Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, May 15, 2008

Makan + Makanan = RAIHAH

Semalam aku cerita pasal makan, hari ni aku nak tulis tentang makanan... Azaty cakap aku selalu pos gambar makanan...hehehe... nak buat macam mana...RAIHAH dan MAKANAN sukar dipisahkan...ngeh3.

Bukak Friendster pun Fana cakap pasal makanan. Fana mintak resipi cream puff. Huahahaha...muka aku muka makanan sungguh!

Bukan sahaja sekarang aku menghadapi situasi makan, makanan, masakan dan resipi. Sejak daripada aku di matrik lagi, kawan-kawan aku selalu puji makanan yg aku bawa. Tapi aku tak kembang bangga pun sebab kebykan biskut, pastri dan kek yang aku bawa dibuat khas oleh ibu. Oleh itu penghargaan terima kasih oleh rakan2 aku sepatutnya ditujukan kepada ibu dan puji-pujian hanya untuk ALLAH yang mengurniakan bakat memasak itu kepada ibu. Aku memang boleh buat, tapi masa duduk matrik dulu, ibu yang banyak masak waktu weekend, aku hanya bawak pulang ke asrama. Sampai sekarang kawan-kawan kat matrik cerita pasal makanan yang aku bawa, ada yang minta resipi, ade yg mintak aku buat lagi(macam mana nak bagi..kita da tk seasrama..hihi) dan ade yang sanggup nak datang rumah.



Gambar sekitar pemandangan di KMJ. Mengenang zaman2 matrik.

Aku bukan pandai masak...tidak! Aku hanya suka memasak. Suka cuba2 buat jer...suka apabila tengok orang makan masakan aku. Especially adik kembar aku yang suka makan, makanan seperti kudapan, pastri dan biskut.

Aku dah melalut ni, sebenarnya ak nak penuhi impian Fana untuk membuat cream puff, Fana mintak resipi...Sebenarnya aku tak de resipi yg btul2 utk resipi cream puff tu. Kalo aku buat cream puff tu, aku masukkan je barang-barang ikut suka sukatan yg aku nak letak(sungguh tak profesional)...rasa2 doh tu menjadi, ok la... kalo lembik ke or kurang sesuatu, pandai2lah aku godek2...hehehe.

Untuk itu Fana, aku mempersilakan ko melawat 1 blog makanan yg aku selalu singgah, klik sini. Atau dgn cara lain utk smpai ke blog tu, link kat sidebar Mari Melawat aku ada Dapur Tanpa Sempadan. Itulah blog sumber makanan aku...hehehe.

No comments: