Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label rasa dapur. Show all posts
Showing posts with label rasa dapur. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Mufin Coklat

Kali ini saya kongsikan satu resipi yang saya ambil dari internet, daripada laman web Myresipi... Sedap sangat. Chocolate Muffin.

Dah dua kali saya buat. Yang pertama tak taburkan cip coklat sebab dah habis, yang ke dua saya taburkan coklat cip. Adik saya, Anas sangat sukakan mufin ini.
Ini yang pertama.

Ini pula kali kedua.


MUFFIN COKLAT
Sumber: Yani (Myresipi.com)

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Tuesday, December 22, 2009

Mufin Pisang & Cip Coklat

Sekarang ni saya sangat suka buat mufin sebab mudah berbanding buat kuih-kuih tradisional. Sebabnya mufin hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk bancuh dan tuang ke dalam cup dan kemudian bakar lebih kurang setengah jam di dalam oven. Jadi sambil mengajar sambil memasak.

Untuk kali ini saya mahu berkongsi resipi banana & chocholate muffin. Resipi yang saya ambil daripada blogger masak terkenal, blog Mat Gebu. Resipi asal rasanya dari blogger lain.

Saya buat satu adunan dan menghasilkan 18 cup muffin.

Baiklah ini resipinya yang saya copy dan paste...

Bahan A :-)
2 cawan tepung gandum*
1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam * (*digaul rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip

Bahan B :-)
300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-)

  • Panaskan oven pada suhu 170C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan.
  • Satukan bahan A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar.
  • Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra.
  • Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2.

Muffinnya sangat sedap. Agak lembab dan rasanya tidak terlalu manis. Ayah saya suka :)

Friday, December 19, 2008

Masak Lemak Ketam


Sudah setengah bulan saya tak tulis n3 di bawah label rasa dapur. Ingatkan nak masukkan empat n3 tentang masakan untuk seminggu pada cuti kali ni. Hampeh! Setelah hampir sebulan bercuti, baru satu sahaja n3 tentang masakan. Lagipun kesian Anis kat Mesir terliur tengok masakan Ateh ;p Tu yang tak update tentang masakan tue... (~_*)




Hari ini nak tulis tentang Ketam Masak Lemak sebab semalam itu menu utamanya. Rasanya kalau masakan ketam ni Anis tak terliur kot sebab Anis tak suka ketam.

Semalam pertama kalinya saya masak ketam. Tak reti sebenarnya, tapi sebelum ibu pergi kerja dah tanya nak masak macam mana. Ibu beri tahu masak macam kunyit kuas.

Jadi sesedap rasa dan sesuka hatinya saya memasak ketam tersebut. Huhuhu.... sebab tak tahu step by step cara masakan tu. Jadi, hentam je lah ;p Janji masak dan boleh dimakan.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Lengkuas
  • Cili api
  • Cili boh
  • Santan
  • Garam
  • Asam keping
  • MSG-Ajinomoto
  • Gula

Cara-cara:

  1. Blend bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas dan sikit cili api(sikit je utk bg mskn tu 'kick').
  2. Tuang bahan-bahan yang telah dikisar itu ke dalam periuk.
  3. Bubuh cili boh.
  4. Masukkan asam keping, garam, msg dan sikit gula(sikit je utk bg rasa tu seimbang, jgn sampai rasa gula).
  5. Masukkan ketam.
  6. Masak dengan api yang kecil sehingga bahan yang dikisarkan itu naik bau.
  7. Masukkan santan.
  8. Masak, gaul-gaul dan kacau-kacau.
  9. Siap dan hidang.

Hahaha...Sori yer tiada sukatan. Gunakan seni memasak untuk memasak kalau ikut resipi di atas. Kalau tidak sila lawati blog chef bertauliah. Chef blog ini chef celup. Sebabnya tak tahulah step kat atas tu betul ke tak. Tapi insyaAllah rasa masak lemak tu ada. Lagipun tujuan utama tulis ni untuk bagi tuan punya blog ni ingat cara utk masakan menu ni. Taklah nanti kena comment dengan ibu sebab asyik tanya nak masak macam mana benda ni, nak masak macam mana benda tu...

