Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, September 5, 2008

Ramdhan Zaman Sekolah


Harapan Ramadhan
(Man Bai & Raihan)

Ku mengharap Ramadhan kali
ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan
sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu
membelenggu diri tiada
henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan
berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang
lemah mengharungi
segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
dengan Rahmat Mu oh
Tuhanku..ku tempuh jua

Lagu : Man Bai/Farihin
Lirik : Man Bai/Farihin
Album : Maafkan - Raihan 1999

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mendengar lagu ini mengimbaukan kembali ingatan sy pada kenangan sy di bulan ramadhan ketika zaman persekolahan sy dulu. Semasa sy berada di sekolah menengah dulu, bulan Ramadhan kebanyakannya adalah pada bulan 12 dan 11.

Seusia ini sy amat merindui detik2 yg dilalui pd tika itu kerna menjalani ibadah puasa pada musim cuti sekolah juga dpt bersama-sama keluarga.

Bersahur dgn keluarga, di atas meja makanan dilihat sungguh menyelerakkan beserta segelas utk minum air kosong dan secawan utk minum air panas. Seusai makan, bersama2 mengemas meja, membasuh pinggan dan membersihkan dapur tanpa mengira kami anak lelaki atau perempuan. Apabila azan subuh abang dan adik kembar sy akan mengikut ayah ke masjid. Manakala kami yang perempuan akan solat di rumah. Selepas subuh masa di manfaat sebaik mungkin dengan membaca Kalam Allah.

Apabila tiba pukul 1, ayah dan ibu pulang dr kerja. Abang dan adik kembar sy akan mengikut ayah ke masjid untuk solat Zuhur. Sepulangnya abang sy dr msjid, dia pasti menyibuk sebelah sy nak mengintai sy dah mengaji juz berapa. Dia sentiasa nk menyibuk utk melawan sy! Kecil2 dulukan, biasalah.. Da besar ni, InsyaALLAH tidaklah, harapan agar amalan diterimaNYA, bukan lagi untuk berlumba2.

Biasanya lepas ayah dan ibu pergi kerja semula kami adik beradik akan menonton tv atau main game: ps, monopoly, sahibba & mastermind.

Pukul 5, ayah dan ibu sy pulang dr kerja, biasanya sy da bersiap sedia utk ke dapur dengan kakak sy. Adik dan abang sy , of course lah dorg pergi main meskipun bulan Ramadhan. Sy dan kakak sy akan mengupas bawang, potong ape yg ptut dan kemaskan ape yg ptut. Jadi ibu datang dapur tinggal nak masak saja.

Selepas masak dan siap2, kalau ada masa lg, kami 1 family akan naik kete dan pusing2 ke tempat sekitar. Kalau ibu tak buat kuih , pergi bazar .

Bila dgr azan sama2 berbuka dgn menjamah sepotong dua kuih. Lalu kami berjamaah menunaikan fardu maghrib sekeluarga. Seusai itu terus makan. Kebiasaannya kami berbuka ringkas sahaja. Satu hari hanya ada 1 menu sahaja. Mee goreng, bandung, hailam, rebus, soto atau sup. Kdg kala diselang selikan nasi goreng pataya, paprik, USA, kampung atau cina.

Isya' dan terawih pula bersama ke masjid.

Itu tinggal kenangan sahaja. Tiada lagi suasana sebegitu. Masing2 da besar. RINDUUU NYE!

-----------------------------------------------------------------------------------------

Di TM, hari2 gi bazar. Kelas banyak habis pukul 5pm, smpai rumah dah penat. Kalo hari khamis klas sampi kul 7 pm. Kalau da jarang masak, mne ade brg mentah dlm peti kan?

So, memang tak kan masak. Itulah namanya orang terlebih RAJIN! (~_~)


No comments: