Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, August 31, 2008

MERDEKA !


Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke-51

Kalau di sekolah dulu pasti terasa kemeriahan menyambut sambutan merdeka kat sekolah. Macam2 aktiviti diadakan: nyanyian, lakonan, deklamasi sajak dan pelbagai pertandingan. Tapi bila berakhirnya zaman persekolahan dan matrikulasi, kemeriahan sambutan tu kurang dirasai. Meskipun di UPSI ni ada banyak juga sambutan yang dilakukan, malang sekali tak terasa pula untuk mengambil bahagian!

Bukan apa, bila dah besar ni terfikir juga sejauh mana keberkesanan sambutan tu. Sekarang ni terfikir juga APAKAH AKU BETUL2 MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN TERSEBUT ATAU HANYA SEKADAR NAK MERASAI KEMERIAHAN SAMBUTAN?

p/s : Sampai sekarang sebenarnya masih ragu2 kat dalam diri ni: Betulker saya tahu erti sebenar kemerdekaan?

Saturday, August 30, 2008

That Is My Job!

Alhamdulillah!

Berakhir sudah 3 mid term test : Environmental Science, Thermodynamics & Introductory Biology.

Tinggal lg 1 mid term test : Basic Instrumentation.

Lagi 2 subjek mmg tak de mid term test, tp bertimbun2 assignment sbg carry mark!


Now , all my family members are at ayah’s hometown in Kemaman. Where am I? I am in TM. I can’t go to Kemaman since I have midterm test today. So sad ah????

Actually, Ibu called me on last Thursday, and I knew that she wanted me to go to Kemaman too. Ibu asked to go back because it is the only time that all of us to gather (Ayah + Ibu + Along + Angah + Anas + Anis). Since Anis will fly to Egypt on September, 17th. Ayah decided to return to his hometown give opportunity to Anis to meet our relatives on ayah's side before he fly. And Anis will meet our relative on ibu's side on the day that he will fly since my ibu’s hometown is in N9.

I have only a chance to meet Anis on September 17th , the day that Anis will fly since it is public holiday for Perak due to Nuzul Alquran. Hope + pray that I’m free on that day!

I have too many commitments here, if not, for sure now I am in the bus going to Kemaman. I have group discussions for 4 assignments which are need to submit in next 2 or 3 weeks. I also have a test next week! However, the group discussions and test should not be blame. Since, THAT IS MY JOB.

As PM. Dr. Baseri Huddin said: Study, assignments, quizzes,tests and exam; THAT IS YOUR JOB AS A STUDENT!

p/s : First time tulis in english dlm blog ni ...huaahaha....mesti byk slh grammar and vocab... ttbe rse nk tukar angin!

Monday, August 25, 2008

Di Sebalik Kejayaan Anak!


Baji

A.I.A (Ayah Ibu Anak)

( 1 )
Rarare rare rare ra
Rarare rare rare ra
Rarare rara rera rara rare rara

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan amal(n?) ibu di sisi
Wahai intan seluruh (ra?)warga
Hadirmu membawa seribu warna

( 2 )
Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

( 3 )
Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

( ulang dari 2 )
( ulang 2 & 3 )
( ulang 1 3X )

Setiap getir dialami si anak,setia AYAH & IBU di sisinya!
Setiap kejayaan si anak, berdiri kukuh di belakangnya AYAH & IBU!
Maka, siapalah kita tanpa mereka!
Apalah maknanya kejayaan kita tanpa mereka!

Sunday, August 24, 2008

Ramadhan 1429


Sy rasa minggu depan sy tak berkesempatan nk type pjg utk update blog. Sbb sy ada byk mid term test. Tp kan kkdg, lg bz la lg byk benda yg rse nk dicalitkan kat blog ni sbg kenang2an.

Syaaban bakal melabuhkan tirainya yg tinggal beberapa hari sahaja lg. Ramadhan pula akan menjelang.

Jujur sejujurnya dalam hati, sy amat merindui bulan Ramadhan, melebihi rindu sy utk menyambut 1 Syawal. Sy percaya ramai juga begitu dan sepatutnya memang sebegitu. Kerana roh bulan Ramadhan ini amat dirasai dan dinanti2kan. Kegembiraan kita terhadap bulan Ramadhan harus kita lahirkan dgn sedaya upaya semaksimum mungkin memanfaatkan Ramadhan yg dtg sebulan dlm stahun sbg momentum utk mentarbiyahkan diri kita kearah pengukuhan dan pemantapan taqwa kpd ALLAH.

