Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, April 28, 2008

Seharian kisahku !


Ni aku pos yang terakhir, bulan ni!Heehehe... Aku tidak akn mengebumikan blog aku! Kat sinilah aku dapat kepuasan...huhu...apabila dapat mencoret ape yang terlintas di kepal a maupun hti...biarpun hanya menulis pengalaman sendiri...

Hari ini aku tak cerita benda lain, aku hanya nk cerita pengalaman hari ini!

Di pagi yang indah, aku telah bersiap sedia untuk ke libry. Mood pagi tu memang baik, beselah mood kena ok, bru senang nak study. Tak dinafikan lewat dua minggu terakhir ini, libry sudah menjadi rumah ke2ku.. Seronok juga ubh angin! Asyik study dlm bilik je (study ker?hehehe) , bosan jugak terperap. Jadi pagi-pagi lagi aku dan Syu (my hosmet) bergeraklah ke
Perpustakaan Tuanku Bainun (libry UPSI la tu).

Kisah 1:

Tetiba mood aku yang baik dirosakkan sedikit oleh 2 orang lelaki yang tak tahu adab susila! Tengah kitorg nak lintas jalan tu, sempat pulak nak kaco... Aku tau itu hanya usik-usik, tapi aku agak jelek dgn lelaki yg species mcm tu! Biarpun aku tau main-main, tapi tahukah itu tetap dikategorikan mengganggu! Aku tau bukan nak kaco aku, sebab aku tak lawa. Tapi aku serabutlah biarpun dorg nak kaco kwn aku!

Kisah 2:

Dah sampai dalam libry aku duduk kat tempat kesukaanku kat tepi bilik karel tingkat 3, tempat duduk individu. Aku suka tempat ni sebab belakang aku adalah bilik karel, jadi kurang sikit gangguan bising. Cuma di tepi bilik karel adalah ruangan meja terbuka. Waaa....sedapnya suasana, mengadap gunung-ganang yang menghijau dan awan yang berarak. Serta dedaun yang menari mengikut rentak bayu. Tenang dan damai! Aku pun apa lagi, terus memulakan misi utama! Tetiba mood aku rosak lagi! Ada pulak orang yang buat bising kat tempat duduk tebuka. Haishhh! Tahu tak suara tu kuat, tergelak sesuka hati pulak, kawallah suara! Kan sekarang kat dalam libry. Aku diam dulu. Tetiba Cu (my klasmet) sound: Shhhhh!(nada yg perlahan) Suara-suara bising itu terus diam...aku sambung study...tetiba bising balik.... Syu sound : Shhhhhhhhhhh!(nada yg sederhana)....aku sambung study....tetiba bising balik.... aku sound : Ssshhhhhhhhhhhhh! (nada yg kuat)...trus terdiam. Entah bila entah, dorg keluar libry!


Kisah 3 :

