Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, September 25, 2008

UKHWAH KASIH RAMADHAN 1429

Saat ini mata ini masih mengantuk lagi dan juga kepala masih berat yang amat sangat. Tapi hati ingin sgt menulis n3 ini meskipun mungkin akan dipublish 2-3 hari lagi . Kerana pengalaman yg berlaku semalam dan hari ini masih segar lagi...jadi wajar ia terus dikongsikan bersama.

Semalam 19 Ramadhan 1429, sy berpeluang menyertai program UKHWAH KASIH RAMADHAN. Program ini adalah program beramah mesra dgn warga tua di RUMAH SERI KENANGAN TAIPING (RSK TAIPING) dan program singgah sahur di RUMAH ANAK YATIM NURUL EHSAN.


Seawal 10 pg 19 Ramadhan (jumaat) sy sudah ke kampus utk menguruskan hal yang masih berbaki sblum berangkat memandangkan sy merupakan salah seorg AJK Pelaksana. Rombongan bertolak pada jam 12.30 tgh hari dan berhenti utk solat Jumaat di salah sebuah masjid di Sungkai.

Alhamdulillah, tepat jam 4 petang kami tiba di RSK TAIPING. Aturcara dimulakan dgn sebuah majlis ringkas. Dimana pengisian tersebut adalah ucapan alu-aluan juga pemberian cenderamata dan bahan2 keperluan masakan spt minyak, susu, beras, gula & biskut. Seusai majlis itu kami bergerak ke kediaman mereka.

Kami diberi tahu bahawa terdapat 3 jenis kediaman. Bangunan yang baru, yang lama dan yang di dalam pagar. Yang baru menempatkan warga tua yang kelihatannya masih sihat dan agak muda (pling muda yg boleh ditempatkan di ruma ini berusia 60 thn) - design rumah yang baru ini seakan-akan berkonsepkan rumah lah, ade ruang tamu dan masing-masing ada patisyen sendiri. Rumah kediaman yang lama menempatkan warga tua yang dan kelihatan kebanyakkannya lebih berusia dan berpenyakit tua - design rumah ini macam ala-ala hospital, macam biasa kita tgok rumah org tua, panjang dan luas menempatkann banyak katil. Rumah kediaman yang di dalam pagar pula menempatkan warga tua yang menghadapi masaah mental (mungkin nyanyuk kot) dan mereka agak agresif.

Di sinilah hati-hati kami disentuh melihat orang2 tua menjalani kehidupan mereka. SUNGGUH TERUSIK!

+ Seorang mak cik yg sy salam ketika makcik ni nak solat asar. Makcik ni sembang sebentar dgn kami (Aniem & sy). Mak cik tu ckp, " mak cik dah tua, byk sakit- sakit belakang, skit pingang, nak dtg sini sebab senang", .... Kemi berdua hanya tersenyum dan sembang skit2. Kami juga terfikir, btul kah mak cik ni rela nk duduk sini atau anak2 yg tak nak jaga.+

+ Terdapat seorang makcik yang sgt sugul semasa ketibaan kami. Sehinggalah kami bersalam dan memberikan ole-ole. Wajah mak cik itu masam dan sgt diam sehingga kami tidak tahu hendak beramah mesra bagaimana. Apa yg sy lihat semasa keluar dr rumah makcik itu, sy nmpk makcik tu di tepi tingkap dan dimatanya bergenang air mata. +

+ Seorang makcik India yang menyatakan rasa hatinya terhadap sikap anak-anaknya. Siap mengatakan yang anaknya tak guna. Mak cik ini beri tahu dia hisap rokok sebab nak mati cepat, lagi senang katanya. Mungkin ini bezanya Muslim n Non-Muslim+

Banyak lagi kisah-kisah semasa lawatan hampir 2 jam kami di sana.