Sy percaya kita akan memanfaatkan kesempatan yg kite perolehi utk menjalani bulan Ramadhan dgn sebaik mungkin. Bila Ramadahan seolah2 diberi kekuatan berganda utk melakukan amal ibadah, baik wajib(semestinya) mahupun sunat. Perasan atau tidak, kita akan sedaya upaya melakukan terawih walaupun pada ketika bdn letih tak terkata dgn kerja2 harian, kita akan bgun utk solat sunat di malam hari walaupun kita rasa tak cukup tido, kita akan sedaya upaya memperbanyakkan bacaan alQuran sehingga mampu utk khatam dlm sebulan, kita begitu ringan utk bersedekah. Ya..itulah dia. Semuanya dalam Ramadhan kerana mengejar keberkatan dalam bulan yg mulia itu dan gusar jika tak mampu utk menikmatinya lg pd tahun mendatang serta mengejar satu mlm yg sgguh istimewa.

Tp sygnya kerana amaln yg sekencang dan selebat itu hanya mampu bertahan pd bulan ramadhan shj.... Tidak mampu menjadi sekencang dan selebat itu utk diteruskan pd bulan2 sterusnya. Sedih bukan? =( Lbih2 lg stlh sbulan membentuk jiwa kearah kebaikan, pabila raya menjelma kita disogokkan dgn hiburan melampau pd 1 Syawal di media2. Sungguh menyedihkan. =(

Selamat Datang Ramadhan 1429! Selamat Menyambut Ramadhan 1429!

p/s 1: Sy da scheduled kan n3 ni... Skrg sy dlm pjlnn ke TM...Pulang kembali ke UPSI!

p/s 2: Setiap kali sy wat n3 ttg ataupun bersangkut paut dgn ilmu agama, sy perlu nyatakan sy bukan arif dlm bidang ini malahan amt cetek sekali ilmu sy, segala kesalahan harap diperbetulkan, segala kelamahan sy sedia menerima teguran, sy hanya mahu berkongsi dan calitkan di teratak coretan sy ini 'KUASADUAR' sbg kenang2an spjg sy meniti rentetan kehidupan ini.

Thursday, August 21, 2008

Buah Hatiku

Kalo org tnye da ade buah hati ke blom....Tadaaaaaaaaa!.... Inilah jawapannya! =)

Monday, August 18, 2008

Kagum Seorang Sahabat


Hari ini sebenarnya sy tiada mood utk menulis. Jd sy hanya melawat blog2 kgmrn sy. Dlm lwtn rasmi sy, sy pun singgah ke blog sorg sahabat.

Sungguh! Sy sungguh kagum dengan sahabat sy ini. Melalui pos n3 nya yg terbaru hari ini, apa yg sy dpt fahami, sahabat sy ini membuat keputusan utk berpurdah.

KAGUM! HORMAT! TERHARU!

Itu antara rasa di hati sy. Antara sejarah persahabatan sy dgnnya utk sy singkap. Sy mengenali shbt sy ini pd tahun 1998 ketika itu di kelas 5 Pandai. Shbt sy merupakan pelajar baru di SKTSP. Sy memberanikan diri utk menegurnya, krn sbnrnya sy bukan sorg yg ramah utk memulakan sesi berkenalan.

Apa yg sy igt, hubungan kami agak rapat apabila lama-kelamaan. Selalu juga ke rumahnya utk membuat buku skrap. Makan pun pernah di rumahnya. =). Ada beberapa peristiwa yg membuatkan sy rapat dengannya. Antaranya apabila shbt sy ini mempunyai masalah.

Namun begitu persahabtan secara langsung kami hanya utk tempoh 2 thun shj. Kerana sahabat sy ke STARP manakala sy ke SMKTUN.

Walaupun begitu kami masih berhubung , tp jrg2, melalui kad, pggln telefon atau kriman salam dr kkwn. Kami bertemu kembali stlh 5 thun tak bertemu, ketika reunion 6 Pintar. Lps drpd tu hbgn kami agak aktif kembali, sbb masa tu masing2 da ada hp. Pernah sekali keluar bersama ke Jusco dan baru2 ini bertemu kembali di SKTSP. Dan skrg kmi slalu berkomunikasi sbb msg da pndai berblog dan YM.