Saya masak je lauk tu tapi tak makan pun sebab takut gatal. Alergik!!! Jadi yang makan lauk tu ayah dan abang saya. Sungguh nikmat tengok mereka makan. Setengah jam makan nasi lauk ketam.

Sekilo ketam semalam kat Pasar Taman U RM 22. Kira okaylah sebab ketam tu fresh dan penuh padat berisi. Ketam merupakan antara seafood yang mempunyai harga yang tinggi di Malaysia. Menurut Kak Neeza ketam kat Arab Saudi murah. Alangkah bagusnya kalau ketam juga murah di Malaysia.

Tuesday, December 2, 2008

Kari Ikan

Saya seorang yang selalu lupa bahan-bahan yang perlu diletak dalam masakan. Biasalah... saya hanya memasak pada cuti semester. 5 bulan di rumah sewa di TM, saya hanya masak yang simple :) Tu pon kalau rajin, kalau tak jawapannya lauk bungkus. Jarang sangat nak rajin sebab bila dah letih buat assignment, jgn harap nak ke dapur. Lebih-lebih lagi susah nak dapat barang mentah , kena gi pasar malam setiap hari Sabtu di pekan. Peti ais dah lah kecil, tak muat nak simpan barang mentah untuk 18 orang. Huh...alasan ;p

Jadi saya hanya memasak pada cuti semester. Semestinya, saya yang pelupa ni tidak mampu untuk mengingat bahan-bahan yang diperlukan dalam masakan. Setiap pagi sebelum ibu pegi pejabat , ibu saya pesan menu lauk yang perlu dimasak, saya pasti akan bertanya kepada ibu bahan-bahan yang perlu diletak. Hahaha... sampai ibu saya cakap, penat betul nak beri tahu saya setiap pagi. :)

Semalam saya kena masak kari ikan. Jadi saya nak jot down apa yang saya buat.


Bahan-bahannya:
  • Ikan merah
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Halba
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Asam jawa
  • Garam
  • Tomato
  • Cili
  • Air
  • Minyak

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan bawang putih dan merah (hiris), halba, biji sawi dan daun kari.
  3. Tumis sehingga naik bau wangi.
  4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.
  5. Tuangkan bahan-bahan yang ditumbuk ke dalam periuk setelah tumisan berbau wangi.
  6. Tuangkan juga serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air.
  7. Gaul-gaul sampai rata.
  8. Tunggu sampai campuran tadi tu berminyak.
  9. Masukkan air.
  10. Tuang air asam jawa sikit.
  11. Letak ikan.
  12. Tunggu sampai mendidih sikit.
  13. Letak santan.
  14. Letak garam sikit.
  15. Kacau-kacau supaya kuah kari tu tak pecah minyak.
  16. Letak tomato potong dan cili.
  17. Biar sampai mendidih sikit.
  18. Padam api.
  19. Siap dan hidang.
Hahaha... sori yer...takde sukatan pun. Semuanya sesedap rasa sesuka hati. Itulah namanya seni memasak... ngeh3x. Resipi yang saya tulis ni ditype sebagai bahan rujukan saya sendiri :)

Kalau nak resipi yang baik sila rujuk ke blog masakan. :) Saya suka blog masakan Dapur Tanpa Sempadan. Setiap bahan diberi sukatan yang spesifik, gambar-gambar yang dapat memahami step yang susah dan masakannya sungguh sedap.

Semalam saya masak kari mengambil masa sejam setengah. Hahaha...lama sungguh! Biasalah tukang masak tak profesional. Masak kari 5 bulan sekali. Tengah-tengah masak semalam berkali-kali saya rasa. Ambil senduk tuang ke dalam mangkuk kecil dan rasa. Setiap kali saya rasa ada je yang tak kena. Ubah sana sini, tambah itu ini... setelah penat merasa, saya pun padam api dan hidang. Malas dah nak fikir apa yang kurang dan lebih. Disebabkan terasa muak sebab duk asyik merasa kari tu, saya tak selera nak makan lauk kari hari tu. Jadi saya tak jamah pun kari tu. Dinner malam tadi abang saya puji, sedaplah kari ni :) Hahaha... mati-mati saya ingatkan kari saya tak 'kick'. Alhamdulillah...