Emmm... hari ini bermulalah kehidupanku sebagai pelajar semester 7 (*_~), pelajar paling senior di UPSI. Berakhirlah percutian semesterku yang tak sampai 2 bulan.
Sekejap saja rasanya masa berlalu... Rasanya baru lagi mendaftar sebagai pelajar UPSI pada Julai 2006. Masih segar lagi dalam ingatan tika mendaftarkan diri dulu. Berpakaian pink berbunga mawar, bertudung pink, berkasut kulit hitam Dr. Cardin dan berbeg selempang putih Radioactive. Masa sem 1 dulu kad matrik putih berseri dan sekarang telah kekunig-kuningan melambangkan kesenioran di universiti. Hehe....
Sedar-sedar sekarang dah tahun 4. Huhu... macam dah tua lah pulak(*_*). Sem hadapan akan pergi berpraktikum. Setelah 3 tahun bermastautin di Tanjong Malim ni banyak perkara yang saya tempuhi dan pelajari. Lantas mendewasakan diri dalam meniti kehidupan.
Jika ada yang bertanya kepada saya zaman manakah yang paling seronok sepanjang hampir 16 tahun bergelar pelajar. Bermula dari Tadik Taqwa, SK Kangkar Pulai, SK Taman Sri Pulai, SMK Taman Universiti, Kolej Matrikulasi Johor dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya boleh tersenyum, kerana setiap fasa yang saya tempuhi ada manisnya tersendiri, juga ada pahitnya. Namun untuk menerangkan satu persatu ia akan menjadi sebuah buku biografi.
Kalau di zaman tadika dulu, memanglah seronok. Zaman pergi sekolah dan main-main di sekolah. Sekolah pula dekat saja dari rumah. Beruniform kurung biru.
Semasa di zaman sekolah rendah di SKKP atau di SKTSP, dua-duanya best. Zaman ini pergaulan dah luas, dah dapat duit belanja, dah bersekolah agama. Kalau di SKKP sekolahnya kecil sahaja pada masa itu ada lebih kurang 7 buah kelas dalam satu sekolah. Manakala masa di SKTSP, sekolahnya lebih besar serta rakan-rakan di sini ramai. Rakan-rakan pula pelbagai ada yang bijak, ada yang biasa dan ada juga yang mempunyai masalah. Tapi rata-rata rakan sekelas masa di kelas 6 Pintar, pintar-pintar belaka. Satu yang uniknya tentang 6 Pintar ialah ukhwah yang masih terjalin sampai kini. Siap mempunyai group friendster dan juga blog. Walaupun kadang-kadang saya tertanya-tanya apakah special nya 6 Pintar.... bagi saya biasa sahaja tapi tetap mempunyai kepentingannya tersendiri.
Bila menjejakkan kaki ke SMK Taman Universiti. Dunia semakin luas. Sekolah ini seimbang daripada segi bilangan pelajar bumi dan bukan bumi. Saya lebih mengenali Cina dan India apabila bersekolah di sini. Saya lebih mengenali mereka yang lebih nakal dan ganas. Kerana pada waktu itu SMK Tmn Universiti adalah sekolah yag ke-3 bermasalah di Malaysia. Namun, alhamdulillah semasa saya di tingkatan 3 sekolah ini mula di angkat sebagai antara sekolah harian yang cemerlang di JB. Di sini saya melalui zaman remaja yang indah. Fikiran saya menjadi lebih terbuka. Saya tak menggeruni mereka yang ada masalah sosial, tapi boleh bergaul dengan mereka. Sesuatu yang saya tak akan dapat jika saya bersekolah di sekolah berasrama @ sekolah elit seperti SBP mahupun MRSM.
Alhamdulillah, perjalanan hidup saya lancar. Seusai mendapat pendidikan di SMK Taman Universiti, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Kawan-kawan sepraktikum saya di sini semunya gila-gila. Seronok. Saya yang sebelum itu seorang yang lurus, rasa hidup saya penuh dengan momen-momen indah dengan pelbagai gelagat rakan-rakan. Semasa ini saya tak terasa sunyi walaupun inilah kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga. Sifat caring dan sempoi rakan-rakan buat saya rasa senang. Meskipun setahun, ia cukup indah untuk dikenang. (~_~)
Sekarang ini saya sudah berada di UPSI. Semestinya dunia yang lebih mencabar dalam perjuangan untuk menggenggam segulung ijazah. Di sini mengenali ramai manusia. Pelbagai ragam dan gaya. Yang pelawak, yang pendiam, yang suka tersenyum, yang jujur dan bermacam-macam yang lagi. Semuanya mendewasakan saya.
Kesemuanya rakan-rakan memainkan peranan dalam kehidupan saya. Setiap mereka yang hadir ada signifikannya pada diri saya. Seindah mana kenangan yang dirakamkan juga sepahit mana hadirnya mereka dalam diri saya (ada ker yang pahit?... rasanya semua kawan saya indah-indah belaka) semuanya telah tercatat hikmahnya. Sekalung terima kasih kerana memeriahkan kehidupan saya sebagai manusia. Seterusnya melatih diri saya menjadi seorang hamba ALLAH yang mendekatkan dirinya kepada Penciptanya.
Hari pertama kuliah sem 7 ini, sebuah tragedi sedih berlaku masa nak pergi kuliah. Saya di kejar anjing. Sehingga saya terjatuh tergolek di jalan raya sebab melarikan diri daripada anjing. (Jgn bygkan bagaimana saya menyelamatkan diri itu~~ sungguh memalukan!) Alhamdulillah,nasib baik masa saya dah terjatuh itu wujudnya seorang pakcik yang sedang memotong rumput menghalau anjing tu. Kalau tak, tak pasal ada yang keluar berita "Seorang pelajar UPSI tenat diserang anjing". Akibat dah jatuh tergolek, lebam sini-sana, sakit urat-urat dalam badan ni sampaikan nak rukuk dan sujud juga sakit. Tak puas hati betul dengan tuan anjing itu, tambatlah anjing-anjingnya. Kalau tak pandai tambat tak payah bela anjing!

---------------------------------------

5 comments:
jom rai kite repot majlis bandaran tanjung malim..memang tak puas hati ngan anjing2 dan tuan anjing tu..sesuka hati je lepas anjing dalam kawasan perumahan.
hahaha....len kali anjing kejar..kejar je die blik...:ble kte takut..badan kita kluarkan hormone dan dpt dihidu oleh anjing...
so klu jumpe, jgn tkut...relax je..huhu..
anjing oohhh anjing.. ngeh2..
"Akibat dah jatuh tergolek, lebam sini-sana, sakit urat-urat dalam badan ni sampaikan nak rukuk dan sujud juga sakit"
--sungguh tragis n cedera parah nampaknya..hehe..semoga cepat sembuh..take it as a test from HIM..maybe lbh byk pahala awk dpt kalau bersolat dlm keadaan sakit tapi kalau sekiranya awk bersabar la..ngeh2..--
"Sekolah ini seimbang daripada segi bilangan pelajar bumi dan bukan bumi"
--ayatmu itu telah 'mengkedukan' saya seketika..membuat saya terpikirkan asal-usul saya yg sbnrnya..apakah benar asal saya sbnrnya adalah dr planet Bumi?? hoho..--
"Sesuatu yang saya tak akan dapat jika saya bersekolah di sekolah berasrama @ sekolah elit seperti SBP mahupun MRSM"
--ada je budak nakal kat sek asrama ni..mgkn tak nampak sbb diorg buat hal kat dlm asrama =p..n kalau kena buang sekolah pun,kena buang ke sek asrama lain..hehe..n budak scholar pun ada je yg dah kena tarik balik scholar sbb buat hal kat luar negara ni..last2,kena hantar balik ke msia sblm abis bljr lagi..emm..--
papepun,wish gudlak utk sem baru dan slmt menjadi pljr 'kad matrik kuning'..keke..
Syu...
Tau tak pe! Orang jadi fobia nak lalu situ walaupun hari-hari kena lalu.
Anis...
Ateh relax je lalu tanpa ada perasaan takut, tetiba anjing tu kejar. Ngok ngek tul anjing tu....
Azaty....
Aaty poyo... Bumi= Bumiputera... tiada kaitan dengan planet.
Nakal budak asrama tak senakal budak tmn u. yang gadh bercalar-balar, berkejar-kejaran satu sekolah, berdarah.
I bangga tau dengan kad matrik kuning tu!
Post a Comment