Sungguh sy kagum dengan shbt sy ini. Dan dlm hati sy berbisik :
Bilakah masanya sy akan MAHU berubah menutup aurat dgn lebih sempurna?
Sy selalu memberi alasan dlm hati, bhw pskitaran sy tak menggalakkan.
Salah sebenarnya, kerana semua itu adalah berpunca dr DIRI YG BELUM SEMPURNA.


Sunday, August 17, 2008

Konvo Along & Angah

Weekend last week aku g Konvo Along & Angah.Alhamdulillah... Along berjaya menghabiskan Degree in Dentistry from UKM& Angah lak Degree in Science [biodiversity] from UM. Angah konvo pd 7.8.2008 n Along lak pd 9.8.2008.

Gambar kat atas ni Angah pakai t shirt je kat dlm sbb mse tu hari Along konvo.... gmbr ni di ambil jm 6.30 am b4 g UKM kat rumah Uda kat Bndr Tun Hussein Onn.

Okay ... kat bwh ni gmbr Anis + Angah + Ibu + Anas.... mse ni abgku telah berpakaian kemas utk bergambar.

Sekarang ni Along bertugas sbg doktor gigi kat Kuantan & Angah bekerja kontrak kat UTM sbg research officer, masih dlm proses mencari kerja tetap.

Giliran sy?? InsyaALLAH lg 2 tahun! Doakan urusan sy semasa bljr ini dipermudahkan dan cemerlang!

Saturday, August 16, 2008

Tag Yg Pjg Oleh Wanie!

DI'TAG'OLEH MISS NUR HAZWANI.
Rules:
1. The rules of the game get posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Starting time: 12.10 pm

Name: Raihah Rosli

Sisters: 2 [along + raihah]

Brothers: 3 [ angah + anas + anis]

Shoe size: 6 +7

Height: : Rendah saje :)


Where do you live?
:: Rumah Sewa Tmn Nusa ,TM + Rumah Famili Tmn Sri Pulai Perdana, JB::

Favourite drinks?
:: Air MILO + Jus Buah ::


Favourite breakfast?
::bread::

Have you ever been on a plane?
:: yes ::

Swam in the ocean?
:: yup::

Fallen asleep in school?
:: yes3x... smpai kwn2 jeles sbb pndai cover utk tdo dlm klas::

Broken someone's? heart
:: rse nye x prnh::

Fell off your chair?
:: alhamdulillah...blom pernah...dan tak mahu ianya terjadi::

saved e-mails?
:: tak pernah delete::

What is your room like?
:: bese je... bilik yg normal sbg student::

What's right beside you?
:: choc cookies made by kwn abg ::

What is the last thing you ate?
:: choc cookies::

Ever had chicken pox?
::yes...mse drjh 2::

Sore throat?
:: prnah..kkdg2 ble selsema yg truk smpai efek ke tekak::

Stitches?
:: - ::

Broken nose?
::selalu selsema-sinusitis::

Do you believe in love at first sight?
:: Mungkin ada...kurg percaya...hahaha::

Like picnics?
::yups::

Who was the last person you danced with?
:: tak pernah kot...i m dull person...huhu::

Last made you smile
::lwk poyo dr my abg::

You last yelled at
:: - ::

Talk to someone you like
:: suke bebel kat org yg knl je::

Kissed anyone
::my IBU::

Get sick
:: selalu sakit- setiap minggu mmg slalu x sihat::

Talked to an ex
::ex ape?[soklan poyo ek]...huhu...::

Miss someone
::miss my family [parents + adik]...tp skrg kat umah ngan parents...so miss adik::

Best feeling in the world
:: biarlah rahsia...haha::

Do you sleep with stuffed animals
:: x ::

Who do you really hate
:: takde , sy syg sumer org =)::

What time is it now
:: 12.29pm ::


Randoms :
Q: Is there a person who is on your mind right now
:: takde ::


Q: Do you have any siblings
:: bukan da jwb ke kat ats td [amik ayat wanie]::

Q: Do you want children
:: huhu ::

Q: Do you smile often
:: yes::

Q: Do you like your hand-writing
:: bely la...itu adalah hasil tgn sy... =P::

Q: Are your toenails painted
:: nope::

Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in
: katil sendiri kat umah sewa + katil kat umah famili jer...katil org len x ske::

Q: What colour shirt are you wearing
:: oren::

Q: What were you doing at 7:00pm yesterday
: kat dlm bsr dr TM ke KL da nk smpai pudu da mse tu::

Q: I can't wait till
:: takde kot ::

Q: When did you cry last
:: tak igt sudah::

Q: Are you a friendly person
:: tgok keadaan tmpt, masa & org sekeliling ::

Q: Do you have any pets
::takde::

Where is the person you have feelings for right now?
: : tak tau nk jwb pe...huhu ::

Did the last person you held hands with mean anything to you now?
:: sy x reti pgg tgn org... wlpn kkwn ::

Do you sleep with the TV on?
::kdg2::

What are you doing right now?
:: dgr lagu smbil jwb tag dr wanie ni::

Have you ever crawled through a window?
:: tak ingat la ::

Can you handle the truth?
:: insyaAllah::

Are you closer to your mother or father?
:: IBU kot::

Who was the last person you cried in front of?
:: tak ingat...lme suda x nangis::

How many people can you say you've really loved?
:: infinity...hahaha::

Do you eat healthy?
::tak...mkn je ape yg suke...kuikuikui::

Do you still have pictures of you & your ex?
:: tak pernah ade ex::

Have you ever cried because of something someone said to you?
:: ade tp jrg...hati batu ke ni??...huh!::

How often do you go to the masjid?
::jarang2::

if you're having a bad day, who are you most likely to go to?
:: tak de sape2...hanye percaya pd diri sendiri...sebaik2 tmpt luahan adalah pdNYA::

Are you loud or quiet most of the time?
::bergantung pd keadaan::


Are you confident?
:: teramat sgt tak confident::


5 things I was doing 10 years ago1998:
::pelajar SKTSP di kelas 5 Pandai::
:: sekolah agama darjah 3 kelas Ustazah Siti Sara::
:: zmn kegemilangan aku tulis sjk::
:: menyumbangkan 2 buah sajak utk sekolah...1. hari persaraan GB. 2. hari merdeka::
:: g n balik sekolah jln kaki ngan Nadia::



5 things on my to-do list today:
:: rehatkan diri::
::wat 3 lab repot::
:: msk+ mkn + tdo ::
:: sembang2 wif family member::
:: rahsia =P::


5 things I would do if I were a billionaire:
::already answered in the prev tag[amik ayat wanie]::


5 of my bad habits:
:: malas ::
:: jahat ::
:: toye ::
:: suke surf net smpai x sdr mase::
:: byk lg la....x tersenarai::


5 places I have lived in :
:: Tmn Dato' Keramat,KL ::
:: Tmn Sri Pulai, JB ::
:: Tmn Sri Pulai Perdana, JB ::
:: KHAR, TM::
:: Tmn Nusa, TM::


5 people I tag:
:: nk tag sape?...x rau...aku bukan ramai pon kwn yg blogging...kwn2 ak nk tag...wanie da tag....so ak rse aku x tag sape2.....tp sape2 nk wat....sila2 kan lah.....seronok tau.....kkdg menjawab tag ni ::

Kisah Budak Sekolah

Alhamdulillah...sy selamat sampai di rumah jam 110 am. Ada satu cerita yg sy nak kongsikan semasa sy di dlm bas semalam. Cerita biasa2 saja namun sy yg bakal bergelar pendidik mungkin suka pd kisah2 sebegitu...

Semalam masa sy smpai Pudu awl lg... azan maghrib tgh berkemundang... maka terus ke surau. Pukul 815pm sy ke Dunkin'Donuts dan beli air. Duduk sebentar dan kebetulan di hadapan sy ada 3 budak lelaki yg berpangkat adik kpd sy. Sy dpt mengecam mereka ni pljr sekolah sbb cara pakaian mereka... berkasut kulit hitam, seluar slack hitam & tshirt (spt pakaian adik sy dulu ble pulg bcuti).

845pm sy turun ke bwh...platform 6...sy suka naik bas maraliner. Pukul 9 naik bas. Kebetulan sunggh adik2 itu duduk berdekatan dgn sy dlm bas tsbt.

Mereka sbnrnya ber4. Muka masing hepi. Sorg drpd mereka ni beli 2 tiket...1 lg seat tu juz utk ltk brg. Kaya kan ! Huhu...RM 24 utk ltk beg.Sbb mls nk ltk beg kat bwh.

Dlm hepi2 mereka bersembang, ttbe slh sorg drp mereka yg aku gelar A berubah wjh sbb nye bile slh sorg dr kwn mereka memberi tahu bhw emak A ini kol... dan rrkn yg lain x tau nk ckp ape kat emak A ini utk cover line.A trus terdiam....

