Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, September 11, 2008

Cerita Tiket Raya


Sepanjang Ramadhan bermula, sy agak bz. Sehinggalah terlupa untuk membeli tiket balik raya. Ramadhan ke-8 baru pergi membeli. Ke hulur ke hilir drpd kaunter Transnasional ke Maraliner. Semuanya nak menyesuaikan tiket TM - KL dan KL-JB. Sampai ke kauter Maraliner, akak tu ckp tiket 26/9 ke JB da abis...Terdiam sy dan berjalan pula ke kaunter Transnasional. Kat kaunter Transnasional sy dikejutkan lg..."Dik, tiket JB-KL da sold out utk 26/9 dan 27/9". Cuak da sy masa tu! Pergi balik ke kaunter Maraliner, " Kak, tiket Khamis JB ada lg tak". " Ada, nak ker?" Saya tak rasa nak balik hari Ahad, sebab sudah semestinya rumah sewa sy dah kosong kerana kebanyakkannya sudah pulang pd hari Jumaat jadi sy setuju terus untuk membeli tiket hari Khamis :) TM-KL jam 5.30 ptg dan KL-JB 9 mlm. Perjalanan TM-KL memakan masa sejam. Jadi sy akan berbuka puasa kat Puduraya seorang diri. Jawapannya berbuka roti krim sahajalah. Sadis sungguh!

Susah duduk di TM ni. Sebabnya kalau nk beli tiket bas JB hanya ada 2 kaunter shj. Maraliner dan Transnasional. Itu sahaja yg ada, sedangkan byk syarikat yg menawarkan perkhidmatan KL-JB di Puduraya... Terima seadanya!

Sekarang tiket bas da naik harga, sebab tu la sy agak lmbt beli tiket. Sbb sehari sebelum Ramadhan telah ke pekan TM utk membeli barang keprluan tapi masa tu dikhabarkan oleh kawan bahawa tiket belum dijual lg. Minggu pertama Ramadhan pula bz. Skrg tiket berharga

TM-KL = RM 7.20 (dulu RM 5.60)
JB-KL = RM 31.20 (dulu RM 25.00)



------------------------------------------------------------------------------------------------


Skrg sgt2 bz. Banyak assignment perlu dihantar sebelum cuti raya! Sy juga ada beberapa program dengan Exco Kerohanian Unit Kediaman Luar Kolej (UKLK). Saya juga akan memanfaatkan sehari bersama keluarga sebelum adik sy berangkat ke Mesir. Masa perlu diatur dgn baik! Agar semuanya dipenuhi dan bermanfaat ... lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Bulan untuk mengasah diri kita supaya menjadi seorang yg lebih baik. Seperti kat Ustaz Hasrizal dalam SaifulIslam.com, jadikan Ramadhan sebagai bulan mencari bekal untuk 11 bulan yang berikutnya.

2 comments:

Neeza Shahril said...

kalau perkhidmatan bas ada, tiket tu jual kat mana yek?

Raihah Rosli said...

Kat kaunter la kot! :)
tp TM nye terminal bas ni kecik je...kaunter x byk...