Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, June 9, 2011

100 hari lagi

Cuti dah nak habis. Rehat dah nak berakhir. Tak berehat mana sebenarnya cuti sekolah ni. Menanda kertas exam, PEKA, study, key in markah, rekod kedatangan. Penat. Tapi. Itulah amanah. Cuma saya tak tahan bila orang disekeliling tak memahami dengan menganggap tugas guru berhenti pada cuti sekolah.

Plus kerja-kerja lain yang tak berkaitan dengan profesion saya. Buat hantaran untuk abang saya yang akan melangsungkan perkahwinannya 1 Julai ni.

Habis cuti 2 minggu ~_~ Dan naik sekolah ni saya akan jadi super sibuk. Anak-anak saya nak PMR bulan 10. Trial bulan 8. Saya pula ada 4 bab lagi nak habiskan sebelum hujung buln 7 maksudnya saya nak kena study 4 bab itu. Itu yang tugasan utama. Tak masuk tentang PEKA, PBS, hari sukan, kem..... huhu... bersabarlah wahai diri nanti dengan kesibukan itu... huhu :(

..... dan
.... 100 hari lagi dari hari ini
.... bersediakah saya?
-tadi duduk fikir-fikir kesibukan itu, tergerak hati nak kira. tengok-tengok cukup 100-

2 comments:

Infant's steps said...

seriously 100 hari??aargghh, maknanya saya pun dah kena study~~

all the best raihah!! semoga dipermudahkan urusan akan dtg n urusan 100 hari itu.. =)

NajlaaY said...

salam.

akak, smoga tabah jalani hari2 sbg seorg cikgu. :)

~rinduu akak T.T