Ringkasan perbualan mereka:
A: Apa aku nk jwb ngan mak aku ni.
B: Ala.....ko ckp je la...g jln.
C: Ko ni takot st la.
D: Ntah ...relax la wei.
A: Mak aku bukan mcm mak ko.
B: Ntah ko ni...mak die len tau!

Kesian... sy dpt rasa kan betapa A gelisah yg teramat sgt. Slps drpd itu...A lbih byk terdiam berbanding 3 rakannya. Sesekali tdgr rakan 2 nya mengusik melihat A yg dlm kegelisahan.

Sy memahami perasaan A... Ketakutan utk menghadapi kemarahan ibunya. Mungkin emak A sorg yg agk tegas @grg. Sy juga memahami sifat sorg ibu yg mahu anaknya terdidik elok dan jauh dr segala gejala yg tak baik....sy juga memahami perasaan A yg berjiwa muda yg mahu berjalan2 n merayap sekitar KL (dr pdgrn sy, A hnya berjalan2 di Mid).

Sebab itu dalam mendidik anak2 tedapat 3cara secara teorinya.DIKTATOR, DEMOKRASI & LAISSEZ FAIRE. Sebaik2 nya adalah secara demokrasi. Mendidik dgn cara diktator menyebabkan anak terlalu lurus dn jk gagal akn menjadi sorg yg kuat menipu. Mendidik dgn cara laissez faire dikhuatiri anak gagal memilih jln yg baik kerana kurang sifat matang smsa di alam sekolah. Maka demokrasi adalah yg terbaik.... krn dlm kebebasan di tgn ank2 utk memilih... tgn si ibu bapa masih mampu utk mengawal.

Friday, August 15, 2008

Balik Kampung!


Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti



Ulasan lagu Balik Kampung dgn diriku:

RANGKAP 1- Perjalanan jauh tak kurasa... mmg jauh pun dr TM ke JB. Sebab kena naik bas TM-KL n KL-JB... tp jauh2 pun, smgt nak balik berkobar2...sehingga tak terasa jauhnya.

RANGKAP 2- Nun menghijau gunung ganang dan rimba.... kampungku kat tmn perumahan ... so x la rase sgt gunung ganang dan rimba... cuma rumah aku btul2 mengadap Gunung Ledang yg nun jauh gak la dr umahku...about half an hour.

RANGKAP 3-Memang hati girang pun nak blik kampung. Tp berat sgt hati ble kena blik UPSI blik..huhu.

RANGKAP 4- Memang terbayang wjah2 insan tersyg di rumah : AYAH & IBU. Juga katil dan makanan2 yg best :P

Sebenarnya hari ini sy akan pulang ke kampung . Tak sabar rasanya! Bas ke KL jam 6 ptg . Bas ke JB jam 9 mlm... doakan kslmtn sy :)

HaPpY HoLidaY! Buat kkwn yg bercuti! Yg tak cuti...slmt stdy!

Thursday, August 14, 2008

:Sudah Tua:


Sejak akhir-akhir ini sy berasa TUA! Ya! Sy rse seolah2 sudah dewasa tanpa sy sedari.

Kenapa sy berkata begitu? Hal ini adalah berpunca drpd perkataan KAHWIN!

Rata2 sahabat sy bercerita tentang kahwin... baik di mulut mahupun di blog shbt2 sy. Semuanya berkitar tentang cerita jodoh, kahwin, tunang, bakal suami mahupun bf.

Malahan sy juga mempunyai sahabat2 sekuliah yg sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Ada yg seusia sy dan juga senior sethun dr sy.

Secara tidak langsung topik2 tsbut telah menyedarkan sy ttg keTUAan diri ini. Tanpa sy sedari rupanya sahabat seusia telah berfikir jauh dan sematang itu. Sedangkan sy agenda2 itu msih terletak di kotak alternatif perancangan hidup sy. Nak dikatakan sampai tidak memikir langsung tidak dan nak dikatakan terlalu memkirkan agenda itu pun tidak. Semuanya sy serahkan pada NYA.

Memetik isi2 ayat drpd blog sahabat sy , SAJIDAH: "Sebenarnya tiada sesiapapun kawin lewat atau awal. Kerana semua orang akan berkahwin tepat pada masanya. Seperti yg telah ALLAH tetapkan."


p/s : Uwaaa.... sy tak tau knapa sy nk pos n3 sebegini...ttpi smnjk sy menjejakkan kaki ke sem 5, topik2 spt itu sudah menjadi halwa telinga. Ada shj antara shbt2 sy akn bercerita ttg topik2 spt itu. Maka dgn ini sy isytiharkan bhw sy rsa sy dah TUA! Hehehe!

