Sudah setengah bulan saya tak tulis n3 di bawah label rasa dapur. Ingatkan nak masukkan empat n3 tentang masakan untuk seminggu pada cuti kali ni. Hampeh! Setelah hampir sebulan bercuti, baru satu sahaja n3 tentang masakan. Lagipun kesian Anis kat Mesir terliur tengok masakan Ateh ;p Tu yang tak update tentang masakan tue... (~_*)
Hari ini nak tulis tentang Ketam Masak Lemak sebab semalam itu menu utamanya. Rasanya kalau masakan ketam ni Anis tak terliur kot sebab Anis tak suka ketam.
Semalam pertama kalinya saya masak ketam. Tak reti sebenarnya, tapi sebelum ibu pergi kerja dah tanya nak masak macam mana. Ibu beri tahu masak macam kunyit kuas.
Jadi sesedap rasa dan sesuka hatinya saya memasak ketam tersebut. Huhuhu.... sebab tak tahu step by step cara masakan tu. Jadi, hentam je lah ;p Janji masak dan boleh dimakan.
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Kunyit
- Lengkuas
- Cili api
- Cili boh
- Santan
- Garam
- Asam keping
- MSG-Ajinomoto
- Gula
Cara-cara:
- Blend bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas dan sikit cili api(sikit je utk bg mskn tu 'kick').
- Tuang bahan-bahan yang telah dikisar itu ke dalam periuk.
- Bubuh cili boh.
- Masukkan asam keping, garam, msg dan sikit gula(sikit je utk bg rasa tu seimbang, jgn sampai rasa gula).
- Masukkan ketam.
- Masak dengan api yang kecil sehingga bahan yang dikisarkan itu naik bau.
- Masukkan santan.
- Masak, gaul-gaul dan kacau-kacau.
- Siap dan hidang.
Hahaha...Sori yer tiada sukatan. Gunakan seni memasak untuk memasak kalau ikut resipi di atas. Kalau tidak sila lawati blog chef bertauliah. Chef blog ini chef celup. Sebabnya tak tahulah step kat atas tu betul ke tak. Tapi insyaAllah rasa masak lemak tu ada. Lagipun tujuan utama tulis ni untuk bagi tuan punya blog ni ingat cara utk masakan menu ni. Taklah nanti kena comment dengan ibu sebab asyik tanya nak masak macam mana benda ni, nak masak macam mana benda tu...
Saya masak je lauk tu tapi tak makan pun sebab takut gatal. Alergik!!! Jadi yang makan lauk tu ayah dan abang saya. Sungguh nikmat tengok mereka makan. Setengah jam makan nasi lauk ketam.
Sekilo ketam semalam kat Pasar Taman U RM 22. Kira okaylah sebab ketam tu fresh dan penuh padat berisi. Ketam merupakan antara seafood yang mempunyai harga yang tinggi di Malaysia. Menurut Kak Neeza ketam kat Arab Saudi murah. Alangkah bagusnya kalau ketam juga murah di Malaysia.
4 comments:
xjelez pun..haha :p
adess...nmpk sdp tp kecian sy xleh mkn ketam..hehe
eah tak penah masak untuk anim.. hahaha.. eah je penah makan anim masak.. itu pun mee goreng jea akibat pengidaman farhana zahuri..ngh3..
Anis,
Tak jeles.... Oooo... okay lepas ni bleh msuk kan byk lg ttg mknn. :)
Wanie,
Samalaha kita Wanie.
Aniem,
Org tak pandai msk sgt lah aniem.Kat TM lg lah org tak msk. Thanks mee goreng yg sdap tu:)
Post a Comment