Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Showing posts with label alam pengajian. Show all posts
Showing posts with label alam pengajian. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

BERMULANYA KISAH KAMI...

Dipagi Ahad 1 Ogos 2010 bersamaan 20 Syaaban 1431 yang tenang, saya duduk bersarapan bersama keluarga. Ayah, ibu, Along dan saya. Menu pagi tu ringkas saja. Makanan yang ibu beli dari pasar.

Ibu: Hah, tadi ibu jumpa mak Aiman.
Saya: Owh... kat pasar ke?
Ibu: Ha...ah. Kat depan kedai orang jual ikan. Mak dia tanya"Jadi tak nak berbesan?".

Saya terdiam sambil menahan malu lebih-lebih lagi perkara ini diperkatakan didepan ayah.

Terimbas kenangan beberapa bulan sebelum itu. Sewaktu saya berpraktikum di Kuantan. Sebab sewaktu praktikum tempoh hari, ibu ada menceritakan bahawa ibu dan ayah ada terserempak dengan mak dan ayah Aima di kedai makan sewaktu sarapan pagi.

Ibu: Hah, ibu jumpa mak Aiman hari tu. Mak dia tanya pasal Hah.
Saya: Owh.. Aima ngajar kat mana sekarang?
Ibu: Desa Skudai. Mak Aiman cakap nak masuk minang ni.
Saya: Hahaha :)) Ibu ni, orang cakap gurau-gurau pun ibu nak percaya.
Ibu: Kalau betul-betul macam mana.
Saya:Tak adanye lah.

Sepanjang saya belajar, ibu memang ada bertanya saya tentang kawan lelaki. Haha:)) Setiap persoalan ibu akan menjadi bahan gurauan saya. Walaupun bernada gurauan sebanrnya ada juga saya serius. Antara dailog yang masih segar dalam ingatan " Sesiapa yang masuk minang, ibu terima je lah, Hah taknak bercinta."

Persoalan ibu dan mak Aima itu berlalu begitu saja. Lebih-lebih lagi sewaktu itu sibuk memegang amanah sebagai guru praktikum. Memang tiada masa saya untuk berfikir jauh seperti itu. Lebih-lebih lagi zaman praktikum saya adalah zaman saya ber'enjoy' dengan tugas juga ber'enjoy' dengan kawan-kawan.


Sewaktu praktikum itulah ada juga kenalan yang mahu memperkenalkan saya dengan si folan dan si folan. Saya selalu cakap dengan kawan-kawan yang mahu memperkenalkan, saya tak mahu 'berkawan' dengan orang. Perkataan 'berkawan' antara lelaki n perempuan, saya sudah percaya ia membawa maksud yang lain. Saya mahu orang itu terus masuk meminang. Saya tak suka pada hubungan yang sia-sia dan melekakan. Saya ini orangnya tidak cantik, jadi saya mempunyai keyakinan diri yg sgt rendah. Saya percaya siapa saja jodoh saya, itu telah ditetapkan oleh Allah.

Saya menikmati kehidupan bujang di Kuantan sewaktu praktikum.


Seusai bersarapan, ayah beredar kerana pagi hujung minggu itu ayah ada kelas. Ibu bertanya dengan saya secara serius... saya hanya mampu mengulang, "Sesiapa yang masuk meminang, saya akan terima". Wow... haha... saya boleh jawab macam tu je.




Saturday, December 11, 2010

Zaman Kegemilangan Online =P

Oh ye! Untuk mereka yang di dalam kesibukan... tak perlu baca entry ni sampai habis. Nanti ia akan mencuri masa anda yang sangat beharga sebab ini hanya entry aktiviti seharian.

Suhada Abdullah a.k.a Cu suruh saya update blog. Cu suruh update banyak-banyak. Haha... Kalau nak update banyak-banyak tunggulah saya menjadi penulis blog sepenuh masa :D

Saya masih menikmati cuti yang diberikan. Cuma untuk minggu depan saya akan agak sibuk membuat persiapan untuk sesuatu perkara. Doakan semuanya berjalan dengan baik. :)

Semalam... sepetang saya membaca blog-blog yang saya minati yang dah lama saya tak lawati. Sungguh! Kehidupan adalah sesuatu yang sentiasa bergerak. Mana taknya... blog yang dah setahun saya tak baca pun saya buka dan baca! Dan banyak sungguh perkembangan mereka yang saya tak tahu. Ada yang daripada jadi student da bekerja (sama macam saya). Ada yang dari single dah berkahwin (ini saya belum lagi). Ada dulu anak seorang sekarang dah dua (ini lagilah saya belum lagi). Ada yang dulu mempunyai seorang cucu sekarang dah ada 2 cucu (ini pun lagilah saya belum lagi). Ada yang dulu duduk oversea sekarang dah balik (bila yer saya dapat pergi over sea). Ada yang dulu bla... bla... bla... haha..

Huhuhu... saya masih ingat zaman kegilaan saya membaca blog. Teman sebilik tahu kegilaan saya ber'online'. Fana sangat arif dengan perangai saya. Saya sangat bahagia bila dapat membaca blog-blog yang best. Saya hanya suka menjadi silent reader. Kalau tak silap hanya dua blog sahaja yang saya jalinkan persahabatan dan bertegur sapa di blog mereka. Seterusnya, melalui pembacaan menjadikan ia sumber inspirasi saya untuk menjadi seorang yang lebih baik... insya Allah.

Kalau teman-teman yang lain lebih suka menonton movi, download lagu, mahupun bergayut di telefon. Pada waktu itu, saya adalah dengan dunia saya bersama laptop dan talian internet. Saya boleh sedih, terkejut, gembira, ketawa dan macam-macam lagi. Saya boleh habiskan masa sehari semalam tanpa buat aktiviti lain hanya dengan meng'online'kan diri di blog-blog, ym dan fs (zaman dulu skrg fb). Fuuuuhhh! Dahsyatnya saya... Sekarang ni bila dah duduk rumah famili, nak online kena control sikitlah. Haahahaha :)

Semester 1
Laptop pertamaku :) Tinggal kenangan :(
Sila abaikan bilangan makanan yang lebih banyak dari bilangan buku =P



Mood sekarang: Merindui zaman kegemilangan online saya sewaktu di UPSI dulu... Rindu hari-hari baca blog orang. Rindu nak ym dengan kawan-kawan. Sekarang boleh buat macam tu. Cuma kurangg masa dan privacy. Mana boleh samakan duduk rumah bujang dengan duduk rumah family kan?



Tuesday, October 19, 2010

Hadiah Konvokesyen

*PETANG ITU*Justify Full
Petang itu setelah usai konvokesyen, saya berlegar di luar dewan SITC. Mencari kelibat ayah dan ibu. Saya berpesan dengan ayah ibu, kalau tak jumpa saya, tunggu di kereta sebab saya tak bawa hp. Hanya ayah dan ibu yang hadir untuk konvokesyenku.

Akhirnya saya terperasan Fana, terus meluru ke arahnya. Hahaha... sangat gumbira... tapi kamera tak ada nak mengambil gambar. Kami berdua mencari-cari di manakah Puan Haniem dan baby Hadeef. Dalam mencari-cari Aniem, terserempak dengan Cu... Apalgi? berpelukanlah saya dan Cu. Saya baru teringat Fana di sebelah. Saya berdoa agar di sinilah tempatnya utk pencerahan hubungan yang agak keruh suatu ketika dulu antara Fana dan Cu. Ya Allah ya Tuhanku... Aku sangat bersyukur pada-MU ... doaku selama ini termakbul. Fana dan Cu bersalaman dan berpelukan. Allah saja yang tahu sewaktu ini bagaimana perasaan saya ... Sangat sayu okay! Hampir setahun kekeruhan itu berlaku....

Selepas itu, Fana beredar mencari emak dan ayahnya. Saya juga harus bergerak ke kereta. Takut ayah dan ibu lama menanti. Pelawaan Cu utk ke bawah libry berjumpa dengan Shud saya tolak. Saya harus jumpa ayah dan ibu terlebih dulu dan baru mencari kawan-kawan yang lain.

Selepas berjumpa ayah dan ibu, saya pun mengambil hp dan cuba menghubungi Shud. Saya berharap dapat berjumpa dengannya. Puas call tapi tak dapat. Pada waktu itu saya sudah berjalan daripada depan DKA ke depan perpustakaan. Sempat mengambil sekeping dua gambar. Dan terus bergerak ke SITC. Tetiba, Shud dapat dihubungi, saya berpatah balik ke perustakaan. Berjumpalah saya dengan Shud...


*HUBUNGAN KAMI*


Fana, Shud dan Cu. Ya! Kami berempat sangat rapat suatu waktu dulu. Namun, atas sedikit masalah... hubungan kami yang sangat akrab itu retak. Hampir setahun yang lalu... Saya sangat sedih sepanjang tempoh itu. Lebih-lebih lagi sewaktu semester 7. Saya tiada masalah dangan Fana, Cu dan Shud. Tetapi ada kekeruhan antara Fana dengan Shud n Cu. Jadi kami terbelah dua. Saya dan Fana. Shud dan Cu. Saya juga sedih dengan diri saya. Kerana gagal menjernihkan keadaan antara mereka... Tapi, fahamilah! Bukan saya tak mahu... tapi ia sangat sukar. Namun begitu, doa tak putus agar ukhwah yang terjalin suatu ketika dlu kembali terjalin.


*MALAM KELMARIN*

Malam itu saya ber'ym' dengan Fana. Fana menyatakan perasaannya akan peristiwa petang konvo itu. Sewaktu die berpelukan dengan Cu. Saya juga dapat tahu yang Fana sempat jumpa dan bersalaman dengan Shud. Ya Allah ya Tuhanku... Aku sangat bersyukur. Ia hadiah berharga yang saya perolehi untuk konvokesyen ini. Kami bersembang... bercerita... mengimbas balik kenangan-kenangan yang dilalui. Fikiraku mengimbas kembali kenangan. Kenangan manis, kenangan pahit. Kenangan sewaktu di kuliah dan di bilik. Kenanagn sewaktu berbasikal dan berpayung. Kenangan sewaktu berjalan-jalan dan lepak-lepak. Air mataku mengalir... Siapa sangka air mataku yang sudah bertahun tak keluar itu akhirnya bercucuran. Aku rasa bahagia malam itu. Apa yang aku doakan selama ini sudah termakbul. Kekeruhan telah dijernihkan. YA ALLAH YA TUHANKU... AKU BERSYUKUR PADAMU...DENGAN JERNIHNYA KEKERUHAN DALAM PERSAHABATAN SEJAK SETAHUN LALU INI IALAH HADIAH BERHARGA UNTUKKU :)


*PERLUNYA SEBUAH MAAF*

Sesungguhnya kita manusia biasa yang dilahirkan sempurna namun tak kurang juga mempunyai kekurangan-kekekurangan tertentu pada diri. Namun sebenarnya kekurangan itu sering dilengkapi apabila menjalinkan persahabatn. Barulah kita akan merasai saling kebergantungan antara satu sama lain.

Kita dilahirkan dalam pelbagai latar belakang juga dibesarkan dalam dunia berbeza. Allah ciptakan kepelbagaian ini untuk kita saling kenal-mengenali.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Maksud Ayat 13 Surah AlHujurat
[49:13]
Jadi seepatutnya kelemahan dan kekurangan kita adalah untuk saling kita melengkapi. Kurangnya sahabat kita, kerana lebihnya kita. Kekurangan kita, di situ ada kelebihan pada sahabat kita. Kekurangan dan kelebihan itu bukannya perkara yang perlu didebatkan atau dibalahkan. Oleh itu, sebuah kemaafan amat penting dalam sebuah ikatan persahabatan.


Celebrate 20th kita berempat. 3 tahun yang lalu.


*GAMBAR KITA*


Miss u all ~_~

Agak kecewa kerana kita tidak merakamkan saat akhir berempat di bumi penuh kenangan itu. Sangat berharap kita berempat masih dapat berjumpa kembali merakamkan persahabatan yang indah ini. Walaupun ia seakan sukar kerana masing-masing sudah jauh dan punya komitmen sendiri, besar sungguh impian agar pertemuan itu akan terjadi :)

Monday, October 18, 2010

Konvokesyenku


*TERIMA KASIH*
16 Oktober 2010. Akhirnya pada petang itu saya dengan rasminya sudah bergelar graduan. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kepada Allah. Kerana dengan izin-NYA, alhamdulillah saya berjaya melepasi tempoh 4 tahun itu :) Juga tak terhingga terima kasih atas kasih sayang yang ayah ibu berikan sehingga saya sudah pun bergelar graduan pada hari ini. Terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah yang memberi tunjuk ajar serta bimbingan. Buat staf tak kiralah, staf pejabat ke, staf perpustakaan dan juga jaga.Sudah semestinya sepanjang empat tahun, sahabat yang sentiasa di sisi... tahulah bahawa kalian antara pendokong kuat kejayaan ini.



*KENANGAN*
1 tahun di kolej kediaman iaitu di Kolej Harun Aminurrashid. Manakala 2 tahun setengah di rumah sewa di Taman Nusa. Dan setengah tahun praktikum kat Kuantan. 1 tahun menaiki bas untuk ke kampus. Setengah tahun menggunakan kudrat kaki sepenuhnya. 2 tahun menggunakan khidmat basikal kesayangan. Dan setengah tahun berkereta sewaktu praktikum. Tak kira lah sama ada menggunakan kudrat kaki sepenuhnya, bas kitaran, basikal juga kereta... semua itu telah mematangkan saya. Sudah semestinya sahabat adalah sebahagian daripada kehidupan sewaktu di kampus. Kenangan-kenangan yang terhasil juga sungguh menyayatkan hati ini bila terkenangkan kembali. Tak kiralah kenangan manis mahupun pahit. Pahit juga harus dihargai , kalu tidak kita tak mungkin menghargai yang manis. Terlalu banyak nama untuk dituliskan. Sedari sem 1 hingga sem 8. Semuanya memberi kesan :)

*PERJALANAN SELEPAS INI*
Insya Allah, selepas ini ada amanah yang lagi besar. Saya mahu menjadi seorang guru. Guru yang matlalmatnya untuk mendidik anak-anak didik seterusnya mencari redha Allah dalam perjalanan hidup ini. Sewaktu di tahun 1 dan 2 pengajian saya memang bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Namun begitu, apabila menjejaki hujung tahun 3 semangat itu seakan pudar. Atas sebab beberapa faktor. Saya sudah membuat beberapa perancangan kehidupan selepas itu. Namun, kadang-kadang apabila terlihat sahabat-sahabat meyambung perjalanan ke peringkat Sarjana, hati saya seakan terusik. Saya juga mahu lebih berjaya seperti mereka. Oleh itu, saya merangka semula perancangan kehidupan saya. Beberapa perancangan saya buat. Saya bermohon daripada-NYA agar saya membuat pilihan yang terbaik daripada perancangan-perancangan yang dilakarkan....



p/s: sangat sedih sbb tak amik pic dgn shud, cu n fan padahal msa study dulu sgt rpt :(

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan...

Alhamdulillah... sampai sudah ke bulan yang amat dinantikan.... Ramadhan...

Tahun ini sudah pasti berbeza. Selepas 5 tahun berpasa bersama rakan-rakan iaitu 1 tahun di KMJ dan 4 tahun di UPSI. Kini kembali bersama keluarga. Cuma sekarang ini bersama ibu dan ayah, kalau dulu ada adik sekali. Sekarang tinggal saya saja di rumah.

Pasti suasananya berbeza. Sedikit sebanyak mengundang rasa sayu apabila terkenangkan zaman belajar dulu. Kalau dulu petang-petang pergi bazar dengan kawan. Sekarang kena duduk di dapur masak. Kalau dulu berbasikal ke surau. Sekarang pergi dengan ayah n ibu naik kereta. Kalau dulu sibuk ke kelas yang jauh dari rumah sewa. Sekarang duduk di rumah tolong ibu buat persiapan kenduri along. Kalau dulu sibuk duk menghitung untuk balik raya. Sekarang memang dah dekat rumah dah, tunggu tinggal adik beradik je balik.

Ya Allah... rindunya. Rindu Tanjung Malim... Rindu UPSI. Rindu dewan kuliah. Rindu Bangunnan Canselori. Rindu Surau Kg. Mogah. Rindu kawan sekuliah. Rindu rakan serumah. Rindu Bazaar Tanjong Malim.

Ya Allah ... rindunya... Kehidupan adalah suatu yang dinamik bukannya statik. Jadi saya harus pandang ke depan. Sekarang bulan Ramadhan. Ramadhan bulan istimewa, maka hanya orang-orang yang istimewa mampu menghidupkannya . Saya mahu jadi orang yang istimewa itu untuk menghidupkan bulan istimewa ini. Semoga madrasah Ramadhan ini membentuk peribadi saya menjadi muslimah yang lebih baik....

Selamat Berbuka Puasa....


"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
Maksud surah al-A'raf:31
[7:31]

Tuesday, July 13, 2010

Giant Kuantan?

"Eah...pcaya x...akak kt giant kuantn skg!!!tmpt kte! gle rinduu...uwaa...!
-Mesej dari kak Diha semalam. Tapi tak dapat reply sebab kredit da expired-

Apa ada pada Giant Kuantan? Dekat JB ni pun berlambak Giant. Giant U Mall, Giant Skudai, Giant Tampoi dan Giant Plentong. Lagi besar, lagi banyak barang. Tapi.... itulah... tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat praktikum. Hehehe...Align Center

Siapa sangka pada mulanya saya tercari-cari rakan serumah sebab partner saya dah berumah tangga. Haniem memang ajak duduk sama, tapi sebabkan serumah dengan orang berkeluarga membuat saya berfikir. Tambahan pula, ibu memang tak bagi.

Sewaktu berjalan dari bilik kuliah sehabisnya menjawab peperiksaan sem 7 di Taman U nak ke kampus, terserempak dengan Ateh (housemate sem 1 n 2).

" Rai, praktikum kat mana?" tanya Ateh.
"Kat Kuantan, Panglima Perang".jawabku ringkas.
"Owh... kawan Ateh ade praktikum kat sana" sambung Ateh.

Semasa nak mengakhiri sem 7 tu, saya sibuk mencari tempat-tempat yang boleh saya duduk untuk praktikum. Mula-mula ingatkan nak duduk dekat Beserah bersama kawan-kawan Fizik yang lain. Tapi jauh lah pula... Saya pun call Ateh untuk minta contact number kawannya yang akan praktikum di sekolah yang sama dengan saya itu.

Hanya bermula dengan mesej ringkas memperkenalkan diri dan dari mana saya dapat nombor serta menyatakan hajat untuk duduk serumah. Mesej saya dibalas dengan baik walaupun lewat beberapa hari oleh Kak Dila. Alhamdulillah....

Sepanjang cuti bulan 12 tu ada lah juga berhubung dengan Kak Dila melalui mesej dan panggilan. Sebab masa itu sibuk duk mencari rumah dengan bantuan Aniem. Perkenalan saya hanya melalui mesej dan panggilan telefon.

14 Januari 2010 (Khamis) saya dengan ayah dan ibu pulang ke Kemaman. Hari Jumaat pergi hantar barang di rumah sewa di Bukit Rangin. 24 Jalan 19. Ayah terpaksa hantar barang awal sebab weekend tu ayah ada kerja dekat KL. Semasa hantar barang tu, yang ada dekat rumah ialah Kak Dibah, Kak Nani dan Kak Diha. Tapi saya tak terus duduk di rumah tu, saya pulang balik ke Kemaman. Petang Ahad tu saya sampai semula ke rumah itu. Rumah sewa itu kami duduk seramai 8 orang. 3 pelajar Fizik: saya, Wana dan Mas. 5 pelajar TESL : Kak Ainul, Kak Dibah, Kak Diha, Kak Dila dan Kak Nani. Sebenarnya saya juga takut nak masuk rumah itu sebab 5 daripada mereka adalah pelajar TESL. Rasanya ramai maklum, atau dalam kata lain ramai beranggapan bahawa budak TESL ni ada style dorg dan kebiasaanya agak berlagak. Itulah juga bermain di kepala saya.

Namun, apabila sudah bersama mereka. Anggapan saya itu meleset sama sekali. Mereka cukup ramah dan boleh dikira becok juga. Meraka baik dan tak sombong. Saya senang dan rasa seolah sudah lama kenal dengan mereka.

Dari sehari demi sehari semakin akrab. Segala benda dikongsi bersama. Saya memang rapat dengan Kak Nani dan Kak Dila sebab kami satu sekolah. Banyak benda yang boleh dikongsi, terutamnya karenah anak didik. Kak Diha juga saya rapat meskipun tak satu sekolah mungkin sebab mulutnya yang ringan membuatkan saya rasa kurang segannya. Bersama merekaa ada saja cerita, babak lucu, lawak jenaka, kisah itu dan ini yang bermula seawal bangun pagi hinggalah tiba ke malam sebelum tidur. Kadang-kadang tengah tidur pun ada babaknya...hahaha. Rasanya 4 bulan terlalu pantas berlalu. Kenangan yang saya tak akan lupakan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupan saya sewaktu praktikum.

Misss you all very much!!!




Bilik kami.
Kak Dila, saya, Kak Diha, kak Nani tak nampak.
Bersepah yer. Harap maklum masa ni dah bergolek nak tidur. Tetiba terasa nak amik gambar pula.
Hehehehe...


Kenangan... kenangan.... kenangan....

Tuesday, June 1, 2010

Jalan-Jalan Sekitar Kuantan

Semalam saya tengok saluran 707. Tajuk program tu: 1000 Places Must Be See Before You Die. Memang best lah kan. Tapi tengah-tengah tonton cerita tu teringat cerita Aalia dekat saluran 105. Terus tukar saluran :)

Saya suka berjalan. Sangat suka. Huhu... Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sebabnya saya tengok album ayah masa tenga belajar dulu. Memang banyak tempat yang ayah pergi. Eiffel Tower, Monte Carlo dan lebih 10 negara kot. Tapi saya akui, saya tak mampu sampai ke situ.. Hahahaha.. dalam angan-angan boleh la :P

Walaubagaimanapun, saya tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sewaktu bergelar alam pelajar dahulu. Boleh kata setiap sem ada satu destinasi yang saya pergi meskipun di sekitar tempat belajar sahaja.

Imbau kembali... bermula daripada di matrikulasi lagi. Sem 1 saya ke Gunung Ledang. Sem 2 ke Bandar Melaka. Apabila memasuki UPSI, sem 1: KL saja, sem 2: Cameron, sem 3: UPM, sem 4: Zoo Negara, sem 5: Genting, sem 6: Ice skating Sunway, sem 7: tak ke mana-mana & sem 8: gambar dibawah tempat-tempatnya (~_*)


Minggu pertama saya, Mas dan Wana telah ke Tanjong Lumpur berjumpa rakan yang praktikum di sana, Shud dan Cu.
24 Januari 2010

Teluk Cempedak. Tempat biasa lepak bila tension dengan bebanan di tempat kerja. Dekat dengan bandar.

Pantai Sepat. Hari Keluarga Sekolah. Ingatkan mula-mula tak nak pergi. Tapi akhirnya pergi juga. Menang tempat ke-2 Explorace.
20 Februari 2010



Taman Esplanade. Kuantan River Cruise. Setelah penat pusing-pusing di ECM lepak kat sini. Best juga
7Mac 2010


28 Mac 2010
3 lokasi yang dilawati:

Air Terjun Hutan Lipur Sungai Pandan a.k.a Panching
Picnic kat situ. Masak-mask kat rumah bawa makanan ke situ . Sampai je air terjun breakfast sikit untuk alas perut. Mandi-manda. Makan tengah hari pula untuk habiskan bekalan.\


Perut kenyang terus ke Muzium Sungai Lembing. Muzium yang tunjukkan aktiviti perlombongan. Baca info tentang perlombongan tu mula-mula je. Lepas itu gila posing..hahaha.


