Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, August 16, 2009

Berakhirnya Konvokesyen Sesi Ini

Konvokesyen di UPSI untuk sesi ini sudah berakhir semalam. Tahniah! Moga jadi seorang pendidik yang amanah dalam tugasnya. Pendidik yang tegar jiwanya. Pendidik yang sabar nalurinya.

Pesta konvokesyen kali ini hanya sekali sahaja saya jejakkan kaki. Pada tengah hari Khamis waktu senggang antara perbincangan kumpulan dan kelas Fizik Tenaga. Itu pun sudah berap RM yang dikeluarkan. Bukannya apa, hanya beli tudung. Hehehe...mesti ada yang kata saya asyik beli tudung je... biasalah sekali beli satu...satu...satu.. Tudung mahal. Tak mampu nak beli banyak-banyak sekali gus.



Bermacam-macam isu berlegar sekitar konvokesyen minggu lepas. Isu pertamanya ialah bantahan segolongan pelajar terhadap kehadiran Jac. Juga isu rancangan untuk membantah kehadiran Faizal Tahir.

Mungkin ada yang mengatakan betapa tidak sopannya pelajar yang membantah ketika kehadiran Jac tempoh hari. Kerana ketika Jac naik ke atas pentas mereka beramai-ramai beredar meninggalkan padang. Seolah-olah tidak menghormati tetamu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Jac tak tahu apa-apa. Tapi bagi mereka yang membantah, itu adalah pilihan terakhir setelah pelbagai usaha dibuat. Mereka beredar dalam keadaan sopan tanpa membuat sebarang huru-hara ataupun kekecohan.

Saya di mana? Saya di tengah-tengah. Ya! Saya tahu orang di tengah-tengah inilah orang yang paling teruk kerana tidak teguh pendirian. Bagi saya kita wajib menentang kemungkaran. Bagi saya juga kita patut menghormati tetamu.

Yang penting saya tidak di tengah padang ketika waktu itu. Kerana saya sekeras-kerasnya tidak menyukai apabila budaya hedonisme di bawa ke kampus. Cukuplah dengan budaya hedonisme yang tak mampu kita kawal di luar kampus. Dimana setiap malam minggu kita ditaburkan dengan program realiti TV yang berbentuk hiburan semata. Tidak dikira lagi dengan segala konsert dan karnival yang melaghakan saja... Jelak dan muak... Nun... jauh di sudut hati muncul sekelumit rasa sedih dan kecewa melihat apabila kita rakyat Malaysia umumnya dan Melayu khususnya terlalu hidup dalam hiburan.

Jika hidup dipenuhi dengan hiburan semata... Kemanakah budaya ilmu yang patut kita miliki? Kemanakah perginya amalan agama dalam kehidupan. Secara jujur saya teringin merasai perkara yang diceritakan adik saya bahawa walaupun Mesir itu tak membangun seperti Malaysia juga tak sebersih Malaysia (walaupun negara kita tak sebersih mana) tapi ia dipenuhi budaya cintakan ilmu dan agama. Suatu yang saya rasa tidak ada di Malaysia. Kalaupun ada, ia sudah terhakis...sudah tenggelam barangkali.

Serangkap lagu Mari Berhibur dari kumpulan Raihan :

Berhibur itu tiada salahnya....
Kerana hiburan itu indah...
Hanya pabila salah memilihnya...
Membuat kita jadi bersalah....



“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta ber tanggungjawab.” Maksud Surah Al Isra’ (17) ayat 36




No comments: