dan akhir sekali sesi bermaaf-maafan. Sambil-sambil itu, akak tak putus-putus bagi kata-kata azimat (azimatlah sangat ;p)... Semoga kamu bersemangat untuk study. Semoga ada kata-kata akak yang berkesan untuk hati kamu. Seterusnya memecutkan tindakan kamu agar berjaya kelak!

Sharul yang banyak bersembang dengan akak masa ni. Banyak benda Sharul cerita. Kebetulan Sharul pernah duduk Kemaman dan sekarang menetap di Behrang yang hanya beberapa minit dari TM. Sharul, akak doakan kamu berjaya dan jadi manusia baik! Syafiq.... akak pesan jangan asyik kena buli dengan perempuan. Kamu yang pemalu membuatkan pelajar perempuan usik-usik kamu.

Azah.... akak doakan kamu, kamu boleh! Munirah, kamu pun boleh. Kena rajin lagi! Kesuma, hari terakhir ni akak nampak kamu penat sangat . Monyok je duduk dalam kumpulan macam tak happy dengan program ni. Tapi rupanya kamulah yang meleleh air mata berderai-derai masa salam akak. Dan kamu bagi keychain untuk akak sebagai kenang-kenangan. Akak tak nak sebab akak tahu kamu sayang keychain itu, tapi kamu bagi juga.

Selepas itu, kami fasilitator, kemas-kemas barang. Jam 3 kami bergerak pulang. Masa tunggu bas itu Sharul sahaja yang ada. Sharul cakap Syafiq tengah mandi. Sembang-sembang dengan Sharul. Tepat jam 3 naik bas.

Lambaian semua adik-adik peserta... membuatkan kami fasilitator terharu... Siap conteng baju tulis " KAMI SAYANG FASI"! Kamu semua nakal tapi budak baik!

Sharul lambai sampai bas belok dan tak nampak dah sambil tengah makan gula-gula ala-ala Chupa Cup... Sekali tengok macam adik kembar akak yang juga suka makan Chupa Cup. Rupanya pelajar perempuan kumpulan akak ada kat balkoni asrama perempuan sambil melambaikan tangan. Waaa....sayu sungguh!

Semoga kamu semua berjaya!!!!!!



Fasilitator dan peserta " Guru Cemerlang Pelajar Berwawasan (KEM FIZIK)

Barisan Fasilitator

Ini semua kenangan masa kami bergelar fasilitator dan kamu adik-adik. Mungkin tak sama lagi bila kami bergelar cikgu dan kamu pelajar-pelajar!
----------------------------------------------

Akak masih teringat-ingatkan kamu semua.... Tapi tak boleh macam ni, sebab akak banyak lagi komitmen lain selepas ini. Akak ada satu lagi program dengan pelajar sekolah untuk Kem Ibadah. Akak juga ada banyak aktiviti dan assignment untuk disiapkan dalam semester ini yang hanya berbaki 7 minggu sahaja lagi. Setiap kali akak teringatkan kamu, Insya ALLAH akak doakan kamu berjaya dan jadi budak baik! Akak tak ambil nombor handphone atau emel kamu tak bermakna akak lupakan kamu. Kamu semua akan sentiasa dikenang ........ (*_*) ..........

Thursday, February 19, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 2-Warkah untuk mereka-

Hari Kedua (14.2.2009)

Pagi ini selepas tamat sesi senam robik , klinik fizik bermula. Takut gak nak mengajar!




Akak kena mengajar bab tingkatan 4 untuk bab 1 dan 2. Tapi bila dapat pegang marker dan berdiri kat depan macam syok pulak. Akak pun memulakan sesi pembelajaran. Dari posisi kanan, Sharul, Syafiq, Kesuma, Munirah dan Azah duduk depan akak.

Pelajar perempuan semua bawa buku rujukan seperti yang dipesan. Tapi pelajar laki tak bawa apa-apa. Akak sikit pun tak kecewa. Sebab pelajar lelaki memang begitu resamnya.

Azah tak berapa sihat, selsema sepanjang kelas. Kamu okay, buat banyak latihan lagi. Masa kelas akak tak banyak minta kamu buat kat depan sebab akak faham kalau orang dah selsema ni memang tak larat nak wat kerja. Kamu dah dapat buat apa yang akak suruh itu sudah cukup baik bagi akak.

Munirah, kamu juga okay. Tapi ada suatu soalan dari kamu buat akak terkejut " Akak bila nak kahwin?". Soalan lain akak boleh jawab Munirah... Hehehe. Soalan kamu tentang velocity dan deceleration memang bagus. Dekat situ akak dapat tahu di mana kekeliruan yang pelajar hadapi.

