Hari ini aku free. Tiada kelas langsung memandangkan kuliah kimia aku dah tamat. Jadi, sepatutnya aku manfaatkan sehari ini untuk study memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menempuhi final exam. Awal pagi tu aku buka la juga buku elektronik, lepas pukul 10 pagi tu aku dah tak boleh study. Tak tahu kenapa.... sedih sangat... baca x masuk... cuba mengahafal gagal.. Aku termenung je tengok buku! Petang pula, aku cuba lagi nak study, gagal! Selsema pula menyerang. Akhirnya aku tidur sampai pukul 5. Lepas tu turun bawah sebab tension duk dalam bilik je. Layan TV jap sambil makan cucur Wani masak....Nyum nyum, sedap tau, lama dah tak makan cucur. Biasalah aku kan pemalas! Last aku masak kat rumah sewa aku ni sebulan yang lepas kot (masak tom yam jer). Lepas tu lebih kurang jam 6.30 petang, Syu balik dari kampus. Dia ajak aku makan Tom Yam Atan. Aku on je, boleh hilangkan tension duduk kat rumah. Malam ingat nak study, buka buku. Baca beberapa line je.... tapi tak masuk lagi. Akhirnya aku sembang. Pukul 10 malam Anis mesej suruh jemput die (ni sebab kes GS tu la, aku pun jadi takut), aku ajak Syu teman aku. Turun bawah kat depan pintu pagar, Anis da sampai depan rumah rupanya. Alang-alang dah salin baju, aku dan Syu bercadang nak jalan-jalan. Ambil angin di waktu malam kat kampus. Aku dan Syu pergi jejalan...release tension. Aku telah membazirkan masa aku begitu sahaja. Kena muhasabah diri balik ni, apa yang terjadi. Allah bagi aku peluang kelapangan masa untuk aku manfaatkan. Aku sia-siakan.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
- SIHAT sebelum SAKIT
- MUDA sebelum TUA
- KAYA sebelum MISKIN
- LAPANG sebelum SEMPIT
- HIDUP sebelum MATI
3 comments:
sigh...selalu lupa 5 perkara tu..
samelah...wlpn slalu dgr lagu raihan (igt 5 perkara sblm 5 perkara).
time sakit hari ni,baru teringat nikmat sihat tu..mgkn tu hikmahnya..harap2 akan ingat selalu lepas ni.. =)
Post a Comment