Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, December 26, 2008

4 Tahun Lalu

Pada tarikh yang sama 4 tahun yang lalu saya mempelajari satu perkataan baru iaitu :

T.S.U.N.A.M.I.

Perkataan yang tak pernah didengari oleh saya sebelum peristiwa itu berlaku.


Pada tarikh 26 Disember 2004 saya sekeluarga bersama-sama saudara mara pergi berkelah di Pantai Teluk Kalong, Kemaman yang terletak kira-kira 15 minit daripada rumah tokwan. Semasa dalam perjalanan pulang dari pantai, kami mendengar berita menerusi radio di dalam kereta. Berita tentang ombak kuat yang menghempas pantai-pantai. Terkejut...





Malam itu tengok kat berita tv apa yang berlaku. Tsunami. Itulah pertama kali dengar 'Tsunami'. Itulah pertama kali tengok daratan dihempas ombak besar yang amat dahsyat. Masya Allah... Kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana ini ialah di bumi Acheh. Semuanya ranap dalam satu tempoh masa yang amat singkat. Beratus ribu nyawa hilang. Perairan di sebelah barat Semenanjung Malaysia iaitu perairan di belah Selat Melaka turut menerima tempiasnya.



Sebelum Tsunami 2004, siapa sangka kawasan sebesar Acheh itu ranap akibat daripada limpahan air laut yang terjadi kerana pergerakan plat Bumi di dasar laut... Kalau ranap akibat gempa Bumi atau gunung berapi, ia mungkin sesuatu yang biasa berlaku.

Empat tahun sudah berlalu, mereka yang menjadi mangsa tsunami gagah untuk meneruskan kehidupan. Semasa menonton Alhidayah tengah hari tadi, melihat rakyat Acheh baru boleh menanam padi pada tahun ini kerana daratannya sebelum ini masih dipenuhi pasir laut dan air masin. Acheh masih memerlukan pembangunan fizikal dan kemanusian. Kemusnahan yang besar memberi ruang kepada orang ramai untuk berbakti sebenarnya. Khidmat sukarelawan paling besar semasa tragedi tsunami.

Tsunami. Panahan ombak besar yang ganas. Setiap bencana yang berlaku sebenarnya adalah sebuah peringatan. Peringatan untuk manusia. Supaya jangan terus terleka dengan kesoronokan dunia yang fana.

Tsunami.... Itulah kekuasaan Allah. Allah berkuasa atas segalanya.








3 comments:

Neeza Shahril said...

samalah kita.. sebelum tu akak tak pernah dengan word tsunami pun..
kejadian itu betul2 menginsafkan ramai pihak...
tapi yang sedihnya, ada lagi pihak yang tak insaf.. :(

muhammad anis said...

eh..bukan time tu kite nak g picnic kat penang kan??
pastu x jadi..tukar plan n pegi trgnu je..kan3??
alhamdullilah r..
nseb bek..
klu x ape lah nseb kite ek..huhu..

Raihah Rosli said...

Kak Neeza,
Mungkin mase 26/12/2006 ramai yg baru knal word tsunami. Bukan kite dua je kot. Mungkin word tsunami tu bese digunakan oleh ahli geologi sebelum perstiwa dahsyat tu...tp word baru bg org kbykan.


Anis,
Ha..ah. Kalo x silap mse tu plan nk holiday kat penang. Tp tak cancel. So balik kemaman. Alhmadulillah. :)