Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, July 27, 2009

Entry Pagi Buta

Salah satu gambar yang diambil semasa percutian di Pulau Perhentian pada bulan Jun 2009.

Sekarang dah pukul 12.19 am. Tak terasa nak tidur lagi. Dalam masa yang sama tunggu Fana balik. Fana pergi travel dengan schoolmate dia. Pergi Melaka. Pintu bawah dah berkunci rasanya. Jap gi Fana sampai baru saya turun. Fana mesej tapi kredit dah expired sebab tu tak boleh reply. Tadi, Hadi ym cakap Fana baru je gerak dari Shah Alam. Agak-agaknya dalam setengah jam lagi sampai la kot.

Esok presentation untuk subjek Fizik Tenaga. Tentang green building. Berdebarnya. Saya ada masalah untuk ke depan yang sangat kritikal. Badan terutamanya tangan saya akan menggigil ketakutan. Ini masala low self esteem... Macam mana entah nak jadi cikgu? Saya pun tak tahu... Doakan saya boleh present dengan baik esok. Alhamdulillah... Nasib baik esok present boleh campur Bahasa Melayu dan English. PPSMI kan dah dimansuhkan (~_*)

Petang tadi masa jalan-jalan ada sesuatu yang menganggu hati... Huh! Inikah angkara Syaitan atau nafsu hati? Kenapa ek? Tak tahulah.... Biarkan je lah benda tu berlalu. Raihah, baru semalam kamu ber'ym' dengan Azaty tentang perlunya dalam menjaga hati...tentang leka dan alpa... tentang ujian dan dugaan. Ingatlah... Allah tak pernah tinggalkan kita, kita yang selalu tinggalkan Allah...

Tak sabarnya tunggu hari Rabu... nak balik JB. Insya Allah kalau tak ada halangan. Ingatkan presentation hari Khamis, sekali diawalkan hari Isnin... memang bagi peluang untuk saya balik ni...

Baiklah... ini saja yang nak dicoretkan pagi-pagi buta begini....



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~New Update~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru je padam lampu beberapa minit lepas tu, Fana sampai. Sekrang ni Fana tengah qada' tidur.

Baru je dapat mesej dari Anim dalam pukul lapan lebih pagi tadi. Presentation hari ini batal... Huh... kecewa... nampaknya tak ada rezekilah saya nak balik Rabu ni. Ingat kan boleh lah jimat duit ikut ibu balik sekali masa ambil Anis dari KLIA Rabu nanti.. Tak dapat juga. Sekarang tak tahu nak balik ke tak. Tengok keadaan!


Saturday, July 25, 2009

1 Bulan... 2 Bulan...

Apakah yang dimaksudkan sebulan dan dua bulan ini? Tak ada apa-apa pun. Ini hanya calit coret saya dalam KUASADUAR untuk kenang-kenangan buat masa akan datang.

1 bulan bermaksud selamat ulang bulan yang ke sebulan kepada laptop baru saya. Mana pergi laptop pertama saya dulu? Huh! Dah ranap... ganas betul. Tengoklah laptop pertama yang berkhidmat pada saya selama 3 tahun bermula daripada 7.7.2006 sehingga 7.7.2009. Laptop ACER 5***. Mula-mulanya retak saja, lama-kelamaan patah sebelah dan akhir sekali kopak dua-dua belah. Sekarang ni kalau nak buka, kena letak stand dekat belakangnya. Sadis sungguh! Inilah laptop kesayangan saya selama 3 tahun. Sekarang ni, laptop ni dah jadi laptop rumah. Sebab laptop yang kat rumah abang saya dah ambil bawa pergi UM.

Masih segar dalam ingatan, masa mula-mula dapat laptop ini masa hari terakhir orientasi. Ayah dan ibu datang Tanjong Malim bagi laptop ini. Saya terharu dengan keprihatinan ibu dan ayah saya sebab memahami kepentingan komputer dalam dunia pelajar. Saya tak cakap pun nak laptop. Saya hanya mengadu dekat ayah, cakap kat UPSI ni banyak guna komputer dan internet. Sebab masa itu saya buta komputer hanya tahu guna Word dan Power Point je serta pandai main game kat laptop. Dan memang buta terus internet.. Tup...tup...hujung minggu ayah datang bawa laptop. Perlahan-lahan bila ada laptop sendiri saya jadi mahir dan tahu sikit-sikit tentng komputer serta terus celik internet...hehe.

Pada 24 Jun yang lalu, saya dihadiahkan lagi sebuah laptop baru. HP Pavilion dv2. Laptop ni dibeli di HP Center Jusco Taman U. Masa ayah belikan tu, saya terima saja. Saya tak letak kan spesifikasi tertentu apa yang saya nak. Ayah dah belikan laptop yang kedua ini pun saya dah bersyukur sangat. Janji saya boleh guna untuk tugasan saya sudah memadai. Saya harap laptop ni tahanlah lama... Inilah cinta hati kedua saya setelah laptop ACER dulu...


2 bulan pula? Selamat hari ulang bulan yang ke-2 untuk handphone saya. Mana pergi handphone lama? Dah rosak juga! Haihh.... memang ganas saya ni. Tapi taklah seganas mana... sebab handphone pertama saya telah berkhidmat selama lebih 4 tahun kepada saya. Handphone pertama itu berkhidmat pada saya paa bulan Mei 2005 masa nak masuk matrik. Dihadiahi ibu saya kepada saya. Saya terima seadanya dan saya gunakannya sebaiknya sehinggalah bertahan selama 4 tahun tanpa sebarang masalah. Dikala orang lain dah pakai handphone bewarna, handphone slide dan berkamera... Saya setia dengan handphone itu. Handphone itu tak ada masalah pun, cuma baterinya sudah kong.


Maka sekarang ini bertelefon bimbit barulah saya bermula 20 Mei 2009. Juga hadiah dari ayah. Ini pun saya tak letakkan spesifikasi, bagi saya boleh mesej dan buat panggilan itu sudah memadai. Dan extra lah kalau ada kamera sebab saya kan blogger yang selalu tepek gambar kat blog saya. Masa dekat Nokia Center Plaza Pelangi saya cakap kat pejual itu, " Saya nak handphone yang ada memory kad yang paling murah". Penjual tu keluarkanlah 3 model. Dan saya telah memilih Nokia 5130 XpressMusic. Saya berharap juga handphone ini tahan selama mungkin... Huhu.


Ibu saya cakap.... pandai betul barang-barang saya. Semuanya rosak masa saya dah nak habis study. Selagi saya study, barang-barang ini akan ditaja oleh ibu dan ayah. Nanti dah kerja beli sendirilah jawapannya. Sebab barang-barang saya ini memahami bahawa gaji seorang guru baru itu sikit, maka barang-barang ini rosak masa saya nak habis study... Hehehe.

Bersyukur dengan segala nikmat-NYA... Alhamdulillah(~_~)


p/s: Entry ini tak ada apa-apa pun... Cuma nak menulis supaya kekal dalam kenangan. Contohnya, saya dah tak ingat dah model laptop pertama saya juga model lhandphne kedua saya. Ye lah, masa itu kan tak ada blog lagi. Mana main tulis-tulis macam ni.

Friday, July 24, 2009

Sejauh Manakah Sucinya?


Semalam masa buka blog Hidup Biar Sedap. Saya memang suka membaca blog ini sejak kira-kira 2 tahun yang lalu. Penulisnya seorang yang berilmu luas mungkin berpangkat makcik kepada saya. Semalam, kisahnya tentang udang geragau di Kerian. Saya terus klik ke blog Bluehikari yang di linkkan di blog tersebut.

Terkejutlah tengok tentang perusahaan Udang Geragau di Kerian. Tapi saya keliru... pernahkah saya makan udang geragau... hehehe. Saya cuba cam gambar yang kat blog itu, tapi tetap tak sure apa itu udang geragau.

Dan teringatlah saya tentang Baktisiswa saya sem lepas di daerah Kerian. Dan saya masih ingat ketika lawatan saya ke sangkar ikan di tengah lautan sewaktu baktisiswa tersebut. Di atas sangkar laut itu ada 2 ekor anjing. Tapi saya fikir positif saja masa itu sebab memanglah masa mula-mula sampai itu anjing menyalak-nyalak dekat kami sebab kami orang asing. Terus tuan sangkar itu tangkap anjing itu dan ikat. Maka bebaslah kami berkeliaran melihat ikan-ikan di sangkar itu. Bila terbaca tentang udang geragau semalam, saya terfikir semula. Agaknya macam manalah ikan-ikan di sangkar itu selepas di tangkap. Di mana ia diletakkan.... dekat ke tak dengan anjing-anjing yang sebanyak 2 ekor yang berkeliaran untuk menjaga sangkar itu daripada pencuri. Haiisshh.... tak nak lah saya fikir. Sebab tak tengok dengan kepala sendiri. Mungkin ini andaian saya setelah terbaca tentang udang geragau itu.

Nampak tak anjing itu? Dekat sebelah kanan gambar ini.

Sebenarnya saya sangat menjaga bab-bab beli makanan basah daripada bukan muslim. Sejak saya duduk rumah sewa di TM. Sebabnya, sebelah rumah saya adalah rumah kampung yang bercucuk tanam sayur. Rumah saya sewa ini tiga tingkat dan saya duduk di tingkat 3. Saya selalu lah duduk berangan di tepi tingkap untuk mendapatkan udara segar. Dan seringkali saya nampak mak cik yang bercucuk tanam sayur-sayuran ini meletakkan, mengikat dan membungkus sayurnya betul-betul di sebelah anjingnya. Anjing itu betul-betul sebelah sayur.

Sebab itulah perlunya industri makanan itu dikuasai oleh umat Islam. Barulah pemakanan kita halal dan baik. Sebab orang bukan Islam tak akan faham keperluan akan menjaga halal haram umat Islam. Kalau mereka faham sekali pun , mereka bukanlah akan menjadi sepeduli seperti kita.