Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, November 28, 2009

Tiga Tahun Setengah


Rasanya baru semalam menghantar sms untuk mengetahui universiti mana yang saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam sarjana muda. Masih segar dalam ingatan. Saya ketika itu sangat dan amat bersyukur kerana ditawarkan program pendidikan kerana itulah antara matlamat saya ketika minggu pertama menjejakkan kaki di matrikulasi.

Sebelum menjejakkan kaki ke Tanjung Malim, dalam minda saya terbayangkan TM ni macam Skudai yang sudah membangun kerana UPSI telah lama wujud di TM. Terbayang TM seperti sebuah bandar. Sangkaan saya meleset sama sekali. Jauh berbeza dari apa yang saya bayangkan.

Keluar saja dari PLUS, ayah membelokkan kereta bewarna perak ke kiri melalui pekan TM. Melewati pekan TM, saya menyedari bahawa pekan ini hanya memiliki kedai-kedai kecil dan lama. Seterusnya melalui jambatan yang bawahnya terdapat stesen kereta api yang sangat besar. Kenderaan dipandu sehingga menuju ke kolej kediaman yang saya ditempatkan... Kolej Harun Aminurrashid.

Bermulalah kehidupan saya sebagai Anak Kandung Suluh Budiman di pekan kecil Tanjung Malim.

Ahad lalu, ayah dan ibu datang lagi. Kali ini menaiki kereta bewarna kelabu. Sedar tak sedar, sudah tiga tahun setengah saya manfaatkan masa di pekan kecil ini. Terasa amat berat untuk melangkah. Di pekan kecil ini saya diajar jadi manusia. Peribadi seorang guru dibentuk. Kematang fikiran seorang remaja dibina. Banyak lagi yang sudah bertukar... Insya-Allah, kepada yang lebih baik.

Hari ini saya menjadi saya. Raihah Rosli. Pekan kecil Tanjung Malim juga punya suatu sudut khas dihati. Biar buruk mana ia fizikalnya, biar hina mana ia dipandang manusia lain, Tanjung Malim ada ruang signifikannya di mata dan hati saya.

Saya pasti saya merindui Tanjung Malim... Kini sudah seminggu saya tinggalkan pekan kecil itu!

Saturday, November 21, 2009

Terima Kasih Haniem & Dr. Zubir

Alkisahnya perjalanan saya tiga hari di Kuantan. Bertolak tengah hari Isnin. Bas ke Kuanntan. Sampai pukul 8 malam di Kuantan. Haniem bersama suaminya, Zubir dah tunggu kat stesen bas. Rasa bersalah juga sebab sepatutnya Dr. Zubir nak pergi hospital , nak finding case Haniem kata. Huhu... tapi ssebab kami dan sampai lewat, mereka ubah plan kot. Terus pergi ke Tok Sera tengok kawasan sekolah Fana sebab nak tunjuk jalan kat kami yang akan ke sana esok memandangkan kami semua ini sangat tak biasa dengan bandar Kuantan. Kawasan sekolah Fana ni dekat sangat dengan Teluk Cempedak (TC), kami pun singgah di TC. Bersantai sambil makan aiskrim.Selepas pada itu terus pergi makan dekat Indera Mahkota 1 (IM1) kalau tak silap. Malamnya kami bermalam di rumah Haniem.



Hari kedua pagi-pagi lagi telah dijamu dengan mee goreng dan keropok lekor. Selepas makan terus pergi sekolah. Fana yang drive kereta Haniem. estinasi pertama SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Masa ini perut saya dah kecut. Takut nak jumpa pengetuanya. Lama juga menunggu giliran, biasalah pengetua sibuk.Setelah lama menanti dengan kecut perut saya dan Haniem masuk. Lama juga berurusan, terangkan itu ini. Jumpa sekali cikgu fizik sekolah. Kemudian ke sekolah Fana, SMK Tok Sera. mengambil masa dalam 15 minit dari sekolah saya. Selesai semua urusan sudah jam 1. Sampai rumah dala 1.15. Solat dan berehat sebentar. Lepas itu sama-sama memasak dengan Haniem. Kami di jamu sotong masak merah , ayam goreng dan sayur lemak serta budu. Akhirnya, Fana suka budu. Dulu kalau makan nasi kerabu, Fana selalu cakap dia tak suka budu.


Sekolah praktikum saya dekat dengan UIA

Sepetang mencari rumah di IM1, IM2, IM3,IM6 dan IM8. Tapi tak jump, akhirnya dekat-dekat pukul 7 kami pulang. Malamnya kami dibawa makan di Tanjung Lumpur. Terima Kasih Haniem & Zubir atas belanja makan besar di Restoran Mail itu! Naik segan saya dan Fana.

Rabu itu kami pulang. Sempat sarapan dan makan tengah hari. Tengah hari itu kami di jamu udang masak lemak, ikan goreng, ulam tomato dan budu. Tengah hari itu Haniem dan suaminya hantar kami ke stesen bas dan membekalkan kami satar sebab Fana teringin sangat nak makan. Sekali lagi rasa bmenyusahkan ...huhu..


Terima Kasih Haniem dan Zubir! Semoga Allah memurahkan rezeki kalian!

Sibuk Selepas Peperiksaan

Sibuk... sibuk... sibuk. Ingatkan selepas peperiksaan boleh lepak-lepak. Rupa-rupanya sibuk juga. Baiklah, sebelum membaca lanjut ada baiknya saya jelaskan bahawa entry-entry yang selepas ini adalah entry-entry saya merungkai kisah kehidupan mahasiswi di TM. Sesiapa yang jemu, tidak perlulah meneruskan pembacaan.
Khamis -12/11/2009-Peperiksaan Quantum Mechanics
Jumaat -13/11/200-Jumpa penyelia projek akhir (Puan Izan) dan penyelia praktikum (Dr. Bakar)
Sabtu -14/11/2009-Baikti tesis
Ahad-15/11/2009-Uruskan tesis. Siapkan CD tesis.
Isnin-16/11/2009-Pergi lab hantar tesis. Tengah hari naik bas ke Kuantan.
Selasa-17/11/2009-Kuantan
Rabu-18/11/2009-Kuantan
Khamis-19/11/2009-Membeli-belah di KL
Jumaat-20/11/2009- Jamuan dengan pensyarah (Penyelia projek akhir, penyelia praktikum, PA dan pensyarah Quantum). Malam ada taklimat praktikum.


Sekejap saja rasa seminggu. Padat dan penuh terisi. Hari ini kawan-kawan dah ramai yang pulang! Saya esok pulang,hari ini ayah ada kerja.