Wednesday, August 13, 2008

Rasa Itu Ada


Rasa itu ada,
Dirasai untuk dinikmati,
Rasa pada jiwa,

Nikmat pada hati.

Rasa itu ada,
Dirasai dengan pedih,
Rasa pada jiwa.
Pedih pada hati.

Rasa itu ada,
Dirasai dalam bahagia,

Rasa pada jiwa,
Bahagia dalam diri.

Tuesday, August 12, 2008

BZ ker sy?


Saya letih sejk akhir2 ini... byk sgguh assgmt menunggu giliran utk disudahkan... Mengeluh atas asgmt yg diberi oleh lctrr bukan penyelesaiannya... namun seolah terluah sedikit rasa beban di dada...

Kenapa sy slalu rasa msa tak cukup.... penipukan sy?

Insan2 yg lbih bz dr sy mcm mne? Tak prlu tgok org yg bz jauh2... cukuplah tgok org bz yg dkt2 dgn sy spt... kwn sy yg memegang jwtn di kolej atau u?

Lantaran itu sy sedar sy gagal menguruskan msa dgn baik...

Sy perlu mencari resolusinya! Bukan sekadar mengeluh ttg ke'bz'an sy! Tp sy pasti mulut sy tak henti membebel akan ke'bz'an ini.

Namun sy sedar akan wajrnya sy berhenti merungut dan mengeluh ttg ke'bz'an & keletihan ini. Sy perlu menahan lidah untuk tidak bicara soal penat dan letih dan bz kerana itu bukan suatu motivasi.

Monday, August 11, 2008

Kesan ROS

Pengalaman semasa menjalani ROS semasa cuti sem yg lepas... adalah antara kenangan manis yg aku n rakan2 kongsikan brsama. Masing cter pglmn kat sekolah... Kebanyakkannya rasa seronok dan tk sabo nk msuk sekolah lg! Hahaha...smgt org mude!


Tapi bila aku cter dkt kwn aku yg da bergelar sorg pendidik, kawanku tu cakap, ROS tu hanya sedikit sahaja yg ktorg tempuhi. Berbeza apabila da bergelar betul2 seorg guru! Bila bergelar seorg guru, kerja tak terhenti jam 1 tgh hari! Slps sesi persekolahan tu la nk menguruskan hal-hal lain berkaitan sekolah spt kokurikulum, pentadbiran mahupun tugasan pengkeranian! Macam2 urusan yg perlu dibereskan... tak termasuk nak menanda buku pelajar dan menyediakan rancangan mengajar utk hari seterusnya! Huh... rasa takut lak!


Dalam masa yg sama aku cter kat sorg lg kwn aku juga yg turut menjalani ROS, Nurrul-Haniem (Aniem) namanya. Aniem ni menjadi guru sambilan (GSTT) kat sekolah yg die buat ROS tu. Minggu pertama bergelar seorg guru, die ckp die letih yg teramat sgt. Ade hari yg memaksa die pulang lewat spt jam 5 dan balik ke rumah kena siapkan pulak bahan2 yg perlu utk mengajar pada keesokannya. Susah yer bergelar seorg guru!


Rasa hormat dan sayang aku kepada guru-guru yg pernah mengajar aku semakin mendalam n menebal! Ye! Aku jadi lebih faham dan hargai akan pengorbanan mereka!



Friday, August 8, 2008

...Siap 1 Assignment...


Alhamdulillah... betapa leganya hati sy apabila berjaya menyiapkan asgmt 1 KPN2043. Terasa begitu puas di hati apabila bjaya menyiapkannya... Tetapi x tau la jika ada perkara yg perlu diedit lg sbb sy blom berkesempatan utk bertemu lctrr.

Inilah pertama kali sy berasa nikmat & azab nya membuat asgmt seorg diri utk subjek pddkn yg sptutnya dibuat dlm kumpulan. Entah macam mana utk subjek KPN 2043 ini sy keseorangan tercampak ke kumpulan kuliah ini. Kumpulan G. Manakala rakan2 yg len berada di kump lain. Kumpulan sy ini majoritinya adalah student major BM & kelompok ke 2 terbesar adalah student major Pddkn Khas. Hanya ade 4 org drpd course Sc... 3 drpdnya adalah major physics manakala sorg lg tu adalh major bio yg merupakan senior sy [die lwt amik sbb dlu die prnh tgguh sem utk bersalin].