Petang setelah melawat muzium berhajat ke Gua Charas yang terletak lebih kurang 20 minit dari Muzium Sungai Lembing. Sampai-sampai di sana rasa terasing sangat. semua yang di situ adalah mereka berbangsa India. Sebab di salah satu tingkat di situ tempat ibadah mereka. Memabdangkan hari pun sudah petang dan agak rasa asing di situ . Kami pun pulang..




Bukit Pelindung. Saya jadi guru pengiring untuk bola tampar. First time daki bukit. Seronok. Ditambah pula dengan keletah nakal budak bola tampar. Memang riuh rendah.
17 April 2010


Balok Beach. Dekat De Rhu Balok.Pergi sini sebenarnya jadi fasilitator untuk English Camp. Tempatnya menarik.
24 April 2010



Pantai Cherating. Pantai ni dah pernah pergi dengan keluarga sebab dekat je dengan kampung ayah. Tapi sebab nak jalan-jalan ngan kawan-kawan, saya on je. Planning sehari sebelum berangkat. Sebenarnya memang idea nak pergi dengan housemate ni muncul selepas kitorg balik Panching. Lepas tu masing-masing susah nak bagi komitmen atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. At last, kami berempat, saya, Kak Diha, Kak Nani da Kak Dila pergi jua :)
6 Mei 2010


Kami berjalan-jalan sampai ke Kemaman. Siap ke Zoo Kemaman lagi tu.
7 Mei 2010



Pekan Bandar Di Raja. Selalu sebenarnya singgah Pekan untuk solat di Masjid Pekan bila peralanan balik ke Kemaman dari JB. Tapi masa praktikum di Kuantan adalah beberapa kal ke Pekan. Sebab pergi rumah Kak Dibah. Pertama sekali pergi rumah Kak Dibah sebab mak dia jemput makan. Yang ke-2 melawat anak saudaranya yang baru lahir. Yang Ketiga- membeli belah di pasar pagi. Yang ke-4 pergi pulangkan mesin basuh.
8 Mei 2010.


Berjalan-jalan di sekitar di padang MPK 1. Singgah solat maghrib di Masjid Negeri Pahang.Selepas itu berposing di depan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Syariah. Huhu...gila posing betul kami masa saat-saat akhir meninnggalkan Kuantan.
9 Mei 2010



Taman Gelora. Makan malam dengan pelajar yang rapat dengan Kak Nani. Kak Nani dengan budak-budak i dah macam member dah. Ko aku je dorg tuh. Cipoh, Haziq dan Syafiq. Cipoh dan Haziq tu adik beradik. Kami kenal ayah dorg sebab ayah dorg coach bola tampar sekolah.



Itulah tempat-tempat yang saya dapat lawati semasa berpraktikum di Kuantan. Dala m4 bulan yang sibuk tu, sempat juga saya berjalan. Bila belek-belek gambar ni macam tak sangka pun ada juga. Mungkin sebab saya dapat housemate yang juga kaki jalan terutamanya Kak Diha. Pantang sebut mesti pergi. Cuma tak sampai ke Tasik Chini je lagi.... Tak sempat.. Kebetulan dapat kawan sekepala... Tu yang menjadi tu.

Tuesday, May 18, 2010

Mereka Anak Didik Pertamaku...

Akhirnya terupdate juga blog ini. Kali terakhir update awal bulan 5 lalu. Sungguh sibuk menghabiskan sisa-sisa terakhir praktikum dua minggu yang lalu. Sekarang sudah di rumah menikmati cuti. Bila dah free macam ini saya teringatkan anak-anak didik.

4 bulan tempoh yang panjang sebenarnya tapi tak terasa kepanjangan tempoh waktu itu bila dikenangkan kembali.

Masih segar meeting semasa ROS, untuk mengetahui kelas yang bakal diajar semasa praktikum. Bila mengetahui bahawa pihak sekolah tidak memberi kelas Fizik, sedikit sebanyak mengundang kecewa. Menambahkan rasa sedih bila mengetahui kelas yang bakal diajar bukanlah terdiri daripada kelas depan. Sepatutnya pihak sekolah memahami status kami sebagai cikgu praktikum yang baru belajar dan masih terikat dengan beberapa peraturan. Redha dengan ketentuan dan percaya setiap kejadian punya hikmah tersembunyi :)

Seawal bermulanya praktikum, tekanan demi tekanan terasa. Yang paling nyata adalah isi kandungan subjek sains tingkatan 2. Jauh berbeza dengan apa yang aku pelajari masa di universiti dulu. Mungkin orang kata " alah , subjek form 2 je pun". Memang nampak mudah. Tetapi isi kandungan sains form 2 itu saya patut sampaikan kepada pelajar melalui kaedah pembelajaran yang telah saya belajar. Yang menjadi permasalahnnya ialah kaedah yang saya belajar di u dulu banyak mengaitkan dengan cara pengajaran fizik bukan sains teras lebih lebih lagi topik biologi dalam sains tingkatan 2 ini. Lama-kelamaan masalah itu dapat diatasi dan tak saya nafikan sering juga saya menggunakan kaedah pengajran tradisional... chalk and talk (cume zaman sekarang pakai marker).

Sewaktu berhubung dengan pensyarah yang akan menilai saya, Dr. Abu Bakar. Saya menyatakan kepada Dr. untuk observe kelas 2 Rajin bukan 2 Jujur. 2 Jujur sukar itu dikawal kerana 2 Jujur merupakan kelas yang bukan di depan juga bukan di tengah. Dr. bersetuju. Namun begitu, bukan segala kemahuan kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah telah menentukan untuk kedua-dua observe saya menagajar 2 Jujur. Kelas yang membuatkan Dr. sendiri geleng kepala.

2 Rajin kelas ketiga. Pelajarnya berkebolehan. Ada potensi untuk masuk ke kelas depan. Saya seronok mengajar kelas ini. Alhamdulillah... saya boleh bezakan riak muka mereka sama ada faham atau tidak. Ada respond setiap kali di soal. Excited setiap kali buat eksperimen. Hanya saya tak tahan dengan segelintir pelajar lelaki. Dalam setandan pisang pasti ada sebiji dua yang rosak. Kenakalan mereka mengganggu sesi pembelajaran. Membuatkan saya rasa kasihan kepada pelajar-pelajar yang mahu belajar. Gaangguan dalam sesi P&P. Kadang-kadang kenakalan mereka sehingga ke tahap biadab. Cuma saya malas nak terlalu marah. Mereka sudah besar dan wajar tahu menghormati guru.




2 Jujur kelas keenam. Kelas yang juga menguji kesabaran saya. Setiap kali berakhirnya sesi pembelajaran, saya sedikit kecewa kerana objektif pembelajaran selalunya tidak tercapai. Kawalan kelas amat sukar untuk kelas ini. Bermacam cara hingga ke akhirnya saya agak berputus asa. Yang mahu belajar, belajar. Yang tidak mahu belajar saya tak tahu nak buat apa. Bila ada kelapangan seperti waktu relif, saya suka bersembang dengan mereka. Saya faham mengapa mereka kebanyakannya nakal tak terkawal. Sedikit sebanyak faktor keluarga mempengaruhi.





Sekali lagi saya diuji apabila saya mengetahui bahawa saya adalah guru pembimbing untuk sukan bola tampar yang saya sendiri tidak pernah tahu menahu akan peraturan permainan ini. Tanggung jawab tetap tanggung jawab. Amanah dipikul, setiap petang Isnin saya akan terpacak di gelanggang untuk menjaga pelajar berlatih. Pelajar berlatih bersama coach mereka, saya hanya pemerhati. Pelajar bola tampar adalah pelajar yang nakal-nakal sebab dahulunya guru pembimbingnya adalah guru disiplin yang akan menrik pelajar-pelajar yang bermasalah dan berkebolehan bermain bola tampar.

Baik ke mereka, manja ke mereka, nakal ke mereka, biadab ke mereka.... Mereka adalah anak didik saya. Insan-insan yang terus membakar semangat saya untuk terus dalam profesion pendidik. Insan-insan yang telah melukiskan warna-warni kehidupan selama 4 bulan praktikum di daerah Kuantan. Insan-insan yang kini saya rindui telatah mereka. Insan-insan yang akan saya doakan kejayaan mereka...

Tuesday, April 20, 2010

Observation-2

Pengalaman observe kali ke 2 ini sungguh beharga. Kali ini saya tidak melakukan eksperimen seperti observation yang pertama. Tapi masih kelas yang sama iaitu 2 Jujur.

Tajuk yang saya ajar hari ini adalah subtopik 4.2 Interactions Between Living Organisms. Jadi saya sediakan aktiviti untuk dilakukan pelajar.




Sebelum sesi kelas bermula lagi saya sudah ke kelas 2 Jujur. Minta izin dengan cikgu waktu sebelumnya kebenaran untuk keluar awal lima minit. Macam-macam pelajar tanya kepada saya.

Cikgu, pakcik tu datang lagi ker?
Bukan pakcik, itu pensyarah saya, panggil Dr.

Cikgu Dr. Sheikh Muzafar ke datang?
Haish~~~ kamu ini.


Bermacam-macam lagi pertanyaan mereka. Saya abaikan sahaja. Saya terus bergerak ke makmal. Berdebar sudah waktu ini.

Sesi pengajaran saya mulakan dengan baik. Cukup sekadar gambar sebagai set induksi. Stimulate students idea by shown 2 pictures. Tanya pelajar apa yang mereka faham daripada gambar.

Baiklah pelajar... kita tengok interaksi simbiosis. Simbiosis terbahagi kepada tiga. Saya terangkan yang pertama dulu. Okay interaksi apa yang pertama?

Mutualisme...

Betul. Mutualisme is interaction between 2 organisms which both of the organism will get benefit. Dalam bahasa melayunya, mutualisma ialah interaksi antara 2 organisma di mana kedua-dua organisma yang berinteraksi itu mendapat untung.

Cikgu..... interaksi tu macam mana?

Interaksi tu macam hubungan.

Contohnya disini... sea anemone and hermit crab. Sea anemone get free transportation while hermit crab get protection.... bla... bla...bla.

Ok, jadi sea anemone dan hermit crab kita panggil dia hubungan apa?

Hubungan bersetubuh cikgu.

Ya Allah .... saya tak ajar kamu itu. Kamu ni.... Sea anemone & hermit crab interaksi mutualisme... bla...bla..bla. (panas sungguh saya masa ini).


Saya pun terus mengajar... Macam-macam perangai yang mereka lakukan. Saya bersabar... Saya bersyukur.... Masih lagi terkawal walaupun mereka melakukan pelbagai aksi.

Saya pun teruskan pengajaran ke bahagia aktiviti. Aktivitinya ialah Jigsaw Puzzle. Saya cuba memudahkan sedayanya sesuai dengan kebolehan pelajar. Tengah-tengah buat aktiviti. Saya pun bertanyakan kepada pelajar dalam satu kumpulan yang dalam masa yang sama Dr. Bakar juga sedang berada di kumpulan tersebut...

Okay , interaksi apa yang dilakukan ni? ..... hubugan ape ni?

Hubungan sulit cikgu!

Hubungan sulit ke tu? Itu kamu dah nampak.... bukan hubungan sulit lagi lah... (haish~~~ budak2 ni... memang sengaja nak wat aku marah!)


Bla...bla...bla... habislah 2 wktu mengajar.

:: Saya sangat penat. Semalam saya keluar rumah pukul 7 a.m hingga 7 p.m. sebab ada perlawanan persahabatan bola tampar perempuan selepas waktu sekolah di Sri Mahkota. Balik sudah malam bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut::

:: Hari ini juga masih penat. Lepas Dr. Bakar observe, saya bekejar-kejar solat zohor dan bergerak untuk perlawanan persahabatan bola tampar lelaki. Sampai rumah pukul 8 malam::

Monday, April 12, 2010

Sibuk-----sibuk-----sibuk----

Haih.... dah bersawang dah blog ni... Sibuk3x. Apa boleh buat ... masih dalam praktikum. Kadang-kadang banyak cerita dalam kepala yang nak dicoretkan di dalam blog ni lebih-lebih lagi kisah anak-anak muridku. Tapi masa itu tak ada. Lenyap lah cerita itu tanpa dicoretkan.

Sudah tiga kali hujung minggu saya di sekolah. Yang pertama ada hari PIBG. Minggu yang kedua ada Minggu Pengurusan Koko yang saya bertindak sebagai fasilitator. Dan yang terbaru minggu ketiga ada Kem Pengakap meskipun saya seorang guru Pamdu Puteri tapi atas nama cikgu praktikum maka ia wajib. Hujung minggu ini saya akn mendaki Bukit Pelindung bersama anak murid bola tampar saya. Dan 2 minggu lagi mungkin saya kena menyertai Perkemahan Pendidikan Khas. Sibuk.....sibuk.

Pengurusan Koko



Untuk aktiviti koko, saya diberi menjadi guru untuk Pandu Puteri, Seni Budaya dan Bola Tampar. Ketiga-tiga itu bukan bidang saya. Antara ketiga-tiga itu saya paling aktif dalam bola tampar meskipun saya manusia paling naif di gelanggang bola tampar. Pasukan bola tampar sekolah ini agak aktif. Pelajar akan menjalani latihan setiap hari dan saya ditugaskan menjaga pelajar pada hari Isnin. Pelajar-pelajar akan dilatih oleh coach khas mereka yang merupakan bapa kepada pelajar sekolah ini.

Mula-mula jaga pelajar bola tampar dulu, saya diam saja di tepi court sambil tengok mereka berlatih. Lama-kelamaan ada juga pelajar yang berani bertegur, mengusik, perli, gurau dan mengenakan saya. Majoriti pelajar bola tampar ini bermasalah kerana guru pembimbing dulu iaitu Cikgu Fatimah merupakan cikgu disiplin yang berjaya menarik minat pelajar-pelajar ini ke arah sukan. Faham-faham je lah budak nakal ni macam mana kan.

Rentetan kisah saya dan bola tampar.
~Sedih dapat tahu dapat jadi guru bola tampar.
~Redha kena jaga setiap petang Isnin.
~Datang setiap pettang Isnin dengan muka toye.
~Pelajar bola tampar dikaitkan dengan masalah semburan pemadam api ke kolam ikan.
~Pelajar bola tampar berselisih faham antara mereka atas perkara yang dikaitkan.
~Pelajar-pelajar berselisih faham menceritakan masalah. Seorang demi seorang pada waktu yang berbeza. Ada yang panas baran, ada yang selenga, ada yang nak selamatkan diri. Aku dengar saja.
~Saya yang tak da pengalaman menjadi kaunselor memberi nasihat apa yang patut dengan niat untuk mendamaikan mereka. Nasihat ala poyo-poyo.
~Sering diminta pelajar untuk datang ke sesi latihan mereka pada waktu petang sebagai guru bertugas meskipun bukan hari Isnin.
~Atas rasa ihsan, merelakan diri datang apabila diminta meskipun pada pagi Ahad.


Sekarang saya semakin rapat dengan pelajar bola tampar. Akan datang saya akn ceritakan pengalaman-pengalaman sepanjang jaga budak-budak yang agak nakal ini.




Wednesday, March 31, 2010

*Panching*Sungai Lembing* Gua Charas*

Minggu lepas, hari sabtu ada hari PIBG dekat sekolah. Balik sekolah, petang itu saya tidur senyenyak-nyenyaknya selama 3 jam...hahah. Penatlah sangat kononya walaupun tugas saya hari itu adalah menyusun semula atau mengemas kerusi.

Malamnya adalah plan nak pergi Panching. Tapi macam plan sure tak sure gitu. Mula-mula buka topik, dalam duduk plan-plan kami melencong topik lain. Jadi tak ada kesimpulan untuk program itu jadi ke tidak...

Esokkannya, pagi-pagi masak nasi goreng. Masa itu tak sure lagi nak pergi ke tak...

Kak Dibah: Kite ni jadi tak nak pergi Panching ni?
Kak Diha: Jom, packing makanan. Kita pergi makan kat sana.



