Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, December 28, 2009

Mufin Coklat

Kali ini saya kongsikan satu resipi yang saya ambil dari internet, daripada laman web Myresipi... Sedap sangat. Chocolate Muffin.

Dah dua kali saya buat. Yang pertama tak taburkan cip coklat sebab dah habis, yang ke dua saya taburkan coklat cip. Adik saya, Anas sangat sukakan mufin ini.
Ini yang pertama.

Ini pula kali kedua.


MUFFIN COKLAT
Sumber: Yani (Myresipi.com)

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Sunday, December 27, 2009

Keputusan

Saya sudah boleh berehat sekarang. Sudah berhenti daripada menjadi guru tak bertauliah kepada sepupu-sepupu saya. Aktiviti sekarang ialah tengok sukatan pelajaran sains dan fizik dan buat rancangan mengajar selain baik pulih baju-baju kurung saya.

Oh ye! Untuk menjawab komen Azaty di entry sebelum ini serta pertanyaan Zura di shoutbox. Keputusan peperiksaan akhir untuk semester 7 sudah keluar. Alhamdulillah. Tak dapat dekan. Tapi, okaylah. Bersyukur dan gembira. Apa yang saya dapat, itulah hasil usaha saya :)

Terima kasih kepada semua yang membantu. Fana, terima kasih sebab selalu ajar aku. Juga sesiapa rerakan aku yang tak jemu ajar aku yang selalu blur n lost ni. Untuk kawan-kawan yang pernah sekumpulan tugasan dengan aku, terima kasih dan minta maaf jika ada kurang di pihak aku. Aku ucap terima kasih kat kekawan je lah, mana ada pensyarah baca blog aku. Hahaha.. Jasamu semua dikenang.

Dalam rasa tertekan belajar kuantum, yang saya rasa susah sangat nak lulus, alhamdulillah dpat juga B+. Hoooorey! Tak payah lagi tengok Kuantum.

Saya sangat bersyukur, gembira dan berterima kasih kepada pensyarah penyelia projek akhir saya. Saya sangat bersyukur diselia seorang pensayarah yang sangat baik dan prihatin serta cool. Sanggup bekorban masa berjam-jam setiap kali sesi perjumpaan setiap minggu untuk membaiki tesis dan modul. Bila dikenang-kenang, sangat berbaloi apa yang diusahakan. Berapa kali draf untuk modul juga berapa kali draf untuk tesis. Berapa banyak kali saya jumpa untuk berbincang. Beberapa subtopik yang saya keliru dalam tajuk keelektromagnetan telah saya faham :) Kebiasaannya petang Selasa saya akan berdiskusi dengan pensyarah penyelia saya. Bermula dari jam 2.30 petang sampai pukul 4, kadang-kadang lebih. Kadang-kadang pergi seorang, kadang-kadang pergi dengan Cu dan Dayah.

Yang bertudung merah itu pensyarah penyelia projek akhir saya. Dia sangat baik :) Gambar ini diambil masa jamuan perpisahan untuk pelajar-pelajar di bawah seliaannya.

Buku-buku yang dirujuk sewaktu menulis tesis berkaitan pembelajaran kooperatif.


Buku-buku dirujuk untuk membina modul pendekatan kooperatif bagi tajuk Keelektromagnetan.

Hasilnya inilah tesis saya yang telah dijilidkan.



Sekalung penghargaan buat semua pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya.


Thursday, December 24, 2009

FB

Akhirnya saya daftar akaun facebook.

Dulu ada entry dalam blog saya menyatakan asal usul facebook yang meragukan hati saya dan ada juga komen daripada kawan saya yang menyatakan pandangan tentang penggunaan facebook membuatkan saya berfikir semula untuk menjadi pengguna facebook.

Kenapa saya nak daftar sebagai pengguna FB?
Sebabnya untuk berhubung dengan kawan-kawan. Dulu saya ingatkan cukuplah Friendster sebagai penghubung. Tapi nampaknya dunia FS seakan malap sejak akhir-akhir ini. Ramai yang beralih ke FB. Membuatkan ramai yang upload gambar di FB berbanding di FS. Ada juga yang diminta send gambar ke emel tapi suruh ambil dari FB.

Akhirnya... saya menjadi pengguna FB.

