Owh masa terlalu pantas masa berlalu seakan tak terasa tahun ini saya bakal memasuki usi 27 tahun. Memang terlalu pantas. Seakan tak percaya, tapi itulah realiti.
Pantasnya masa berlalu... saya sudah menjadi isteri, mama dan guru. Segar lagi dalam ingatan... saat terakhir kali meninggalkan sekolah dan universiti.
Menyepikan blog ini , bukan bermakna hidup saya sepi daripada episod kehidupan. Hidup saya masih ada naik turunnya. Baik dari sudut saya sebagai hambaNYA, anak ibu ayah, isteri suami tercinta juga mama kepada anak-anak.
Anak-anak? Saya baru lepas keguguran.Anak kedua. Keguguran pada usia bayi 10 minggu. Tapi bayi ketika di scan baru berusia 5 minggu. Mungkin tarikh itu tidak berapa tepat sebab saya masih menyusukan Ammar Razin. Mungkin juga saiznya dipengaruhi kerana petang sebelum saya scan sudah berlaku pendarahan (Sebab masa hospital saiz bayi semakin mengecil dan mengecil ketika di scan). Mungkin juga memang bayi tidak membesar dengan baik semasa dalam. Semua itu boleh jadi. Wallahu'alam.
Jika mahu diceritakan bagaimana dari pendarahan sehinggalah bayi sepenuhnya gugur, ia entri yang terlalu panjang. Tiada kesempatan nak menulis panjang-panjang rasanya.
Setiap ujian yang Allah datangkan itu ada hikmahnya. Kesibukan saya apabila mula bekerja sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk beristirehat. Ada masanya nak bermain dengan Ammar pun badan sudah keletihan ataupun ada kerja di sekolah yang di bawa pulang untuk dibereskan. . Namun bertahan juga kerana faham itu hak Ammar. Tapi ada masanya perasaan marah itu muncul juga apabila Ammar meminta perhatian.
Kesan daripada keguguran saya amat-amat cuba menghargai setiap masa dengan Ammar. Saya cuba bermain dan melayannya sepenuhnya. Cuba elakkan memegang tab atau hp. Masih dalam ingatan, masa mula saya bleeding... saya sudah redha dengan ketentuanNYA , jika belum direzekikan anak kedua. Setiap petang pulang dari sekolah sewaktu bleeding, saya memang tak sabar-sabar nak jumpa Ammar. Pulang saja di Maghrib hari, terus bagi salam dan baca ayat kursi terus peluk Ammar. PAstu terkejar-kejar solat sebab dah nak habis maghrib... perjalan ke rumah mengambil masa lebih kurang 40 minit... sewaktu solat tu pun Ammar dah merengek-rengek nak susu. HAbis solat susukan Ammar. Lepas itu barulah mandi, solat isyak dan terus duduk dengan Ammar walaupun rasa mata dah tak boleh nak buka... Huhu... Kugagahi jua.
HARGAILAH ANAK-ANAK. SENYUM TAWA MEREKA KETIKA BERSAMA KITA MEMBERITAHU KITA BAHAWA MEREKA TERLALU GEMBIRA BERSAMA IBU DAN AYAHNYA. MENANGIS MERENGEK MEREKA KETIKA BERSAMA KITA ITU TANDA MEREKA MAHUKAN PERHATIAN.
3 comments:
Sebak baca... sbb kita pon kdg2 ternaik suara jugak dgn majdiyya. Lg2 kalau penat sgt sbb mmg 24jam melayan dia je. Huhu.. susah nak cari masa utk diri sndiri. Tapi masa dia tidur mesti menyesal kalo tringat yg kita ada marah.. sedihnye.. stiap hari mmg berazam utk jd ibu yg lebih sabar n penyayang. InshaAllah moga Allah bantu. Takziah ye atas keguguran. Besar pahala raihah. InshaAllah
Sebak baca... sbb kita pon kdg2 ternaik suara jugak dgn majdiyya. Lg2 kalau penat sgt sbb mmg 24jam melayan dia je. Huhu.. susah nak cari masa utk diri sndiri. Tapi masa dia tidur mesti menyesal kalo tringat yg kita ada marah.. sedihnye.. stiap hari mmg berazam utk jd ibu yg lebih sabar n penyayang. InshaAllah moga Allah bantu. Takziah ye atas keguguran. Besar pahala raihah. InshaAllah
Lumrah manusia dikala kepenatan dan kelelahan, akan tercetus rasa marah secara spontan. Masih diingat suatu pesanan, hargailah masa yang ada bersama dengan anak2 kerana mereka hanya membesar sekali sahaja. Benar!, akan terbit rasa kekesalan selepas anak dimarahi. Beristighfarlah.
Alhamdulillah, dengan izinNya Ammar mudah dijaga. Tidak banyak kerenahnya. Cuma adakalanya, dia memang mencari perhatian kita. Moga2 diri kita tidak berada jauh dari hati anak2 kelak. Akan datang, kita pasti merindui saat2 ini, gelak tawa dan gelagat anak2 dikala mereka kecil.
Post a Comment