Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, December 18, 2012

Kelahiran Ammar Razin













Sudah hampir 120 hari ia berlalu... namun detik kelahiran Ammar Razin masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT. Ammar   lahir pada 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433, dua hari awal dari tarikh yang dijangkakan.

Saya sudah tumpah darah 7 hari sebelum kelahiran Ammar lagi iaitu pada petang penghujung Ramadhan. Saya tidak berasa sakit atau apa, cuma hanya darah keluar. Disebabkan tidak rasa sakit, saya masih boleh relax, cuma risau akan keadaan bayi. Saya ke beberapa klinik, kesemuanya tutup. Semua orang sudah sibuk mahu raya. Petang selepas asar saya masih mencari klinik, akhirnya ke klinik Chu dan saya adalah pesakit akhir. Klinik itu juga akan tutup sempena raya. Perut saya diperiksa, setelah discan, doktor memberitahu saya bayi sihat dan berat yang dijangkakan adalah  3.8 kg. Terkejut sungguh. Sebab masa scan lapan bulan di KK, berat bayi adalah 2.1 kg. Doktor hanya memberitahu sekiranya bayi kurang gerakan, terus ke hospital. Huhu... yang menyebabkan saya cuak ialah saya tak pernah pun kira gerakan bayi. Saya main hentam je kat buku pink tu. Ngeh...ngeh...ngeh. Yang saya tahu sewaktu saya mengajar bayi saya memang aktif menendang-nendang.Ramadhan terakhir sebelum kelahiran Ammar, saya berbuka di P1zz@ Hut  Jusc0 Taman U bersama suami. Rumah keluarga saya di Pula1 Perd@na telah kosong kerana semua ahli keluarga saya telah pulang ke Kemaman. Manakala sehari sebelum itu saya dan suami telah iftar di rumah mertua di Taman u.

Hari Raya saya sambut di rumah mertua. Hari Raya kedua, pagi-pagi lagi saya sudah bersedia ke HSA. Ini pun atas pesanan ibu saya yang masih di kampung beraya. Saya berat hati nak pergi sebab tak rasa contraction. Bila sampai di kaunter, jururawat bertanya berapa minit sekali contraction. Saya bagi tahu tak rasa contraction, muka juru rawat berubah. cuma darah dah keluar. Jururawat meminta buku pink.

Inilah kali pertama pengalaman VE. Menangis saya. Sakit! HO bagitahu bukaan saya baru 1 cm. Bayi jauh lagi. Seterusnya perut discan untuk mengetahui keadaan bayi. Alhamdulillah... bayi okay. Saya disuruh balik dahulu. Jam 2 petang sampai di rumah, sebelum tu drive tru beli KFC.

KHAMIS SEBELUM BERSALIN
Saya menikmati Syawal seperti biasa sehingga Khamis, 23 Ogos selepas pulang dari check up di KK. saya rasa kain saya basah. Ibu saya bagi tahu itu air ketuban. Tapi saya masih cool. Duduk makan steamboat dulu kat dapur sebab tak rasa sakit. Lebih kurang dua jam baru saya pergi ke HSA. Itupun masih duduk kat bawah sebelum daftar, adalh dekat sejam. Sebab nak kira contraction berapa minit sekali. ... huhu.

Saya dimasukkan ke dalam wad pada petang Khamis itu. Memang cantik wad bersalin HSA. Sliding door menghadap Pantai Lido. Luas pemandangan. Sebelum maghrib saya berlegar-legar di ruangan luar sambil berjalan-jalan dengan harapan bukaan semakin besar, serik rasanya nak kena VE lagi . Ibu, ayah dan Anis datang melawat. Sementara ibu datang melawat, suami saya pulang ke rumah mengambil beberapa barang keperluan lagi. Maghrib ibu pulang. Suami saya pula datang membawa barang. Hanya masuk seketika sahaja untuk menghantar barang. Saya keseorangan, katil disebelah kosong.