Tuesday, December 22, 2009

Mufin Pisang & Cip Coklat

Sekarang ni saya sangat suka buat mufin sebab mudah berbanding buat kuih-kuih tradisional. Sebabnya mufin hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk bancuh dan tuang ke dalam cup dan kemudian bakar lebih kurang setengah jam di dalam oven. Jadi sambil mengajar sambil memasak.

Untuk kali ini saya mahu berkongsi resipi banana & chocholate muffin. Resipi yang saya ambil daripada blogger masak terkenal, blog Mat Gebu. Resipi asal rasanya dari blogger lain.

Saya buat satu adunan dan menghasilkan 18 cup muffin.

Baiklah ini resipinya yang saya copy dan paste...

Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam * (*digaul rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip

Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)

  • Panaskan oven pada suhu 170C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
  • Satukan bahan A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar.
  • Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra.
  • Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2.

Muffinnya sangat sedap. Agak lembab dan rasanya tidak terlalu manis. Ayah saya suka :)

Wednesday, December 16, 2009

Kisah Terbaru Cuti Ini

Lama rasanya tak menghadap laptop. Huh... memang sibuk bertambah tak berapa sihat 3... 4... hari lepas.

Sejak jadi cikgu tak bertauliah untuk sepupu-sepupu ni, jadual kehidupan sungguh lah sibuk. Saya fokus mengajar sains dan matematik saja. Kalau cakap bab penat, memang penat. Bayangkanlah cuti tanpa duduk berehat-rehat.

Bangun saja pagi turun ke dapur, tolong ibu sediakan sarapan. Kemudian masak menu utama untuk makanan tengah hari. Lepas itu kemas-kemas dan bersiap-siap untuk mengajar pula.

Pukul 10 pagi mula mengajar. Masa mengajar ini memang sangat terisi sebab pelajar saya ni ketiga-tiganya berlainan tingkatan. Tingkatan 1, 2 dan 4. Jadi isi pelajarannya berbeza-beza. Masalah yang mereka hadapi juga berbeza-beza. Pukul 12 tengah hari sambil memasak sayur, sambil mengajar.

Pukul 1-2.30 petang waktu saya berehat. Selalunya saya terlelap. Lepas itu mula mengajar semula sampai pukul5. Kalau saya rajin, dalam jam 4 petang tu sambil mengajar, sambil masak untuk makanan petang. Masak kek ke, mufin ke, kuih goreng-goreng ke.

Malam sambung balik mengajar. Lepas itu saya terus tidur. Penat memang penat. Tapi bila budak-budak tu dapat jawab rasa puas.

Tapi sebenarnya hidup sibuk ini lagi penuh bermakna daripada hidup yang asyik berehat-rehat.


Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
Riwayat Muslim


p/s: Insya Allah next entry .. saya nak share resipi yang sedap! Lama dah rasanya entry bawah label rasa dapur tak ada... Jadi ... insya Allah saya update:)

Friday, December 4, 2009

Sibuk Masa Cuti

Sekarang saya sungguh sibuk. Amat dan teramat sibuk. Kesian blog ini terabai. Tak apalah sebab ada perkara yang perlu lebih diutamakan.

Selepas 2 hari kembali ke JB dari TM saya pulang ke Kemaman (kampung ayah) iaitu pada hari Rabu. Beraya di sana dan saya bergerak semula ke TM pada Isnin malam Selasa dengan menaiki bas untuk menemani sepupu saya, Aina menghadapi ujian Medsi. Selesai urusan terus pulang semula ke JB bersama sepupu saya.



Di JB pula Amin sepupu saya juga ada di rumah.Jadi ada dua orang saya ada di rumah, Amin dan Aina. Sejak Amin di rumah, saya tolong mengajar matematik. Ulang kaji tajuk-tajuk tingkatan 1. Di campur dengan kerja-kerja rumah dan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan berat badan daripada naik, maka jadilah saya manusia yang sibuk.

Besok, Insya Allah, sepupu dari belah emak pula datang. 3 orang. Datang nak belajar juga. Terfikir-fikir juga saya... mampu ke saya mengajar.

Sekarang saya sangat sibuk. kadang-kadang seharian tak usik laptop langsung. Berangan je lah nak tukar template blog....