Apabila berlaku pembahagian kumpulan... setiap kumpulan perlu mempunyai 3 org ahli...sudah semestinya. sy perlu bersama 2 org student physics itu lg... di mana kedua2 nya adalah lelaki. Berat hati sy utk bekerjasama dgn student lelaki... Spjg sy menuntut di UPSI... jarang yang amat sgt utk sy berkomunikasi dgn lelaki...boleh dikira dgn jari. Dan hanya pernah sekali 1 group dgn sorg student lelaki dan 4 ahli yg len adalah perempuan.

Ya! Inilah dinamakan dugaan. Sukarnya sy utk berkomunikasi dgn student lelaki di UPSI... menyebabkan sukarnya sy berurusan membuat asgmt... Melihatkan kesukaran utk bekerjasama spt group dscsn .... Mungkin 2 ahli kumpulan sy itu segan dgn sy...

Akhirnya atas kesukaran2 itu... sy telah menawarkan diri utk menyiapkan asgmt 1 sorg diri. Lebih2 lg apabila sy bertanyakan bila mahu mulakan asgmt 1 sedngkan pd mse itu sudah mggu ke-3....pasti jwpnnya...takpe biar ktorg wat...tp sy lihat thp ke'slow'an progress asgmt 1 merisaukan sy..... Lebih2 lg memandangkan asgmt tu perlu disubmit pd mggu ke-6 . Dgn persetujuan itu mereka berdua akan menguruskan urusan dgn pihak sekolah utk asgmt ke-2 pula! Lbih mudah sbb dorg ada motor nk ke sekolah!Dgn persetujuan itu juga... ktorg tlh bersetuju...jika ada sbrg problem... btau stiap ahli group... n setle kan bersama... dan bersetuju utk melaporkan progress asgmt.

::Azabnya apabila sy sorg terpaksa tekun di depan laptop utk beberapa hari dlm proses menyiapkan asgmt::
::Azabnya apabila sy stuck atau kekontangan idea, sy tiada rakan utk dirujuk mmdgkan rkn2 bilik sy yg len blom memulakn asgmt ini::
::Azabnya bila menunjukkan kpd lctrr dan didapati byk yg kena dibaiki::
::Azabnya apabila 2 ahli kump sy yg len risau @ kurg yakin ttg asgmt yg sy buat::

::Nikmatnya apabila sy melihat hasilnya meleraikan rasa azab spjg membuat asgmt ini::
::Nikmatnya apabila sy dpt merasakn keberkesanan @ tujuan asgmt ini::
::Nikmatnya bila lctrr ckp'stkt ni sy nmpk ok'::
::Nimatnya apabila 2 ahli kump sy yg len kate 'da OK...perfect...tggl tjukkat lctrr je'::

Alhamdulillah...asgmt 1 KPN 2043 sudah di'print'. Hanya tggl utk ditjkn kpd lctrr... Harap tiada mslh dan boleh trus dihantar!

p/s : Inlah hasilnya penangan x mnulis blog beberpa hari di sbbkan bz...hari ini n3 terover pjg...org baca pon loyer tekak!... tak bace pon x pe.... menulis hanya utk " CALITAN TINTA INSAN BIASA DALAM MENITI KEHIDUPAN " ...utk memuaskan gian nak menulis :P

Sunday, August 3, 2008

... Masa Utk Assignment ...


Skrg dlm keadaan bz menyiapkan assgmt yg wajib dihantar b4 mid sem. Sem ini aku mengambil 6 subjek yg berjumlah 18 kredit.

6 subjek tsbt ialah:
KPN 2043 - PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN PENDIDIKAN
TBA 1013 - INTRODUCTORY TO BIOLOGY

TFA 2023 - THERMODYNAMICS

TFG 2023 - FUNDAMENTAL OF INSTRUMENTATIONS

TSE 2013 - ENVIRONMENTAL SCIENCES

TSP 2023 - STRATEGY OF TEACHING SCIENCES

Biasalah, kehidupan sbg stdnt menuntut byk masa utk menyiapkan asgmnt [tp...ak msih smpt lg lyn blog]... lbih2 lg apabila bergelar pelajar pendidikan... dan lbih2 lg apabila bergelar student UPSI.

Kebiasaannya kalo subjek pendidikan spt KPN 2043, jumlah tugasannya adalah 3 utk 1 sem. 3 assgmt tu biasanya memerlukan masa yg pjg dan kebiasaannya melibatkan pihak sekolah [ kesian sekolah sekitar UPSI-terpaksa lyn kami].

Kalo subjek majorku (physics), kebiasaannya hanya mempunyai 1 asgmt dan 1 mini projek. Dan spt biasa , kalo da subjek sc.... mesti ade lab repot tiap2 mggu.

Itulah sebahagian tgg jwb yg ak wjb laksanakan sbg sorg pelajar.

Saturday, August 2, 2008

About 5 ->Tag

Hari ni aku dpt penyakit nk update blog...huh! X sdr dri keje byk ni! Org x tag pun aku...tp rse nk buat...hahaha!

**RULES***

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment.

Lets look at the questions...


  1. What were you doing 5 years ago?

    5 tahun yg lalu ak msih bersekolah di SMKTUN. Mase tu form 4...aku kat kelas 4 Sc 1. Masih igt lg .... mse ni kwn2 k yg pndai2 da ke SBP @ MRSM. Kelas aku mase ni terletak kat bilik tayangan sbb x cukup bilik kelas. Mase ni jd penolong. Ape lg ek? Huh...x igt da..

  2. What are 5 things on your to-do list for today?

    1. Siapkan 3 lab report : Termo, Instrumen & TSP
    2. G psr mlm
    3. Bce termo ckit sbb nk kne wat asgmt indvdu
    4. Edit balik asgmt KPN-kne baiki JPU (jadual penentu ujian)
    5. Bsuh bju ptg nnti


  3. What are 5 snacks you enjoy?

    1. Chocs! [ x kire brand pe :vanhouten, cadbury,toblerone, hershey, etc!]
    2. Any kind of chocolate biscuits - yummy!
    3. Keropok n kerepek..
    4. Kacang-- sumer mkn...heheh.. ske sgt pistachio!
    5. Chocs!.... chocs!...chocs! [kwn ak pun tau ak gler ngan choc]


  4. What are five things you would do if you were a billionaire?

    1. Tunaikan kewajipan : g haji [ tp kalo x billionaire pn,da mmpu, kne g]
    2. Melabur ... pelaburan yg halal..spy duit tu berkembang biak!
    3. Sedekah kpd yg memerlukan n mendirikan rumah kebajikan.
    4. Memenuhi segala hajat peribadi yg memerlukan duit utk mencapainya!
    5. ...ape lg ek.... tggu jd billionaire dlu ah...bru pk blik...=p


  5. What are five jobs you've had?
    Stkt ni x prnh lg bekerja.... tp kje2 yg x dpt gji ade la.
    1. Anak
    2. Student
    3. Cikgu praktikal
    4. org gaji kat umah sdiri ble time cuti sem...
    5. ....ape lg da....??????


I'm tagging,

  1. Sajidah
  2. Hazwani
  3. Syuhada
  4. Aniem
  5. Ika
Sila lah jwb tag ni bile free...tiada paksaan..hehehe!

Friday, August 1, 2008

Istiqamahkan Hati Ini



Hanya nak kongsikan pengalaman. Suatu ketika dulu ak pernah pakai hand sock. Ye! masa tu aku sem 2 di UPSI. Entah mcm mane hari pertama pakai, masa tu dlm kelas, kelas tu katBC, aku masih ingat lg ada sorg budk perempuan tu tanya ttg hukum agama... dan sememangnya insan yg daif ni tak tau jawapannya. Mungkin persepsi si penanya tgok ak pkai hand sock, die igt kan aku alim o warak! Tidak! Ak bese je. Lepas pd tu ak tak pakai da... secar jujur nye sbb ak tk selesa dgn persepsi org, sbb aku nii mmg lemah bab agama... so terasa x lyk di pndg bgitu.

Namun, sejak akhir2 ni aku slalu berfikir setelah beberapa peristiwa yg aku alami. Maka, aku rasa amatlah wajar ak memakai hand sock. Spt tergerak hati ini utk memakainya. Mungkin ....dpt hidayah kot (-_-) ! Wallahu a'lam.

So, aku pun pkai la. Dgn niat utk lbih memelihara auratku kerana ALLAH. Moga aku lbih istiqamah melakukan perubahan ini. Tapi semalam, bila aku masuk kelas. Lecturer tu pggl aku dgr glrn ustazah! Dussshhh! Lg sekali nmpknya... aku terkena. Sungguh...aku tak selesa sbb aku bukan alim n warak.

Ak terbuka hati nak pakai atas beberapa peristiwa yg barlaku.... Moga kali ini hatiku ditetapkan dlm membuat kebaikan.... Amen!