Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, August 24, 2008

Ramadhan 1429


Sy rasa minggu depan sy tak berkesempatan nk type pjg utk update blog. Sbb sy ada byk mid term test. Tp kan kkdg, lg bz la lg byk benda yg rse nk dicalitkan kat blog ni sbg kenang2an.

Syaaban bakal melabuhkan tirainya yg tinggal beberapa hari sahaja lg. Ramadhan pula akan menjelang.

Jujur sejujurnya dalam hati, sy amat merindui bulan Ramadhan, melebihi rindu sy utk menyambut 1 Syawal. Sy percaya ramai juga begitu dan sepatutnya memang sebegitu. Kerana roh bulan Ramadhan ini amat dirasai dan dinanti2kan. Kegembiraan kita terhadap bulan Ramadhan harus kita lahirkan dgn sedaya upaya semaksimum mungkin memanfaatkan Ramadhan yg dtg sebulan dlm stahun sbg momentum utk mentarbiyahkan diri kita kearah pengukuhan dan pemantapan taqwa kpd ALLAH.

Sy percaya kita akan memanfaatkan kesempatan yg kite perolehi utk menjalani bulan Ramadhan dgn sebaik mungkin. Bila Ramadahan seolah2 diberi kekuatan berganda utk melakukan amal ibadah, baik wajib(semestinya) mahupun sunat. Perasan atau tidak, kita akan sedaya upaya melakukan terawih walaupun pada ketika bdn letih tak terkata dgn kerja2 harian, kita akan bgun utk solat sunat di malam hari walaupun kita rasa tak cukup tido, kita akan sedaya upaya memperbanyakkan bacaan alQuran sehingga mampu utk khatam dlm sebulan, kita begitu ringan utk bersedekah. Ya..itulah dia. Semuanya dalam Ramadhan kerana mengejar keberkatan dalam bulan yg mulia itu dan gusar jika tak mampu utk menikmatinya lg pd tahun mendatang serta mengejar satu mlm yg sgguh istimewa.

Tp sygnya kerana amaln yg sekencang dan selebat itu hanya mampu bertahan pd bulan ramadhan shj.... Tidak mampu menjadi sekencang dan selebat itu utk diteruskan pd bulan2 sterusnya. Sedih bukan? =( Lbih2 lg stlh sbulan membentuk jiwa kearah kebaikan, pabila raya menjelma kita disogokkan dgn hiburan melampau pd 1 Syawal di media2. Sungguh menyedihkan. =(

Selamat Datang Ramadhan 1429! Selamat Menyambut Ramadhan 1429!

p/s 1: Sy da scheduled kan n3 ni... Skrg sy dlm pjlnn ke TM...Pulang kembali ke UPSI!

p/s 2: Setiap kali sy wat n3 ttg ataupun bersangkut paut dgn ilmu agama, sy perlu nyatakan sy bukan arif dlm bidang ini malahan amt cetek sekali ilmu sy, segala kesalahan harap diperbetulkan, segala kelamahan sy sedia menerima teguran, sy hanya mahu berkongsi dan calitkan di teratak coretan sy ini 'KUASADUAR' sbg kenang2an spjg sy meniti rentetan kehidupan ini.

2 comments:

Infant's steps said...

menarik2!!

sedap ayat utk dibaca..hehe.. =)
smg masing2 diberi kekuatan utk mengawal hawa nafsu di bulan ramadhan dan beroleh keberkatannya..

Raihah Rosli said...

sedap ker?...hahaha...
ye...moga2 msing dpt jlnkan ibadah puasa dgn baik! :)