JUMAAT SEBELUM BERSALIN
Pukul 1 pagi saya tersedar, berkebetulan ada pesakit baru masuk. Saya sedari air penuh basah. Jururawat mengarahkan saya ke bilik rawatan untuk VE. Bukaan masih kecil. Saya SMS suami yang tidur di dalam kereta mengadu padanya tak sabar untuk bersalin kerana sakitnya VE yang dirasakan.Pukul 5 pagi, VE lagi. bukaan masih kecil. Jururawat cakap pukul 7 nanti doktor check untuk masukkan ubat. Jam 730 pagi, saya diperiksa oleh seorang HO, bukaan 2 cm. Jadi, tak jadi masukkan ubat.... saya dinasihatkan untuk berjalan-jalan.Jam 10 pagi,.... doktor pakar datang bersama HO dan attachment student datang bertanya itu dan ini. Jawab je lah. Doktor bagi tahu, dah tak boleh VE lagi sehingga jam 2 sebab takut infection... apabila kerap VE dan air ketuban dan semakin sikt. Saya perasan perut saya semakin mengecil mungkin sebab air ketuban dah banyak keluar kot. Suami saya datang pada waktu tengah hari. Singgah sekejap dan kemudian pergi ke Masjid Abu Bakar untuk solat Jumaat. Kakak ipar saya, Angah datang melawat. Suami datang lagi melawat seusai solat Jumaat sehingga waktu melawat tamat. Saya minta suami pulang ke rumah dulu berehat sebelum datang waktu melawat petang nanti.  Jam 3 saya VE lagi. Harapan saya itu yang terakhir sebelum ke labour room. Memang betul. Saya disediakan ke labour room , dr. cakap sebab air ketuban dah habis... so kena bersalin juga...  Jururawat suruh call suami  untuk teman di labour room,  suami saya baru saja pulang sejam yang lalu.. 3.30 petang saya sudah berad di labor dan suami tiba pada jam 4 petang.

SAKIT 10 JAM
Saya sudah dimasukkan ubat. Sudah mula terasa contraction. Saya pun tak tahu ubat apa yang dimasukkan. Mula-mula saya tengok jumlah ubat tu 1.7 mol di skrin...  Itupun sudah rasa sakit.lebih kurang jam 6 setengah, doktor pakar kat bahagian o&g ni lah agaknya datang ,Dr. tu cakap prosedur anak pertama, kena tunggu 12 jam baru operate. Maksudnya kalau saya tak beranak juga pukul 3 pagi, baru saya kena operate. Waa... lamanya saya rasa. Ubat yang dimasukkan 1.7 mol telah ditambahkan  kepada 3.6 mol... dan saya mulai rasa sakit yang amat sangat lebih kurang dalam pukl 7 malam.Saya sentiasa berdoa agar percepatkan proses bersalin saya. Saya minta suami mesej pada ayah n ibu bagi tahu contraction saya dah 4 kali dalam masa 10 minit dan doakan saya. Masa itu juga terbayang muka student2 saya....adakah saya pernah marah mereka sehingga mereka terdetik rasa menyampah (sebab tahun ni saya extra garang). Sakit yang amat-amat sakit sehinggakan suami saya nak pergi mana-mana saya tak bagi. Suami saya nak solat maghrib saya izinkan kerana waktu yang singkat. Tapi masa suami minta izin nak solat isya' saya minta tangguh sebab waktu masih panjang.... tapi suami pergi solat waktu dr. minta suami keluar sewaktu buat VE. Suami saya nak pergi toilet pun saya tak bagi... saya perlukan suami di sisi untuk urutkan belakang pinggang saya dan bagi ubat tahan sakit yang macam nebulizer tu. Banyak kali saya kena VE......8.30 pm, 10 pm, 10.50 pm, 11.30 pm, 12.15 am, 12.50 am dan akhirnya saya disiapkan untu bersalin. Saya minta Dr. check sebab rasa sakit perut yang amat sangat walaupun Dr.kata bahaya saya VE selalu sebab dah tak ada air ketuban. Masa tu VE dah tak rasa apa dah... yang penting cepatlah baby keluar... Suami saya masih di sisi dan suami nampak dah kepala baby waktu saya cakap dah tak tahan sangat. Push...push... push... disamping kata-kata semangat dari doktor-doktor. Masa tu ada dua orang doktor, 1 HO dan 2 attachment student dan beberapa jururawat. Akhirnya kena vakum juga. Saya pun tak sedar . Saya tau tengah-tengah teran tetiba baby dah dicampakkan ke badan saya...huhu. Alhamdulillah ya Allah. Lahirlah Ammar pada jam 1.52 pagi....
Ammar 2 hari

Ammar dan putingnya yang kini telah dilupakan


REFLEKSI DIRI
Dalam saya berjuang melahirkan seorang anak, saya masih lagi seorang anak yang mengharapkan doa dari ibu ayah. Ibu bagi tahu saya ibu dan ayah baca yaasin dan buat solat hajat pada jam 1.30 pagi... dan saya melahirkan bayi pada jam 1.52 pagi.... Kini apabila dah bergelar mama... baru saya tahu betapa hebat perjuangan seorang ibu. Terima kasih Ibu n Ayah.

Ammar belajar naik car seat sehari sebelum mamakerja



Ammar dari Kemaman nak ke KL di dalam kereta atuk.