Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, April 11, 2008

Sahabat...



...inilah antara waktu terindah kita...yang sudah lama terkubur...
...harapanku agar ia kembali...


N3 ni hanya untuk berkongsi antara mesej best tentang persahabatan yang aku terima daripada kawan-kawan aku yang sibuk nak menghabiskan mesej free sepanjang tawaran 1500 mesej dengan harga RM 1.

Mesej yang kreatif tentang persahabatan :
Kawan macam Hotfm sebab dia lebih hangat daripada biasa, tapi dia juga mcm NTV7 sebab dia ceria selalu, tapi kan rasa mcm TV3 pun ada sebab dia sentiasa disisi, tapi yang paling penting dia mcm TV9 sebab dia dekat di hati.

Mesej yang sedap kata-katanya :
Aku mengenalimu melalui satu nama, aku memahamimu melalui satu renungan, aku menghadiahimu melalui satu doa, aku mengigatimu melalui satu kenangan, aku menyayangimu melalui satu persahabatan.

Mesej yang membuatkan aku berfikir tentang persahabatan:
Sesungguhnya sahabat itu wujud daripada 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan ALLAH.

Mesej yang buatkan hati aku sejuk :
Andai seseorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah dan seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang dihempas ombak kemaafan.

Indahkan persahabatan itu? Aku mengharapkan keindahan persahabatan itu dapat aku nikmati. Percayalah sahabat, walaupun kadangkala hatiku marah membara, walaupun kadangkala aku rasa sakit yang tak terungkap, walaupun kadangkala aku rasa geram tak terhingga dan walaupun kadangkala aku rasa pedih membisa dalam meniti sebuah persahabatan. Aku sedar itu semua ujian daripada ALLAH. Aku juga sedar, aku juga insan biasa yang tidak suci daripada kesilapan. Jadi aku tidak mengharapkan keterlalusempurnaan kerana aku percaya kelemahan aku jua. Aku memohon segala kemaafan atas segala ketelanjuran. Aku juga telah lama memaafkan sahabat-sahabat. Aku sudah memaafkannya... Lagikan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan-kawan =P

2 comments:

Infant's steps said...

aiye..reqa..kenapa letak gmbr makanan..awk tau hari ni kita muntah gara2 tak mkn mlm semlm(perut masuk angin)..kita dah hilang selera mkn..hari ni tdo dr pagi sampai ptg..mkn nestum n buah je..nak muntah bila pk pasal nasi..huhu..

ckp psl makanan lak kita ni padahal post psl sahabat..ngeh2..hm,ckp psl kenangan manis dgn kwn ni kan..kita sejak tamat sek dulu kita mula rasa semakin terpisah dgn kwn..kita pk2 balik,ni mmg lumrah kehidupan..setiap pertemuan ada perpisahan..kita just rasa perpisahan sedikit demi sedikit ni sbnrnya adalah yg terbaik bg kita supaya hati kita tak begitu terluka bila satu hari nanti dia akan tinggalkan kita buat selama2nya..

Raihah Rosli said...

sebab makananselalu mengeratkan hubungan kite ngan kwn2...coz kalo hangout...mesti makan...hahah

memang... msaing-masing ade haluan masing2...da bsr2 ni lagi la.