Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, March 24, 2008

Untuk tatapan Azaty ....



Gambar untuk N3 ni khas untuk tatapan Azaty. Bagi awak tengok sikit cover Ungu Karmila. Supaya lepas sikit rindu awak nak baca karya Ramlee Awang Murshid. Nak summary kan cerita ni pun tak boleh, sebab kita tak baca lagi, simpan untuk cuti sem nanti.

Blog aku ni blog tertutup, ada 2 orang je pembaca, Ateh dan Azaty. Sebelum ni aku set hanya penulis yang boleh baca blog aku (aku je lah maksudnya tu). Aku pun tak tahu sampai bila ia akan jadi blog tertutup. Insya ALLAH, satu hari nanti aku akan tukar setting blog ni kepada anybody can view this blog. Tapi ada ker orang nak baca? hahahaha...

Aku bukan apa, aku segan, sebab aku bukan dalam kategori pandai berbahasa untuk menulis juga bukan di kalangan cerdik pandai untuk berkongsi ilmu juga bukan seorang yang alim untuk menceritakan hal agama. Aku hanya orang biasa yang hanya berhajat berkongsi cerita dan pengalaman terutamanya apabila bergelar seorang guru kelak. Tetapi aku sengaja memulakan langkah menulis sebelum bergelar guru lagi.

Blog adalah tulisan pemiliknya untuk menceritakan pengalaman, pendapat dan idea serta ilmu. Tak salahkan untuk kita berkongsi?

2 comments:

Infant's steps said...

"reqa jahaaaatttt!!!"..itulah apa yg ku katakan setelah membuka page mu wahai reqa..sesungguhnya ia tdk mengurangkan sedikit pun rinduku kepada si novel itu,malah ia menyebabkan luka di hatiku semakin parah..huhu..mana boleh awk wat camtu kat kita,reqa..kih3..gelabah giler ayat..hoho..takpelah,ku redha..hm,cool la muka depan dia..menarik giler..tapi takpe,menarik lagi gmbr tengkorak di muka depan buku medic ku =p

Raihah Rosli said...

sabarlah wahai AZATY...
hahaha
kite igt kan mengurangkan rindu awk nk bce karya Ramlee Awang Murshid...rupenye smkn terluka....ahakz!