Setelah 4 bulan blog ni terbiar... rasanya macam dah nak berkubur je. Alhamdulillah, hari ni diberi semangat untuk update. Hujung cuti sekolah bulan 12 tahun lalu memang berniat nak update, tapi menangguh-nangguh sebab selalu sangat selsema.
Sedar-sedar dah buka sekolah, bila awal tahun sesi persekolahan, memang kerja terlalu banyak terutamanya bila menjadi guru kelas. Saya tenggelam dalam kesibukan dan berharap agar penghujung bulan 1, saya ada masa untuk diri berehat dan mengemaskini blog ini.
Tetapi, itu hanya harapan saya. Hampir selesai dengan urusan awal tahun sebagai guru kelas. Saya didatangi tugas sebagai setiausaha PMR. Pada asalnya saya bukanlah s/u PMR, hanya penolong s/u, tetapi ketua s/u diuji Allah dengan keguguran kandungannya dan beliau mc selama 2 minggu diikuti cuti tanpa gaji selama 3 bulan. Maka taggungjawab sebagai s/u pmr tergalas di atas bahu saya.
Di atas bahu saya, budak hingusan inilah terletaknya tanggung jawab mandaftarkan calon PMR 2012 sekolah saya. Sepanjang bulan 2 ini saya sungguh sesak dengan urusan PMR. Bermula dengan taklimat pendaftaran PMR di awal bulan 2 sehinggalah 29.2.2012 tutup pendaftran, saya merangkak dan bertatih seorang diri tanpa ketua. Saya tiada bimbingan terus dari ketua. Saya belajar sendiri. Baca manual pendaftaran, baca buku peraturan, baca fail meja dan baca segala perkara yang diperlukan. Cukup pembacaan, saya praktikkan apa yang saya tahu. Kadang-kala kebuntuan jua dan saya akan menghubungi ketua saya yang sedang bercuti. Selain itu, saya ada hubungi salah seorang s/u dari sekolah lain. Tapi bantuan di telefon tidak mampu membantu saya 100%, maka saya selalu dalam kebingungan. Pulang ke rumah dalam keadaan murung dengan membawa begitu banyak kerja. Terjaga dari tidur di malam hari terfikir tentang PMR.
Alhamdulillah, 6 Mac yang lalu telah selamat serahkan data PMR. Sekarang ini hanya risaukan yang calon Pendidikan Khas dan calon pindah pusat.
Pemantauan Bilik BOP mungkin selepas cuti ini. Selaku penolong s/u PBS yang memegang fail mengah atas, sungguh banyak kerja yang perlu dibereskan. Plus, selaku penolong s/u PMR yang ketiadaan ketua, segala fail juga perlu dikemaskinikan.
Sudah beberapa kali sebenarya saya berjumpa PK pentadbiran agar memahami situasi diri. Bukan mahu mengelak tugas. Tapi dengan bebanan kerja dalam PMR, PBS, guru tingkatan dan tugas-tugas sampingan serta masalah kesihatan. Saya sangat risau dengan kualiti pengajaran saya. Fail-fail PEKA pelajar juga belum saya kemaskini. Saya bersuara agar saya diberi pembantu. PK juga memahami situasi saya. Namun, saya juga harus memahami... masih belum ada guru ganti yang ditempatkan di sekolah. Saya akur.