Zuhur, aku solat dekat Surau IPSI. Aku keluar awal sikit dari libry. Sampai libry ambil wuduk n tunggu azan selesai. Masa tgh tunggu azan tu selesai, aku terlihat seorang perempuan tengah solat. Aku pun kekadang solat juga walaupun azan belum selesai kalau keadaan terdesak...tetapi aku memang elakkan solat masa tengah azan. Bukan solat sewaktu azan yang nk aku katakan. Yang aku nk ceritakan ialah mengenai cara perempuan tu solat sangat mengejutkan aku! Sebelum aku cerita, aku pun sedar diri, solat akupun tak sesempurna mana, tapi aku sentiasa berusaha utk membaiki. Aku terkejut tgok perempuan tu ruku'. Tak sampai 90 darjah, lebih kurang 45 darjah sahaja dengan tangannya yang agak terkangkang. Lepas tu aku tengok sujud pulak, hanya dahi yang mencecah sejadah, tangan terkepak besar. Pergerakan-pergerakan lain pun ada yang nampak ketara sangat kesalahannya. Tapi yang ruku' n sujud yang paling aku nmpk! Laju tu tak payah nak katalah. Memang ekspres! Aku terdiam dan tak terkata apa-apa. Habis azan, aku terus solat. Perempuan tadi aku tinggalkan dari pada pandangan mata kerana sewaktu azan selesai dia sedang tahiyat akhir.
Keluar daripada surau:
Syu: Nampak tak perempuan tadi?
Aku :Yang solat masa tgh azan tu ker? Orang ingatkan org je yg perasan, Syu pun tengok ker?
Syu: Takutnya, byk sgt kesalahan dia. Macam mana ni. Tak sangka pulak ada jugak student UPSI solat cm tu. Byk kslh die....bla......bla....bla...
Aku : Terkejutlah tengok.
Syu : Tak sedaplah cakap belakang, baik g tegur, kalo kite jumpa balik org tu , kite tgur nak? Aku : Syu tegurlah, org ni tak alim.
Kami pun berlalu dari surau ke library semula. Sampai je kat depan libry, ternampak kelibat perempuan tadi. Die tgh naik tangga libry. Kitorg baru je nk smpi libry.
Aku: Syu perempuan tu!
Syu : A...ah la. Kalo orang terjumpa kat libry nk tegurlah. Sekejap ye, nk g beli gula-gula.
Aku: Ok... org g kat bilik beg dulu.
Syu: Kalo nmpk die kat situ btau orang, nak ckp ngan die.
Aku : OK.
Syu datang kat bilik beg dgn muka kecewa.
Syu : Rai perempuan tu dah turun balik tangga...tak sempat.
Aku : Patutlah, org tgok jugak kat bilik 24 hours tu. Tp tak nmpk...rupanya da turun balik.
Syu : Sekali dia tu lecturer...huh... Entah-entah dia tau silap tp die buat jugak... Tp kalo die btul-btul tak tahu cm ne?
Aku : Entahlah.
Syu : Cam tak muka die?
Aku : Tak, tp org igt beg die. Warna putih...body glove...bentuk cm handbag.
Syu : Hahaha ...kalo ade org len pakai beg tu....
Aku ngan Syu pun duduk balik tmpt ktorg. Pukul 4pm aku n Syu bercadang nak g beli nasi kerabu kat Taman U.

Kisah 4 :
Jam dah menunjukkan pukul 4. Aku n Syu bergerak keluar dari libry menuju ke tempat jual makanan kat Tmn U. Masa tu tengah hujan. Berpayunglah kitorg ke Taman U berjalan kaki. Leibih kurg 5 minit sampai.
Aku : Kak nak nsi kerabu ikan 2 n ayam 1.
Penjual :Ike duo, aye so. ( sambil membungkus pesanan aku)
Aku pun bg duit...nak bayar. Akak tu takde duit balik RM 2. Dah la masa tu hujan, kena la tunggu sekejap, lama jugak sebenarnya bagi manusia yang tak sabar mcm aku (manusia yg menghargai masa sbnrnye...huhu).



Pengajaran 1 :
Nak bertegur sapa pun, kenalah bertempat. Hormati org len!

Pengajaran 2 :
Library bukan tmpt nk buat perbincangan. Berbincanglah di bilik 24 hours, koridor libry, lounge libry, kwsn rehat blkg libry dan juga kwsn bwh libry. Bacalah peraturan libry. Untuk diri aku juga, kkdg bla da ramai-ramai, ckp pun terkuat juga walaupun dlm libry...beselah dgn kkwn. So, bile msuk libry beringatlah. Hormati orang lain.

Pengajaran 3:
Perbaikilah solat. Jangan cakap sahaja, kalau ade kemampuan, tegurlah! Mana tahu org tu betul-betul tak tahu.

Pengajaran 4:
Sediakan wang kecil semasa berbelanja.

Itu antara pengajaran yg smpt aku tuliskan. Aku da kesuntukan masa. Kena stdy ni..

Dialog percakapan mungkin agak bebrbeza drpd yg sbnr...tp tak jauh beza...sbb aku tk dpt igt spnuhnya..tp tak mengubah mksud asal.


No comments: