Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Sunday, September 7, 2008

Daerah Ramadhan


Ramadhan,
Kau tetamu yang kunantikan,
Kau tetamu yang kusambut datangmu,
Kau tetamu yang menghilangkan resahku.

Ramadhan,
Dalam daerahmu kutenang,
Daerahmu menyusur diriku,
Ke mustaqim kehidupan ini.

Ramadhan,
Dalam kelana dunia ini,
Hitam selalu mengubah laluanku,
Putihmu lantas memanggilku,
Mengalurkan ke laluan mustaqim.

Ramadhan,
Aku damai dalam barakahmu,
Aku bahagia dalam daerahmu,
Aku dambakan kekuatan iman,
Aku dambakan kekuatan taqwa,
Moga hadirku ke daerahmu,
Bukan hadir tanpa makna,
Moga hadirku ke daerahmu,
Hadir yang pulang penuh bermakna.


2 comments:

Neeza Shahril said...

dalam banyak2 Ramadhan.. Ramadhan kali ni akak paling seronok sekali.. so far lah.. suasana berbeza daripada di malaysia...

Anonymous said...

waaaa....bestnye! Ni yg jeles ni! huhu...nk g sane gak la :) kekeke..dalam angan2 je la.