Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa!



Ubadah Bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Mempertingkat Amal Ibadah !

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum sy berkongsi cerita, ikhlas dan jujur sy katakan apa yg sy kongsikan adalah ikhlas dr hati sy tentang cerita kehidupan sy utk dikongsikan bersama. Moga yg baik jadi teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Tiada sekelumit rasa ingin menunjuk2 atau berbangga diri.

Alhamdulillah! Tadi saya berkesempatan melaksanakan ibadah solat sunat terawih di surau berdekatan dengan rumah sewa sy di TM ini iaitu Surau Kampung Mogah. Apa yg sy nak kongsikan ialah tentang suasana di surau itu. Surau itu terletak dalam perkampungan orang Pakistan yang telah lama menetap di Malaysia dan mereka pun sebenarnya adalah rakyat Malaysia. Tetapi masyarakat di situ masih pekat dan fasih berbahasa mereka.

Dan melalui merekalah saya belajar solat sunat witir 3 rakaat dgn 1 salam (sy memang lemah bab2 agama ini). Selama ini sy hanya tahu solat witir 2 rakaat + 1 rakaat. Mula2 agak keliru juga dgn penerangan pakcik yg explainkan tu, tp ble tanya semula dgn makcik yg duduk kat sebelah, makcik tu terangkan semula. Dan alhamdulillah,sy dpt memahaminya walaupun masih samar2 kerana mereka gunakan bahasa Melayu yg sukar sy fahami. Sedih bukan dgn diri sy, sudah hidup seusia ini, banyak sgt hal2 ilmu agama ini sy tak tahu. :( Terasa betapa teruknya hidup sy, kadang2 apabila sy fikirkan sy sibuk dgn ilmu2 spt ilmu sains dan ilmu pendidikan tp masih gagal menyibukkan diri mencari ilmu yg lebih tinggi sahamnya!

Kagum juga dgn masyarakat di situ. Sebab dulu surau tu surau kayu sahaja dan sgt kecil. Ramadhan tahun ini surau itu sudah menjadi surau batu dan ber 'aircond' dan bilangan safnya juga sudah bertambah. Semangat persaudaraan antara mereka juga sgt kuat sampai salah sorg house mate sy cakap : 'rasa macam bukan kat Malaysia'...hehehe... sebab dorg cakap guna bahasa dorg :) Suasananya menyebabkan sy berasa sy di Pakistan ...hehe :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini 1 Ramadhan 1429...semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini sebaik mungkin!

2 comments:

Neeza Shahril said...

senyum akak kejap baca disclaimer raihah tentang apa yang ditulis tu utk dikongsi bersama.. susah kan kita ni.. nanti orang kata kita riak.. padahal blog ni blog kita dan sesape yang suka baca pengalaman cam ni.. tapi sesetengah orang pandang serong..

oooo.. kat situ ada perkampungan pakistan ye.. kat sini ada perkampungan arab.. hahaha!! mesti raihan gelak kan.. dah namanya pun arab saudi.. dah sahlah ramai saudi kan.. hehee..

akak pernah dengar tentang witir 4 rakaat tu tapi tak pernah buat pun.. ;)

Raihah Rosli said...

hehehe...takut sy dgn org2 yg slh fhm nnti...bukan semua org boleh berfikiran positif!

Hahaha... Kk Neeza ni...wat lwk btul la! Kat sne msti x de perkampungan org melayu kn?...kihkihkih

Sy bru 1st time dgr ms tu :)