Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan...

Alhamdulillah... sampai sudah ke bulan yang amat dinantikan.... Ramadhan...

Tahun ini sudah pasti berbeza. Selepas 5 tahun berpasa bersama rakan-rakan iaitu 1 tahun di KMJ dan 4 tahun di UPSI. Kini kembali bersama keluarga. Cuma sekarang ini bersama ibu dan ayah, kalau dulu ada adik sekali. Sekarang tinggal saya saja di rumah.

Pasti suasananya berbeza. Sedikit sebanyak mengundang rasa sayu apabila terkenangkan zaman belajar dulu. Kalau dulu petang-petang pergi bazar dengan kawan. Sekarang kena duduk di dapur masak. Kalau dulu berbasikal ke surau. Sekarang pergi dengan ayah n ibu naik kereta. Kalau dulu sibuk ke kelas yang jauh dari rumah sewa. Sekarang duduk di rumah tolong ibu buat persiapan kenduri along. Kalau dulu sibuk duk menghitung untuk balik raya. Sekarang memang dah dekat rumah dah, tunggu tinggal adik beradik je balik.

Ya Allah... rindunya. Rindu Tanjung Malim... Rindu UPSI. Rindu dewan kuliah. Rindu Bangunnan Canselori. Rindu Surau Kg. Mogah. Rindu kawan sekuliah. Rindu rakan serumah. Rindu Bazaar Tanjong Malim.

Ya Allah ... rindunya... Kehidupan adalah suatu yang dinamik bukannya statik. Jadi saya harus pandang ke depan. Sekarang bulan Ramadhan. Ramadhan bulan istimewa, maka hanya orang-orang yang istimewa mampu menghidupkannya . Saya mahu jadi orang yang istimewa itu untuk menghidupkan bulan istimewa ini. Semoga madrasah Ramadhan ini membentuk peribadi saya menjadi muslimah yang lebih baik....

Selamat Berbuka Puasa....


"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
Maksud surah al-A'raf:31
[7:31]

2 comments:

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Itulah perjalanan kehidupan...yang pasti apa yang dikatakan perkara paling jauh ialah masa lampau. Kerna masa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikejar. Namun begitu, biarpun jauh berlalu pergi, ianya tetap ada dalam ingatan dan sanubari.

Saya amat merindui zaman belajar...sedari tadika hinggalah ke universiti... Tanjong Malim banyak mengukir kenangan indah terutamanya bazar Ramadhan...

Tanjong Malim jugalah menjadi titik antara hidup dan mati. Masa tahun pertama pernah kemalangan dan akhirnya jatuh ke dalam sungai dekat dengan KHAR. Air tengah naik disebabkan hujan. Masa keadaan yang terhempas atas tunggul kayu menyebabkan diri sungguh tidak bermaya. Mujurlah, kawan yang menunggang motosikal datang membantu membawa ke tebing daripada terus hanyut dibawa arus. Alhamdulillah...

Raihah Rosli said...

Tak pernah terfikir pun ttg ayt ni 'Apa yang dikatakan perkara paling jauh ialah masa lampau.Kerna masa yang telah berlalu, tidak mungkin dapat dikejar'. Tp, bila difikirkan balik, memang betul ayat ni. (*_*)

Itulah.. zmn bljr mmg byk kenangan.

Owh..Masya Allah, pengalaman bermakna tu...