Panching. 28 Mac 2010.


Makanan-makanan yang dimasak dan dibawa. Nyum-nyum!



Setelah selesai mandi yang lebih kurang sejam kami berendam. Kami pun naik dan makan-makan. Cuaca mendung masa itu. Renyai-renyai. Tapi sekejap saja. Lepas itu mula panas balik. Packing barang dan kami menuju ke Sungai Lembing.


Melawat Muzium Sungai Lembing yang suatu ketika dulu terkenal dengan aktiviti melombong.






Antara bahan pameran.

Berehat sebentar di laman muzium sebelum ke destinasi seterusnya.


Destinasi seterusnya ialah Gua Charas. Sesampai saja di kawasan ini kami rasa maam kami makhluk asing. Sebabnya di situ kawasan India. Tempat ibadah mereka. Disebabkan nak naik ke gua itu memerlukan kami mendaki dengan tinggi mengikut anak tangga. Kami batalkan, lebih-lebih lagi tempat di situ agak kurang sesuai untuk kami semuanya perempuan dan muslim. Selai daripada badan yang dah letih bermandi manda dan penat posing.


Kamipun pulang dan singgah solat di masjid IM sebab berhajat nak pergi makan. Pergi ke ECM dan bersantap di Black Canyon. Balik.... lepak... lentok ...terus zzzzzzzzzzzzzzzz....

Wednesday, March 24, 2010

7 minggu

7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan berada di bumi Kuantan ini.

7 minggu lagi saya akan bergelar sebagai cikgu pelatih.

7 minggu lagi saya akan menabur bakti di sekolah praktikum saya.

7 minggu lagi saya akan berjumpa dengan anak murid yang saya sayang.

7 minggu lagi saya kena melayan pelbagai karenah anak murid yang pelbagai ragam.

7 minggu lagi saya dapat mendengar segala cerita, ketawa, lawak dan keluh dan kesah mereka.

7 minggu lagi saya dapat ajar, marah, bebel, cakap, jerit, geram, bengang dengan mereka.

7 minggu lagi saya akan menjadi pemerhati setia di gelanggang bola tampar setiap hari Isnin.



7 minggu lagi...

7 minggu lagi saya akan duduk di rumah sewa di perumahan Bukit Rangin ini.

7 minggu lagi saya akan bersama housemate yang sentiasa menceriakan saya.

7 minggu lagi saya akan ke sekolah dengan Kak Nani.

7 minggu lagi saya dapat bersidang dengan mereka bercerita pelbagai kisah.

7 minggu lagi dapat menonton tv, makan bersama, dan berjalan-jalan bersama mereka.

7 minggu lagi saya dapat meronggeng dengan mereka.



Semuanya tinggal 7 minggu.

7 minggu yang sebenarnya tak kan kita sedari masanya berlalu.

Saya akan manfaatkannya di sekolah dan di rumah.

Saya akan menikmati setiap detik yang berlalu dalam 7 minggu ini.

Tuesday, March 23, 2010

Pengalaman Observe 1

Alhamdulillah.

Bersyukur kerana Allah berikan kemudahan ini.

Di'observe' seorang Dr. yang sangat baik.

Dr. Abu Bakar.

Sepatutnya saya kena observe semalam (Isnin) seperti yang telah di beritahu oleh Dr. pada hari Ahad. Manusia merancang, Allah menentukan. Dr. terpaksa batalkan untuk observe saya pada hari Isnin sebab ada pertukaran jadual di sekolah sebelumnya menyebabkan Dr. tak dapat datang pada tengah harinya ke sekolah kami. Berita itu kami tahu kira-kira jam 11.00 pagi. Waaa.. tensen juga sebenarnya sebab persediaan telah dibuat. Tapi, saya percaya Allah telah menentukan yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jadi saya telah di observe hari ini. Kelas yang di'observe' kelas 2 Jujur, kelas yang selalu cerita pelajarnya nakal-nakal itu. Kelas belakang. Saya memang takut pelajar tak terkawal, sebab itu masa kan Nani ngajar kelas mereka saya minta tolong kak Nani pesan pelajar-pelajar itu.

Agak kelam kabut juga sebab masa nak mula slide show Absorption of Digested Food, laptop tiba-tiba terpadam. Gelabah! Pulak tu powerpoint itu saya sava dalam window 2007 sedangkan laptop yang saya guna adalah window 2003. Jadi saya terpaksa guna slide Window 2003 yang belum di edit. Bertmabah gelabh, tapi cuba control. Nasib baik tiba-tiba Dr. minta izin nak pergi toilet. Lega saya rasa.

Alhamdulillah... pelajar-pelajar terkawal. Sangat berbeza dengan perangai mereka sebelumnya. Tapi masih ada yang main-main. Contohnya campur segala bagai solution atas meja. Saya tegur sahaja. Ada sampai penunu Bunsen terbakar. Gelabah lagi saya. Penunu Bunsen tu terbakar sehingga pelaras api dekat penunu bunsen pun hangit. Saya capai penunu Bunsen bawa lari ke tepi tingkap dan saya goyangkan dengan laju, dan alhamdulillah api terpadam.

Biasalah pelajar nakal. Kita kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Semua kumpulan berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki. Eksperimen habis pada waktunya. Sempat untuk masuk bahagian observation, discussion dan conclusion. Saya juga sempat untuk simpulkan pengajaran hari itu. Cuma masalahnya pelajar sukar untuk menjawab soalan. Kebanyakkan solan saya jawab sendiri. Ada juga solan yang student jawab sipi2, jadi saya kena promp hingga student dapat jawapannya. Tapi bila student dapat jawab dengan betul bila saya bertanya, suara saya akan terkuat berkata BAGUS sehingga Dr. Bakar dekat belakang pun tertoleh. Cikgu excited pelajar dapat jawab dengan betul.

Habis kelas, saya jumpa Dr. Alhamdulillah, comment yang membuatkan saya tersenyum. Terima Kasih Dr.

Alhamdulillah. Harapnya dapat buat yang lebih baik bila kena observe akan datang.

Monday, March 22, 2010

*observe 1*

Lagi 12 jam saya kena observe.

Akan di'observe' ole Dr. Bakar.

Tadi pukul 9 malam Dr. call bagi tahu esok dia akan sampai sekolah dalam pukul 11.

Kelas saya pukul 12.45 petang.

Kelas 2 Rajin.

Semoga semua okay!

Tak sabar nak habis observe!

Sebab nak rehat!

Eh... tapi petang ada latihan bola tampar!

Alamak... markah exam student tak kira lagi!

Pastuh nak key in markah lagi!!!

Uwaaaaa!!!!


Sunday, February 21, 2010

Jumpa Kawan-Kawan

Sekarang ini dah petang Ahad. Sekejap je masa berlalu. Semalam seharian pergi hari keluarga kat Pantai Sepat. Boleh lah...

Pantai Sepat

Saya hanya masuk treasure hunt saja. Itupun sebab kami dah rancang sebab tak nak masuk aktiviti lain. Kumpulan saya, Haniem, Zubir (suami Haniem), Kak Nani dan saya. Alhamdulillah dapat nombor 2. Tak sangka pun ada. Sebabkan mula-mula kami dah salah check point sebab salah dapat arahan dari check point sebelumnya.

Masa Kak Ita umumkan pemenang, Kak Ita sebut kumpulan cikgu praktikal. Sekurang-kurangnya nampak juga kami melibatkan diri dalam aktiviti. Kami banyak duduk sesama kami. Bukan apa, kekok juga nak masuk dalam kalangan cikgu-cikgu lain., lebih-lebih lag i masing-masing bawa keluarga. Kami di sini kurang rapat dengan cikgu-cikgu di sini sebab di sekolah tempat kami bukan di bilik guru disebabkan bilik guru yang penuh. Tapi kami di kalangan cikgu praktikal rapat.

Jadi, sepanjang di hari keluarga semalam, saya memang bertempek dekat Kak Nani saja. Cuma, masa pagi-pagi itu saya tegur Kak Ainia (guru pembimbing saya) dan berborak sekejap.


Itu kisah semalam. Hari ini, pagi tadi hantar Zura balik ke rumahnya. Tapi sebelum itu singgah di Mydin pergi membeli barang keperluan. Terserempak dengan Sha dan Jamilah. Lepas itu Fana call bagi tahu nak gi rumah, tapi saya pula di bandar. Lepas itu pula Shud call cakap dia dan Cu ada di Mydin. Keluar dari Mydin terserempak dengan Fana, borak-borak kejap (sebenarnya banyak benda nak borak). Lepas itu masing-masing bawa haluan. Saya, Zura, Mas dan Wana berhajat nak makan sebab tak makan dari semalam. Call Shud ajak makan sama. Lepas makan Shud cakap dia tolong hantarkan Zura sebab dia nak kenal dengan rumah Zura. Kami bertiga pulang ke rumah .

Okaylah saya nak bersiap pergi rumah Haniem.... Habislah satu hujung minggu saya. Memang padat.

Friday, February 19, 2010

Petang Jumaat

Sekejap lagi nak pergi perjumpaan Kadet Polis... Huahahaha .... saya pun tak caya yang saya ambil kadet polis. Yang saya tau saya ikut kawan praktikum yang lain...huhu.

Jumaat petang minggu lepas saya pergi Beserah untuk kali ke-2 untuk mengambil Zura untuk menemani Mas yang tak pulang bercuti raya cina. Kali pertama 2 minggu yang lepas untuk cari jalan ke rumah Zura.

Saya suka pergi sana sebab dapat jumpa baby comel, Ayien. Zura menyewa di taska. Jadi rumah dia ramailah budak-budak. Tapi saya paling suka Ayien sebab sangat manja dan mesra.


Esok kena hantar Zura balik ke Beserah. Sudah seminggu Zura di rumah saya di Permatang Badak sebab SABS cuti seminggu.

Esok sekolah saya ada hari keluarga... Saya masih tak sure nak pergi ke tak.... huahahaha. Tengah senaraikan ni pro and cont.... kuikuikui.

Thursday, February 18, 2010

Kisah Cuti CNY



Hari ini baru ada kesempatan. Sibuk. Sabtu lepas balik JB dan sampai semula ke Kuantan hari Selasa. Dekat rumah memang tak surf internet langsung. Sibuk. Ada majlis.





Sejak semalam tidur dekat rumah Haniem. Teman Haniem sebab Zubir kena pergi Temerloh. Petang tadi Kak Dila dah naik bas pergi Tanjung Malim. Rabu depan Kak Dila fly pergi Korea untuk 6 minggu. Sunyi nanti. Berkuranglah kemeriahan suasana nak pergi dan balik sekolah. Dah lah semula jadinya saya memang malas dan sangat rasa tak seronok untuk pergi sekolah. Biasanya saya akan rasa gembira bila dalam kereta saja, bila sampai sekolah saya rasa amat tertekan. Keadaan sekolah, perangai anak murid dan banyak lagi karenah yang saya rasa sangat bosan! Tapi itulah kerjaya seorang guru...

Apa yang saya perasan, saya dah jarang online sejak praktikum. Kalau dulu balik kelas saya akan on laptop sampailah ke malam sambil membuat assignment. Tapi masa praktikum ini semuanya tak sempat saya buat!

Ada perkara yang lebih penting yang saya perlu dahulukan. Lesson plan dan bahan-bahan untuk mengajar. Sebab itu saya sangat kecewa bila student saya main-main, tak dengar cakap, biadab, tak buat kerja dan macam-macam lagi yang menyakitkan hati saya. Sedangkan saya dekat rumah lagi dah berfikir dan buat persediaan. Sampai nak tidur pun saya fikir lagi...

Saya percaya itu ujian dunia. Itulah yang selalu merasionalkan saya bila saya amat tertekan...



Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
[Maksud Surah Al-An'am-6:32]

Tuesday, February 9, 2010

Kisah 2 Yang Jujur

Sepatutnya hari ini saya kena observe oleh cikgu pembimbing (GP) saya iaitu Kak Ainiah. Tapi Kak Ainiah ada kerja di koperasi. Jadi GP saya masuk masa awal kelas saja. Saya kena observe esok.

Tadi kelas 2 Jujur. Kelas yang selalu buat saya pening dan geram dengan telatah mereka. Tapi tadi buat pertama kalinya saya keluar kelas mereka dengan perasaan lega dan mencuit hati. Saya percaya sedegil, senakal mahupun sepelik mana perangai mereka... mereka adalah anak kecil yang masih boleh dilentur.

Sebenarnya saya masih nak marah dengan pelajar tentang buku yang tak lengkap, kerja sekolah yang tak siap dan nota yang tak disalin. Tapi saya tak nak mood yang tak baik itu datang. Maka saya pesan dekat pelajar, saya akan bincang tentang buku yang dihantar itu hari Khamis ini. Semalam saya tanda buku mereka. Sangat mengecewakan! Lompong sana-sini. Penat tangan saya menulis " Please complete your work!" , " Where is tropism notes?", dan banyak lagi!

Hari ini kelas saya pada pukul 10.40-12. Sepanjang kelas masing-masing memberikan kerjasama yang baik. Semua sibuk nak menjawab sebab mereka nak coklat yang saya bawa untuk set induksi bab Nutrisi ini.

Dalam masa lebih kurang 20 minit, kebanyakkan kumpulan sudah siap buat eksperimen Iodine test, Benedict's test dan Millon's test. Kumpulan 2 ambil masa kurang dari itu. Semua kumpulan berjaya mendapatkan result yang sepatutnya. Jadi coklat itu saya bagi kepada kumpulan 2. Masa nak keluar lab, pelajar perempuan salam saya manakala pelajar pelajar lelaki sibuk nak makanan yang saya bawa. Roti kosong gardenia pun mereka nak, akhirnya saya bagi juga walaupun sebenarnya saya dah bajet roti itu untuk sampai sabtu ini sebeleum balik JB. Buah epal pun nak, tapi saya tak bagi sebab buah epal itu saya pinjam. Hahahah... kanak-kanak sungguh anak murid saya.

Keputusan untuk ujian Iodin, Benedict's dan Millon's

Balik dari kelas saya ke library (tampat duduk saya sekarang-saya akan ceritakan cerita tentang tempat duduk next entry). Shahrul tanya nak tak masuk 2 Jujur untuk relief. Memang pagi tadi saya ada pesan dekat kawan-kawan praktikum , siapa ada dapat 2 Jujur, bagi tahu saya sebab saya nak tegur mereka tentang kerja rumah dan buku. Tapi saya tak jadi nak tegur hari ini sebab kalau boleh saya nak teguran saya bermakna. Bukan bebeblan kosong, maka saya perlu rangka kan apa yang perlu saya cakapkan.

Tetiba saya teringat yang mereka tak siap salin prosedur eksperimen tadi di makmal. Saya suruh salin dirumah, mereka bagi alasan tak reti nak pasif kan ayat yang aktif. Maka saya rasa ini peluang baik walaupun saya ada kerja untuk tanda buku pelajar di library. Saya pun minta untuk ambil 1 waktu. Tapi, bila saya masuk kelas, nak ajar mereka pasifkan ayat akktif. Mereka tak nak sebab mereka cakap dah penat. Jadi, sebagai alternatif saya salin saja di papan putih dan mereka salin ke buku. Itu pun loghat lagi.... Haishh geram sungguh saya!!!

Doa yang tak putus-putus dari saya untuk mereka....


Saturday, February 6, 2010

Seminggu Berpraktikum

Ini ringkasan hari-hari saya berpraktikum. Saya mengajar kelas 2 Rajin dan 2 Jujur. Kelas yang ketiga dan keenam.

Hari pertama.
-2 Jujur-
Saya memulakan dengan sesi perkenalan ringkas. Saya perkenalkan nama serta beberapa peraturan saya dan denda sekiranya mereka melanggarnya. Terus saya mulakan sesi pembelajaran. Kelas ini di makmal. Kelas pertama ini saya sudah menghafal beberapa pelajar lelaki yang nakal. Terutamanya Aggil. Duduk di belakang dan asyik buat lawak bodoh. Dengan kuasa sebagai seorang guru saya suruh pelajar itu duduk di meja depan. Tapi setiap kali saya sibuk menulis di papan putih, dia akan pindah balik ke belakang. Kelas agak sukar dikawal. Saya terpaksa menjerit kalau tidak pelajar akan beritahu mereka tak dengar apa yang saya cakap. Satu teguran pelajar pada saya, " Cikgu kenapa muka cikgu ada warna hitam?". Rupanya kesan marker yang saya padam guna tangan telah saya sapukan di muka.

-2 Rajin-
Sesi perkenalan sama seperti 2 Jujur. Kelas ini lebih terkawal. Ada jugalah beberapa pelajar yang nakal. Itu normal. Kelas ini terdapat pasangan kembar. Kamal Hilmi dan Najib Hilmi. Dalam ini juga terdapat tiga pelajar pendidikan khas-2 pelajar slow learner dan seorang rabun yang teruk.


Hari Kedua.
-2 Jujur-
Hari ini buat eksperimen. Sepatutnya eksperimen ini pelajar buat minggu lepas. Tapi sebab ada sesuatu yang membuatkan cikgu yang mengajar mereka marah sehingga eksperimen ini tertunda. Tengok, dengan cikgu sebenar mereka pun macam itu. Apatah lagi dengan saya yang hanya cikgu praktikum yang tua tak lebih sepuluh tahun dari umur mereka. Eksperimen pantulan dan pembiasan. Saya jadi bengang bila mereka tak tahu kira sudut gunakan protaktor. Tapi akal saya menegur hati saya, " Raihah, mereka budak lemah, kena sabar, jangan expect semua benda mereka tahu, mereka pelajar, jangan marah, AJAR!". Dengan protaktor ang sebesar tapak tangan itu saya tunjukkan di depan. Sah-sah mereka tak namapak. Jadi mengajarlah saya dari satu meja ke meja. Saya perasan ada seorang pelajar lelaki yang ala-ala nerd. Muhammad namanya. Kesian juga, sebab dia baik tapi terpaksa bergabung dengan pelajar-pelajar yang agak boleh tahan lasaknya. Soalan pelajar pada saya ketika saya megedarkan kertas " Cikgu, kenapa tangan cikgu menggigil." Huhuhu kantoi dengan pelajar yang saya tengah cuak masa itu. Padahal bukan ada orang observe pun.

Hari Ketiga.
-2 Rajin-
Lepas perhimpunan pagi itu, guru pembimbing (GP) saya cakap dia nak observe. Menggelabahlah saya. Sebelum mula kelas saya cakap, saya tak nak diambil markah. Saya memulakan sesi pengajaran. Bolehlah, walaupun masa itu saya dalam keadaan yang agak takut juga. Huhu. Lepas kelas itu, saya jumpa GP. Banyak jugalah kena komen kan. Biasalah nama pun praktikum. First week pulak tu. Buat lesson plan pun blur-blur. Nak buat alat bantu mengajar (ABM) pun terkial-kial.

Hari Keempat.
-2Jujur-
Hari ini saya bagi latihan saja sebab kelas 1 masa. Saya nak buat dalam kelas sebab nak bincang semula subtopik yang saya ajar hari isnin hari itu. Budak bagi salam macam nak tak nak. Boleh ada yang tengah duduk atas palang tingkap. Saya hangit. Suruh ulang balik bagi salam. Suruh mereka salin soalan. Masa saya tulis itu, bising. Saya toleh belakang, bebel. Yang saya geram waktu saya bebel kelas sunyi sepi. Bila saya nak mengajar kelas hingar bingar. Budak-udak ini suka apa saya bebel? Huahaha. Tapi saya tak suka lah kaedah bebel dan marah sebab saya dapat rasakan mereka pun dah muak kena marah dan bebel. Siapa ada formula berkesan untuk rawat mereka? Aggil tidur, saya suruh dia bangun dan salin. Salinlah kejap. Bila saya sibuk tulis kat depan dia tidur balik. Waaah, bikin panas betullah budak-bidak ini. Malas dah nak marah. Kalau belajarr dalam psikologi, kita kena selidik lata belakang pelajar sebenarnya. Bukan sewenang-wenangnya marah, tapisaya tak ada masa. Saya hanya 14 minggu di sini.

-2 Rajin-
Saya masuk dua rajin, masa itu tekak saya dah perit. Alhamdulillah, 2 Rajin lebih mudah dikawal. Perkara yang diajarkan sama seperti 2 Jujur. Saya salin di depan. Tba-tiba ada seorang lelaki ketuk pintu sambil pegang buku. Saya ingatkan juru jual. Rupanya guru ganti. "Cikgu, boleh tak saya nak masuk. Nak tengok cikgu mengajar?" . Saya dengan gelabahnya menjawab, "Untuk apa?". Cikgu tersebut menerangkan bahawa dia cikgu kepada pelajar rabun teruk dikelas saya ini. Cikgu baru, cikgu ganti di pendidikan khas. Saya sebenarnya tak nak bagi sebab saya segan, GP saya nak observe pun saya segan, inikan pulak orang lain. " Maaflah saya cikgu praktikal," saya menjawab. "Tak apa cikgu, saya nak tengok pelajar saya belajar saja," terang cikgu itu lagi. Akhirnya saya bersetuju. Saya di'observe' secara tak rasmi untuk kali kedua. Habs saja kelas, pelajar saya tanya, "Cikgu, pensayarah cikgu ka tadi?" Hahaha .... Patutlah pelajar saya diam, rupanya dia ingatkan pensyarah saya.

Hari Jumaat.
Hari ini saya tak ada kelas. Kelas relief pun tak ada. Alhamdulillah. Sempatlah saya nak siapkan lesson plan untuk hari Isnin depan sekali. Buku rancangan mengajar ini saya kena hantar hari ini. Bersungguh lah kami cikgu-cikgu praktikum seramai 7 orang (2 orang lagi di bili pendidikan khas) di bilik bahan bantu mengajar (BBM) ini menyiapkan kerja. Kami ditempatkan di bilik BBM sebab bilik guu penuh. Salah seorang cikgu praktikal yang juga menagajar 2 Jujur, Shahrul balik ke bilik BBM dari kela 2 Jujur mengajar subjek KH bagi tahu saya, " Okay je kelas 2 Jujur. Diam je." Waaa... apakah pelajar- pelajar itu tak takutkan saya? Korang tengoklah Isnin ini!

Friday, January 29, 2010

Kisah Di Sini

Sudah selesai dua minggu ROS 2. Jadual untuk praktikum minggu depan juga telah saya dapat. Dua-dua subjek sains. Tingkatan 2. 10 waktu. Emmm... cabaran tau! Saya dapat kelas ke-3 dan kedua akhir. Masih tercari-cari kaedah apa yang sesuai .

Sekali fikir ... terdetik juga di hati. Sampai hati pihak sekolah bagi kelas macam itu pada kami. Kami dekat sekolah ini tak dapat ajar kelas depan. Kebanyakan kawan-kawan praktikum sekolah lain dapat mengajar kelas depan.

Agak tertekan. Yang menjadi cabarannya adalah kawalan kelas.

Memang terasa... Mulalah saya fikirkan... kalau lah saya ini... kalaulah saya itu.... Tapi saya cuba rasionalkan balik. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap yang diamanahkan itu adalah berdasarkan kemampuan kita.

Selain itu ada juga beberapa perkara yang agak luar biasa seperti cikgu akan masuk ke kelas setiap kali guru praktikum masuk mengajar. Ini perintah yang telah ditetapkan. Nak ke tak, kami perlu terima. Sudah semestinya akan kekok. Owh...tidak. Cabaran sungguh!

Banyak lagi cabaran kami. . Owh tidaaaakkkkk!

Alhamdulillah. Pengetua saya baik. GPK 1 juga baik.

Alhamdulillah. Housemate saya sangat membahagiakan. Mujur ada mereka. Penghibur. Sekurang-kurangnya ada juga yang membahagiakan saya di Kuantan. Sangat happy bila di rumah!

Ya Allah permudahkanlah urusan aku di sini....