Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, October 6, 2008

Syawal Yang Bererti



Suasana lebaran di bulan mulia ini masih berbaki meskipun1 Syawal sudah lama meninggalkan kita. Alhamdulillah, raya kali ini masih terasa raya meskipun usia sy sudah meningkat memanjat ke usia yang lebih matang. Mana boleh merasai raya semasa di usia kanak-kanak, sudah tidak layak rasanya utk merasai meriah yang caranya sebegitu. Kerana di usia ini, Aidilfitri di sambut dengan rasa perlunya sambutannya selari dgn tuntutan supaya diri ini kembali kepada fitrah seorang manusia setelah sebulan mentarbiyahkan diri di bulan Ramadhan. Moga barakah Ramadhan mengiringi 11 bulan berikutnya. Dan doa sy moga diri ini masih lagi berkesempatan menemui Ramadahan 1430. Amen...

Syawal kali ini merupakan kali pertama, ahli keluarga sy tidak cukup kerana adik saya telah berangkat ke Mesir. 1 Syawal 1429 sy beraya di Kemaman, Terengganu (kampung sebelah ayah sy) dan hari raya ke-4 sy bersama keluarga bergerak ke Seremban,Negeri Sembilan (kampung ibu sy).

Alhamdulillah diberi ruang dan peluang bertemu seluruh adik-beradik ayah( maklong, che mah, mak anjang, che ngah, che ma, che de, achik & ayah su) dan begitu juga di sebelah ibu ( paklong, mak ngah, mak lang, uda & busu kecuali Pakcik). Bermakna bertemu dgn anak2 mereka juga yg merupakan sepupu2 sy. Bagi sy ini peluang yg baik, kerana sy dpat memohon maaf dgn mereka. Meskipun perkataan maaf itu tak keluar dr mulut, tp kesempatan utk bersalaman bersama mereka bg sy adalah kesempatan utk memohon maaf atas segala salah silap yg sy telah lakukan pada mereka. Bagi sy inilah istimewanya Syawal kerana setelah sebulan Ramadhan mendekatkan diri manusia dgn Penciptanya dan memohon keampunan daripada-Nya, maka kesempatan Syawal adalah untuk memohon keampunan atas silap dan salah antara kita sesama manusia. Bukan bermakna bulan lain tidak memohon maaf, tapi kesempatan Syawal memberi lebih ruang untuk bertemu dgn saudara mara serta sudah menjadi adat kita di Malaysia untuk kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan.

Dari Negeri Sembilan saya terus pulang ke TM. Sy tak berkesempatan beraya di Johor bersama kawan-kawan. Tak mengapa...cuti sem nanti masih ade ruang untuk berjumpa :)

Meskipun sy dibesarkan di Johor, sy tak pernah beraya Aidilfitri di Johor kerana kami sekeluarga akan pulang ke kampung ayah dan ibu bergilir-gilir mengikut tahun. Namun selepas ini kemungkinan setiap tahun akan beraya di Terengganu bersama Tok Wan memandangkan kedua-dua Atuk dan Nenek sy di Negeri Sembilan telah pulang ke rahmatullah. Jadi, jika orang bertanya tentang juadah istimewa raya di Johor, sy bukan orang yg layak utk menjawab :P

::Saya bersama saudara mara di Terengganu pada Syawal 1429::


::Gambar ini diambil pada 17 Ramadahan 1429 sblm Anis berangkat ke Egypt:: ::Sudah menjadi tradisi sy sekeluarga utk bergambar keluarga di pagi Raya:: ::Disebabkan Anis tiada di Malaysia pd 1 Syawal, jadi gambar keluarga ini diambil lebih awal::



Kesempatan ini sy memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan diri. Drpd sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar perkara. Maaf ikhlas drpd hati yg mendambakan keampunan dan kemaafan drpd sahabat-sahabat.

No comments: