Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, December 18, 2012

Kelahiran Ammar Razin






Sudah hampir 120 hari ia berlalu... namun detik kelahiran Ammar Razin masih segar dalam ingatan. Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT. Ammar   lahir pada 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal 1433, dua hari awal dari tarikh yang dijangkakan.


REFLEKSI DIRI
Dalam saya berjuang melahirkan seorang anak, saya masih lagi seorang anak yang mengharapkan doa dari ibu ayah. Ibu bagi tahu saya ibu dan ayah baca yaasin dan buat solat hajat pada jam 1.30 pagi... dan saya melahirkan bayi pada jam 1.52 pagi.... Kini apabila dah bergelar mama... baru saya tahu betapa hebat perjuangan seorang ibu. Terima kasih Ibu n Ayah.

Ammar belajar naik car seat sehari sebelum mamakerja



Ammar dari Kemaman nak ke KL di dalam kereta atuk.



2 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Tahiah lagi sekali cikgu. Alhamdulillah dah ada baby.

Assalammualaikum Ammar! Aucakkk!


(tak boleh bayangkan kalau orang sarat dah nak bersalin tapi semua klinik tutup sebab cuti raya. orang pregnant mana ada cuti nak tangguh bersalin -_- )

Aimarashid Bin Mohamad Nor said...

Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan mu, duhai srikandi ku dalam mengandungkan dan melahirkan permata hati dengan kepayahan. Sesungguhnya, ingatlah janji2 Allah akan kelebihan yang diterima oleh ibu2 yang melahirkan anak. Moga rumahtangga yang dibina akan terus gah melayari bahtera kehidupan dalam menuju cinta dan redha Allah SWT.

Salam buat anakanda tercinta, permata ayahanda dan bonda. Moga dirimu akan terus mengenang jasa dan pengorbanan ibu mu dikala mengandung dan melahirkan mu.