Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, April 6, 2008

Qiamullail

Gambar Masjid UTM di waktu malam...tak nampak sangatlah..huhu

Aku terdengar bunyi kenderaan terbabas baru je sebentar tadi. Dengar macam teruk, tapi tak tahulah pulak mangsa tu macam mana. Mintak-mintak tiada apa-apa berlaku. Aku tak pergi tengok pun(malas nak salin baju), housemate aku ade yang pergi tengok. Aku tengok dari tingkap bilik aku je lah sebab jalan besar tu kat depan tingkap bilik aku je, bilik aku tingkat 3, tapi terlindung dengan pokok pulak. Nantilah aku tanya dorang je apa yang terjadi...

Apa yang aku terfikir ialah tentang kematian bila terdengar bunyi tadi. Ialah, cuba bayangkan. Kita tengah bergembira dalam kereta tiba-tiba accident. Ish.... takutnya! Dengan amalan kebaikan yang tak cukup dan dosa yang tak terpikul.

Petikan ni aku petik daripada buku Qiamullail:Perintah Yang Ditinggalkan.

Kematian Itu Pasti Mendatangi Kita

Beringat-ingatlah dan jangan engkau lalai daripada DIA yang telah menetapkan bagimu kematian.

Kita tidak tahu bila kita akan menghembuskan nafas terakhir, sebab itulah kita disuruh beringat. Oleh itu, aku nasihatkan diri aku, sentiasalah dekatkan diri kepada ALLAH.

Petikan ni pun aku petik daripada buku Qiamullail: Perintah Yang Ditinggalkan.

Penghubung Antara Hamba Dan Pencipta

Sesungguhnya qiamullail itu merupakan satu ibadah yang menghubungkan jiwa dengan ALLAH lalu membentuk jiwa itu agar mampu mengawal diri daripada melakukan perlakuan-perlakuan yang melalaikan serta melawan hawa nafsu.

Antara tanda-tanda kecintaan ALLAH ialah qiamullail sambil bermunajat dengan-NYA dalam kegelapan malam.

Perkara-perkara Yang Membantu Muslim Untuk Berqiamullail

  1. Jangan terlalu banyak makan kerana ia akan menyebabkan banyak minum lalu mengantuk menguasai diri dan menyusahkan kammu berqiamullail. (Tak tahu pulak aku banyak minum jadi mengantuk)
  2. Jangan terlalu memenatkan diri anda di siang hari kerana ia akan menyebabkan badan lemah malah ia akan menyebabkan mengantuk.
  3. Jangan sesekali meninggalkan tidur di waktu siang kerana ia sunnah bagi membantu usaha melakukan qiamullail.
  4. Menjaga hati dan perasaandengki terhadaporang Islam, meninggalakn bid'ah, khurafat atau asyik memikirkan keduniaan semata-matakerana penyakit-penyakit ini menghalang daripada melakukan ketaatan kepada ALLAH.
  5. Jangan sekali-kali melakukan dosa besardi siang hari kerana hal itu mengeraskan hati lalu ia menjadi penghalang antara kamu dengan sebab-sebab mendapat rahmat.
  6. Membiasakan hati dengan perasaan takut disertai dengan tidak terlalu berangan-angan dan berfikir tentang keadaan hari kiamat sert seksaan api neraka.
Aku sekadar memetik apa yang aku baca daripada buku. Ilmu aku tak banyak untuk olah atau menulis. Hanya mahu berkongsi apa yang aku tahu sebagai manfaat kita bersama.

No comments: