Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, April 21, 2008

21st April...


Umur saya semakin senja seperti gambar di atas..hehehe


Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk diri aku sendiri!

Alhamdulillah! Hari ini genaplah 21 tahun usiaku mengikut tahun masihi. Semakin singkat tempoh kehidupan di dunia yang fana ni...

Aku tiada apa nak diceritakan. Lagipun aku sedang menjalani peperiksaan akhir untuk semester 4 aku di UPSI. Doakan aku boleh menjawab dengan baik yer :)

Cuma kat bawah ni ada sedikit info untuk orang yang dilahirkan pada hari ini. Ciri-ciri yang kat bawah ni ada yang tepat kena ngan aku, ade gak yg kurang tepat dan ada yang tak kena langsung. Tak tahu lah kan, sebab mungkin aku menafsirkan diri aku cam ni, tapi sebenarnya aku cam tu...huahaha. Masih aku ingat lagi, cikgu sejarah aku masa form 1 merangkap cikgu BM masa form 2, Puan Dashimah Ibrahim. Pn. Dashimah pernah cakap, manusia ni ada 4 daun tingkap. Daun tingkap pertama : Ciri-ciri yang ada padanya dan dirinya menyedari ciri-ciri itu. Daun tingkap yang kedua : Ciri-ciri yang ada padanya dan disedari oleh orang di sekelilingnya. Daun tingkap yang ketiga : Ciri-ciri yang ada padanya dan disedari oleh dirinya serta orang disekelilingnya. Daun keempat : Ciri-ciri yang ada padanya dan tidak disedari oleh dirinya serta orang disekelilingnya.

Baiklah, yang ni aku dapat daripada laptop, masukkan tarikh lahir, lepas tu tekan result, dapatlah yang cam kat bawah ni:

Anda adalah perintis. Secara semulajadi anda mempunyai sikap ingin tahu dan suka ambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Anda perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah anda. Anda memerhati setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain diminda anda tidak pernah terhenti.

Yang ini pula berdasarkan kajian Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, bagi mereka yang dilahirkan pada bulan April :
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik
Berkawan.
Pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Try control the emotion.
Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri & memotivasikan orang lain.
Berpenyakit sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Aku da beli sebuah buku berkaitan nama dan tarikh lahir , tapi belum sempat baca sepenuhnya lagi. Tajuk buku tu Sains Metafizik : Nama & Tarikh Lahir yang ditulis oleh Johan Halid. Nanti kalau da abis baca aku bolehlah belek-belek personaliti orang...hahaha
Terima kasih kepada kkwn yg ucap besday kat aku! TQ =)

2 comments:

MieJida said...

reah..!!! sori tak wish bday...tak ingat..huhu...happy belated bday ye. patutla masa 21st april aritu rasa macam bday seseorang je..pnat recall tapi tak dapat jugak.rupanya bday reah...:)

Raihah Rosli said...

Hhehehe....TQ!