Kesuma pula, kamu juga okay, kamu boleh buat. Kamu banyak soal. Akak suka. Sebab kamu soal apa yang kamu tak tahu dan confuse. Dan bila akak terang kamu faham. Kawan-kawan lain juga faham. Akak rasa puas dan suka bila kamu dapat faham.

Syafiq... kamu pandai. Cuma kena rajin buat latihan. Akak ajar, kamu senang sahaja dapat faham. Sampai akak suruh ajar kawan lain. Daripada bab 1 hingga bab 2, apa yang akak ajar, sekali sahaja kamu sudah dapat tangkap. Conversion unit dan resolvation of force senang sahaja kamu faham. Tahniah. Itu bermakna kamu pandai. Kamu baik... bekas pelajar maahad kan.

Sharul kamu juga okay. Tapi kena kukuhkan balik basic knowledge math kamu. Mantapkan math mod kamu. Sebab fizik ni jalan pengiraannya semua memerlukan math. Benda-benda yang tak tahu tu, tanya dan tanya. Jangan diam. Kamu budak baik. Ye lah, kamu kan imam dekat asrama. Bagus!

Akak percaya.... kamu semua boleh! Boleh! Tapi kena rajin. Sebabnya akak tak dapat tolong semuanya. Sehari tak mampu nak cover semua. Sekurang-kurangnya apa yag akak ajar kamu faham seterusnya pencetus semangat untuk kamu study! Kamu kena rajin study! SPM tinggal berapa bulan sahaja lagi.

Semangat kamu bertanya masa pembelajaran buatkan akak seronok nak terangkan. Bila kamu tak dapat buat, akak tengok balik di mana puncanya. Akak tengok dan akak beri tahu jalannya. Di mana salah. Kenapa salah. Bagaimana yang betul. Semoga kamu tak buat lagi. Semoga kamu dapat konsep yang sebenar.

Yang penting akak gembira dapat ajar kamu semua hari tu. Sangat seronok. Kamu semua positif. Semangat nak belajar tinggi. Bertanya itu dan ini. Sampai tak mahu berhenti walaupun masa dah habis. Akak terharu! Walaupun letih kena mengajar seharian. Berdiri dan bercakap dari pagi sampai ke petang. Tapi akak rasa sangat puas hati. Kamu bersungguh! Rasa berbaloi! Perhatian dan kesungguhan kamu itu membuatkan akak terus terlupakan kepenatan yang akak alami.


Malam itu akak demam. Terbersin-bersin dan kepala berdenyut-denyut. Sakit yang amat. Allah sahaja yang tahu. Dan akak sedar masa tu bahawa mungkin akak tak cukup rehat, badan akak ni lembik tak boleh kalau penat atau stress. Kalau ikutkan akak memang tak larat nak turun bawah tengok persembahan kamu. Dan memang tak dibenarkan turun pun oleh Kak Shud sebab Kak Shud tak pernah tengok akak seteruk tu.Tapi akak sayang kamu semua. Nak support sebab dari malam semalam lagi kamu semua dah down sebab ada kumpulan lain yang dah sama logo dengan kamu. Akak harap malam ni kamu enjoy.



video
Persembahan kamu akak tak ambil gambar. Ada video saja.

Lagu pertama tu akak dah cut video .
Lagu kedua...akak harap pandangan kamu terhadap fizik macam yang kamu nyanyikan.
Lagu ketiga...akak suka lagu tu...lagu Cadbury... pergerakan kaki kamu semua canthek!
Lagu keempat buat akak terharu!

Masa akak tengok persembahan kamu tu akak ambil video. Video ni bergegar sikit. Biasalah akak kalau sakit, tangan akak akan menggigil. Akak enjoy tengok persembahan itu. Dan terharu masa kamu semua nyanyi lagu terakhir. Rasa hilang sakit akak! Hehehe...

Malam itu kamu semua down lagi sebab rasakan persembahan kamu teruk dan tak sehebat kumpulan lain. Siapa kata tak hebat. Markah kamu di tengah-tengah, tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Ialah kamu kan budak-budak skema. Kalau kumpulan lain tu ramai yang gila-gila kan. Persembahan kamu dah cukup baik bagi akak. Dan alunan nyanyian merdu kamu amat akak hargai!

Akak tak sangka kamu boleh sampai tahap menangis sebab rasa tak dapat perform dengan baik masa persembahan. Nasib baik Kak Shud ada dan pandai pujuk. Akak ni kureng sikit bab pujuk-pujuk ni. Budak laki biasa sahaja.

Kakak-kakak fasilitator perempuan mengisi slot rehat masa malam kesenian fizik.

