Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, May 25, 2009

Baktisiswa Kerian @ RMWD Kerian

Setelah sekian lama tak mengemaskini blog... sekarang ni baru ada masa (*_*).... Alhamdulillah.... baju nikah haniem telah disiapkan jahitan maniknya... Jadi baru rasa boleh buat benda lain...

Nak cerita pengalaman saya mengikuti program baktisiswa @ Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD). Pengalaman pertama setelah sudah 3 tahun menjadi mahasiswi. Mungkin juga pengalaman terakhir. Mana tidaknya, saya tinggal 1 sem sahaja lagi di UPSI kemudian 1 sem lagi akan berpraktikum. Saya nikmati dan hargai setiap detik semasa menyertai baktisiswa ini. Peluang ini pun datang bukan senang. Berkebetulan kali ini, salah seorang rakan saya yang agak berjawatan tinggi dalam Rakan Muda telah menawarkan untuk menyertai program ini.

Rakan Muda Wawasan Desa ini berlangsung bermula 9.5.2009 hingga 12.5.2009 dan kumpulan saya berada di lokasi Bagan Ting,Kerian, Perak. Bertolak dari UPSI lebih kurang jam 9 am dan saya duduk bersama Siti Zubaidah @Dah, ketua saya sewakt dalam Rexco Biro Sahsiah. Sebuah kampung yang sungguh damai dan indah dengan bendangnya. Sungguh menenangkan.



Meskipun pengisian program ini agak longgar kerana persediaan yang agak suntuk kerana program ini betul-betul dilaksanakan sesudah habis peperiksaan akhir sem, saya seronok dengan suasana dan layanan mesra dari keluarga angkat.

Begitu padat dengan aktiviti yang diadakan sehinggakan jangka waktu berada di rumah keluarga angkat sungguh singkat.Boleh kata setiap masa ada sahaj program... kami akan pulang ke rumah pada waktu tengah hari untuk lunch dan pulang petang untuk mandi dan beserta makana malam seterusnya bersiap ke program malam. Malam pula pulang ke rumah sudah agak lewat. Antara aktiviti yang seronok ialah menaiki bot dan melawat sangkar ikan dan tempat pencarian kerang.


Banyak pengalaman yang saya dapat. Alhamdulillah... insyaAllah semuanya bermanfaat dalam kehidupan. Saya belajar bersosial. Saya belajar hidup di desa. Saya belajar duduk di rumah kampung. Saya belajar bergaul dengan keluarga lain( Kawan saya, Dah kata anggaplah ni belajar nak masuk keluarga mertua...huhu). Saya belajar makan benda yang saya tak makan seperti ikan sembilang. Saya belajar minum kopi walaupun saya sememangnya tak suka. Banyak lagi yang saya belajar....
Kali ini saya pergi aktiviti tanpa kawan-kawan sekelas @ kawan-kawan rapat. Hanya bersama kawan semasa dalam biro sahsiah. Saya, Nurul dan Izah telah di tempatkan dalam sebuah keluarga angkat. Alhamdulillah... saya mendapat sebuah keluarga angkat yang baik dan sangat mesra. Ayah dan mak angkat saya, saya panggil tok wan dan tok kerana usia meraka yang sudah lanjut. Tok wan dan tok sangat baik melayan kami. Di rumah mereka terdapat dua buah keluarga anak-anak tokwan. Seorang dalam pantang dan seorang lagi memang duduk dengan tokwan. Kak Izan menantu tok wan yang sangat baik dan sungguh ramah :) Dialah yang sentiasa rajin menghidang makanan untuk kami dan makanannya sangat sedap. Hari-hari ada masakan ikan sembilang dan ketam. Macam-macam masakan sembilang, sembilang goreng, sembilang masak merah dan sembilang bakar cicah dengan air asam orang perak....sedap tu :) Ketam lemak dan ketam goreng ....sedapnya... Kak izan sangat baik dan rajin sehinggakan kami nak tolongnya pun tak dibenarkan...

Baiklah... sampai sini sahaja update setelah sekian lama terbiar blog ini.

No comments: