Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, December 28, 2009

Mufin Coklat

Kali ini saya kongsikan satu resipi yang saya ambil dari internet, daripada laman web Myresipi... Sedap sangat. Chocolate Muffin.

Dah dua kali saya buat. Yang pertama tak taburkan cip coklat sebab dah habis, yang ke dua saya taburkan coklat cip. Adik saya, Anas sangat sukakan mufin ini.
Ini yang pertama.

Ini pula kali kedua.


MUFFIN COKLAT
Sumber: Yani (Myresipi.com)

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.