Persembahan habis jam 11.30 pm. Esok tinggal sehari sahaja lagi akak dengan kamu....



------------------------------------------------------------------

Sampai petang ini akak masih teringatkan kamu. Bukan sebab apa, akak masih teringat kesungguhan kamu nak belajar. Sampai dah habis masa, kamu nak juga akak bagi soalan. Bagusnya kamu semua.... Kamu budak baik... Semoga kamu berjaya.... Amin!

Monday, February 16, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 1-Pengenalan-

Sudah genap seminggu blog ini dibiarkan sepi. Tidak bermakna saya berhibernasi ... tapi keadaan masa tak mengizinkan. Sibuk dengan persediaan untuk menganjurkan Kem Fizik. Sehinggalah Jumaat(13.2.09) tiba... saya perlu melaksanakan amanah sebagai fasilitator pula di sana.

Sekolah yang bertuah itu ialah Sekolah Menegah Teknik Teluk Intan. Memori indah... itu yang saya ungkapkan sepanjang 3 hari berkampung di sana. Kenapa??? Kerana inilah kali pertama saya menjadi fasilitator. Dan juga kali pertama saya dapat mengajar Fizik di kalangan pelajar sekolah.

Kerana ia memori indah, jadi pasti setiap detik bermakna itu mahu saya rakamkan. Jika ada yang bosan membaca.... abaikanlah entry ini.



Hari Pertama (Jumaaat-13.2.2009)

Bas pertama bergerak jam 11 am. Tapi saya beserta 8 rakan lain ( Cu, Hajjar, Hazni, Haniem, Mas, Syikin, Zura & Khairwan) adalah fasi yang terpaksa bertolak lewat sedikit kerana kami wajib terlebih dahulu hadir ke Tutorial EM. Kami bertolak jam 6.30 pm dan sampai di sana jam 8 pm.Antara fasi yang bertolak lewat petang Jumaat

Bersiap diri dan makan, jam 9 pm kami semua sudah di dewan. Saya menjadi fasi kumpulan 16. Memulakan LDK pertama. Huhuhu.... saya cuak sebenarnya nak jadi fasi... ngeh3! Sungguh tak berketerampilan betul! Untuk malam ini LDK digabungkan untuk dua fasi iaitu kumpulan 15 + 16. Tapi fasi15 : Shud busy sebab dia penolong timbalan pengarah.... dia terpaksa uruskan hal-hal lain...

Raihah bertudung pink dan Shud bertudung hitam: fasilitator kumpulan 15 &16

Tangan saya menggigil sebenarnya masa duduk dalam bulatan kumpulan tu. Hehehe... Mata saya asyik pandang Shud je, bilalah Shud nak duduk sekali. Lega sikit bila Shud da sekali sebab dia pandai cakap. Tapi bila Shud duduk je, kejap-kejap kena bangun. Saya pun memulakan sesi berkenalan.

Ahli kumpulan saya ada 5 pelajar iaitu Sharul Nizam, Syafiq, Kesuma, Munirah dan Azah. Manakala kumpulan Shud ada 4 pelajar.


Ice breaking tu adalah buat beberapa aktiviti. Semuanya untuk memecahkan perasaan malu atau segan di kalangan ahli. Tak susah pun nak pecahkan perasaan malu antara mereka sebab kelima-limanya dari kelas yang sama iaitu 5 PKE 1. Dan mereka pun tak segan dengan saya.

" Kamu semua lebih kurang umur adik akak, janganlah segan-segan." Semuanya okay. Cuma Syafiq ni jenis tak biasa dengan perempuan... Hehehe... budak perempuan pula suka kacau-kacau dia. Kelakar juga tengok. Kesian pun ada.

Aktiviti terakhir malam tu pembentangan nama kumpulan, logo dan trademark.


video


Aktiviti malam tu berakhir jam 11.45 pm. Kemudian fasi-fasi pula berkumpul untuk persiapan hari esok.

Saya berdebar sebenarnya mahu mengajar mereka esok. Sebabnya saya tak sempat membuat persediaan sepenuhnya memandangkan kesibukan melampau yang saya alami masa sebelum ke sekolah. Saya hanya sempat tengok sikit-sikit sahaja....

-------------------------------------------------------------

Sampai ke saat ini.... saya masih terbayang-bayang wajah mereka.... Kalau mereka baca blog ini (rasanya mereka tak baca sebab tak didedahkan internet.... mereka tak ada emel, ym @ fs)... Tahulah kamu betapa akak sayang sama kamu.... Akak doakan agar kamu berjaya..... Amien! Sebab kamu semua da potensi! Kamu boleh! Tapi kena rajin!Justify Full

Monday, February 9, 2009

Sepintas Lalu " Berpaut Di Dahan Cinta"

Ini sedikit sebanyak yang saya dapat tempoh hari dalam ceramah "Berpaut Di Dahan Cinta".... Saya bukan mahu menasihati anda yang menjadi pembaca blog ini.... Kerana siapalah saya untuk menasihati anda yang lebih banyak pengalamannya daripada saya yang tak pernah mengalaminya.... Saya cuma mahu berkongsi... Berkongsi apa yang saya dapat... Moga mendapat manfaat dan sekurang-kurangnya saya sudah menjalankan tanggungjawab saya menyampaikan apa yang hak dan apa yang batil... Selebihnya atas individu untuk merasionalkannya dalam perbuatan bukan hanya rasional dalam akal sahaja.

  • Di mana tahap anda meletakkan persepsi anda dalam erti cinta? Hati, akal @ nafsu.
  • Cinta menghasilkan keutamaan. Fikirkan kembali apakah tujuan utama anda hidup di dunia yang fana ini? Bahagia-bahagia yang sementara di dunia @ bahagia hingga bersama-sama ke syurga?
  • Manusia tidak bertindak pada apa yang dia tahu, tapi bertindak pada apa yang dia mahu. Itu yang menjadi masalah. Contohnya, jika anda sudah tahu bersentuhan antara bukan muhrim itu haram, mengapa anda lakukan??? Itulah maksud ayat tersebut.
  • " Begin with end in mind". Ingatlah setiap sesutu yang kita lakukan ada pengakhirannya (hari perhitungan). Kalau kita mampu fikirkan ayat ini, kita akan faham bahawa pentingnya memulakan sesuatu hubungan itu dengan mulanya berkat, akhir juga akn diberkati. Kalau awal-awal lagi dah di murka itu macam mana? Melalui hubungan anda, anda mahukan zuriat kelak apabila sudah berkahwin, anda pasti mahu anak yang soleh... bagaimana jika hubungan itu sendiri diawalnya sudah dimurka Allah... Fikir-fikrkanlah...
  • Bagaimana mahu menjadikan cinta sebagai motivasi? Ia perlu di dasarkan pada faham tanggungjawab terhadap cinta.
  • Adakah kita betul-betul cinta atau sekadar mahukan perhatian. Itulah persoalan yang banyak berlaku pada remaja kini.
  • Jadikan cinta itu sebagai cita-cita semasa merancang nak berumah tangga.
  • Berusahalah untuk mendapatkan jodoh. Bukan sekadar berserah kepada Allah sahaja. Perlu disertai dengan usaha. Ia seperti rezeki. Tidak ada rezeki datang bergolek. Semuanya perlu diusahakan. Berusahalah untuk mencari jodoh dengan cara yang betul.
  • Hubungan muamalat antara lelaki dan perempuan, perlu diadakan batas antara mereka. Sebabnya kaedah itu lebih bersih untuk hati lelaki dan perempuan tersebut. Kerana hati sungguh susah untuk di jaga. Dan disitulah tempat perebutan syaitan. Jadi bergaullah dengan berlainan jantina pada waktu-waktu yang perlu sahaja. Tidak perlu sehingga tahap bermesra.
  • Cinta teragung adalah cinta ALLAH. Cinta ini perlu diminta kerana ia rezeki. Doalah... kerana cinta Nya membuatkan kita tenang.... Tiada ketenangan setanding ketenangan ini.
Inilah yang saya mahu kongsikan. Untuk peringatan diri saya. Seperti saya nyatakan di atas saya tak berhajat mengur sesiapa. Siapalah saya. Saya masih bertatih mendekatkan diri kepada kebaikan. Sebab itu tak layak... bukan kerana apa.... kawan saya yang alim dan warak juga boleh keluar ber'dating' berdua-duaan... apatah saya yang poyo ini dan sangat lemah ini.

Credit to Flickr


Ada sedikit tambahan nota yang saya dapat dari blog Sajidah tentang "Macam mana kita nak dapat cinta ALLAH..?"

1. Berjuang di jalan ALLAH dalam keadaan yang berbaris [teguh]

2. Muhsinun (yang jika dia buat sesuatu perkara, dia akan buat yang terbaik, seolah2 dia melihat ALLAH dan dia sangat merasakan ALLAH memerhati & mengawasi dia)

3. Tawwaabun (yang menyesal dgn kesilapannya dan sering bertaubat pada ALLAH)

4. Mutatohharun (yang menyucikan diri dari najis zahir & batin seperti akhlak yg buruk, penyakit hati, syirik, dll. )

5. Sobirun (yang menerima dengan redha setiap ketentuan ALLAH ke atas dirinya)

6. Mutawakkilun (yang apabila dia melakukan sesuatu perkara, dia menyerahkan seratus
peratus kepada ALLAH utk menentukan, dia bertawakkal pada awal+semasa+pada akhir proses usaha tu)

7. Muqsitun (yang adil, memberi hak kepada yg sepatutnya)

8. Muttaqun (yang takut kepada ALLAH, dan yang jika dia beramal, dia beramal semata2 kerana ALLAH)

Ini 8 golongan yang ALLAH sebut dalam alquran bahawa ALLAH cintakan mereka.



Wednesday, February 4, 2009

Forum!

Di dalam makmal.

"Eah, esok mai lah KHAR, Ustaz Hasrizal mai ceramah."
" Ye ke??? Nak g!"
"Mai la, aku g jemput hang kat rumah."
"Okay! Ak tanya Syu dulu. Aku nk ajak dia. Nanti aku mesej ko, k!"
"Bolehlah, aku bawa kereta, ajaklah Syu sekali, apa-apa mesej aku."


Hati saya berbunga gembira. Nak pergi ke forum tersebut. Hajatnya nak mengajak Cik Siti Nor Syuhada. Sebab dialah teman saya kalau ada aktiviti-aktiviti masa kami sama-sama serumah di kolej dulu.


Di rumah. Mesej Syu.
" Syu free malam esok?"
"Malam esok ada kelas lah Rai. Dengar gak cerita Saifulislam nak datang."
"Uwaaa! :( Baru nak ajak Syu...."
"Orang pun nak g gak! Huhu..."

Tiba-tiba saya teringat tentang sijil! Saya perlu siapkan sijil-sijil untuk peserta program Klinik Fizik. Sijil untuk fasilitator sudah disiapkan. Tapi, sijil untuk pelajar belum dapat disiapkan. Sebabnya kami masih tidak dapat lagi senarai nama pelajar daripada pihak sekolah. Esok baru akan dapat senarainya. Dan hari Jumaat kami perlu cetak sijil-sijil itu. Sebab ada dua pejabat yang perlu saya hantar sijil tersebut. Pejabat HEP untuk dapatkan cop universiti. Pejabat fakulti untuk dapatkan tandatangan dekan. Dan minggu depan tinggal hari Selasa, Rabu dan Khamis. Isnin cuti Thaipussam, office tutup. Takut tak sempat. Jadi urusan nak taip-menaip perlu disiapkan malam esok. Sebab Jumaat nak print dan teruskan hantar ke pejabat HEP. Selasa hantar ke pejabat fakulti. Jumaat pagi dah nak pergi sekolah. Waaaaaa.... sibuknya!

Tapi saya rasa nak pergi juga! Huhuh.... Kalau pergi kena stay up esok malam taip 162 nama pelajar. Eh....tak 81 nama pelajar. Sebab kami ada dua orang di bawah AJK Cenderahati.

Apa-apa pun..... sebelum bebelan saya menjadi panjang.... orang baca pun pening..... Saya nak jemput rakan-rakan sekitar TM....... kalau ada masa lapang ...... pergilah program ini esok!


Insya-Allah.... banyak manfaat!


Sunday, February 1, 2009

Kehidupan Sebuah Pinjaman

Saya sudah mula sibuk. Sibuk sungguh. Sangat sibuk. Kerana sekarang sudah bulan Febuari. Ada tugas yang menuntut untuk disiapkan. Program di sekolah. Kem Fizik. Projek bawah subjek. Subjek Perancangan & Perlaksanaan Kurikulum Fizik. Insya-Allah di sekolah teknik di Perak. Sungguh banyak yang perlu dibereskan sebelum 13 Febuari 2009. Bukan segi teknikalnya sahaja perlu diambil kira. Pengisian kami juga tentang ilmu fizik untuk mengajar pelajar sekolah. Banyak sungguh tanggungjawab. Semua itu perlu dilangsaikan.

Untuk tidak membiarkan blog ini sepi tak bersuara. Saya rakamkan sebuah suara tak berbunyi. Suara hati terhadap kehidupan ini...



Kehidupan sebuah pinjaman,
Keindahannya hanya sementara,

Keperitannya juga hanya seketika.


Kehidupan sebuah pinjaman,

Namun aku leka,

Alpa dengan nikmat.


Kehidupan sebuah pinjaman,

Namun aku lupa,
Asyik merintih atas dugaan.


Kehidupan sebuah pinjaman,
Kehidupan ada mula akhirnya,
Kehidupan sebentar cuma,

Kehidupan yang fana.