Selesai itu, kami menuju ke tempat kami berbuka puasa di Taiping Golf Resort. Sampai di situ lebih kurang jam 6 dan masuk ke bilik masing-masing. Memandangkan kami hanya akn bermalam sejam 2 shj di sini, jadi kami berkongsi 11 org utk sebilik serta perlu menjimatkan budget. Sy tidur di bilik 134. 6.45 kami bergerak menaiki van ke tempat kami berbuka puasa. Alhamdulillah, makanan yang lazat2 dan air yg sungguh sedap! -thumbsup-

Seusai makan berbuka kami pun bergerak ke Tesco Taiping utk membeli bahan basah iaitu ayam dan udang utk dimasak di rumah anak yatim memandangkan bahan2 lain sudah dibeli awal di TM. Sampai kembali di bilik lebih kurang jam 10.30 mlm. Kami tunggu turn utk mandi memandangkan 7 org darpd kami masih belum mandi. Sy sempat melelapkan mata tidak sampai sejam, sy dikejutkan oleh Aniem utk mandi lebih kurang jam 11.30 mlm. Seusai sy mandi & solat jam sudah menunjukkan jam 1200. Kami bersiap2 utk turun ke bawah kerana pukul 12.30 malam kami akan bergerak ke rumah anak yatim. Sempat juga melelapkan mata semasa prjalanan meskipun dalam keadaan kurang selesa memandangkan kami hanya menaiki van bukannya bas yang selesa.

Jam 2.30 kami tiba di RUMAH ANAK YATIM NURUL EHSAN. Sesampai sahaja di situ, kami pun memulakan tugas kami utk memasak makanan utk penghuni dan juga kami bersahur. Menunya ayam goreng, telur mata masak kicap dan sayur kubis tumis udang. Selesai masak jam 4.30 pagi dan kami bergerak ke asrama anak-anak di situ utk dikejutkan bersahur. Ala-ala program Singgah Sahur Ally Iskandar.

Macam-macam gelagat dan aksi. Huhuhu....anak-anak kecillah katakan. Ada yg senang utk dikejutkan dan ada yang pyh. Ade yang meraung apabila dikejutkan. Yang menyentuh hati apabila ada si kecil perempuan berusia 6 tahun akan menjerit memanggil nama abangnya yang juga penghuni di rumah itu setiap pagi dikejutkan. Mungkin pada anak itu, hanya abngnya sahaja tempat die bermanja. Anak itu sgt comel cuma liat nak bangun pagi.

Rumah anak yatim ini dibina di atas tanah persendirian. Sy difahamkan antara punca kewangan untuk keperluan rumah ini dapat drpd hasil sumbangan dan wakaf orang yang bermurah hati. Kemudahan ditahap masih boleh dibaiki. Sy lihat asrama perempuan masih boleh dibaiki. Mungkin persoalan kewangan menjadi halangan. Hati sy agak terusik sewaktu melihat mereka tidur. Semuanya dalam keadaan seada mungkin. Namun sy tak mahu meletakkan sebarang label atau justifikasi yg terlalu mendalam memandangkan sy hanya berada di situ dalam masa yang singkat dan tak berkesempatan utk bertanya lanjut. Namun sy kagum dengan kesungguhan pengasas rumah ini. Sekurang-kurangnya, nasib anak-anak yatim ini masih terbela dan terpelihara. Pengasas rumah ini dipanggil Pak Teh dan isterinya Mak Teh.

Pak Teh & Mak Teh ... sungguh mulia hati mereka. Sy juga mengenali sepasang Pak Teh & Mak Teh di alam blog juga pengasas, pengasas sekolah tahfiz... Sy juga dipanggil ATEH oleh adik sy. Semoga sy juga spt mereka... Mempunyai semangat memberi yg sungguh tinggi!

Kami bersahur bersama anak-anak yatim dan beramah mesra dgn mereka. Seusai sahur, ada sedikit majlis pemberian cenderamata, ole-ole dan duit raya utk anak2 yatim itu. Selepas solat subuh berjemaah bersama anak-anak yatim di situ dan bersalam-salaman, kami bersiap sedia berangkat pulang. Jam 9 pg sudah sampai di UPSI.

Banyak pelajaran yang sy perolehi dalam program yang berlangsung tidak sampai 24 jam. Sy sangat bersyukur dengan kehidupan sy sekarang.





Alhamdulillah....
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...

Kerana aku diberikan peluang melihat yg tua terbiar tanpa kasih si anak...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Kerana aku diberikan peluang melihat si kecil tak beribu bapa...

Syukur kepada-Mu, YA ALLAH..
Memberikan aku sebuah kehidupan yang baik....
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH....
Mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Atas nikmat bahagia yang kau pinjamkan ini...
Syukur kepada-Mu, YA ALLAH...
Doaku YA ALLAH....

Moga si tua terbiar tnpa kasih si anak itu...
Moga si anak tak beribu bapa itu...
Sentiasa di bawah kasih Mu YA ALLAH...


p/s:Rasanya ini n3 terpnjang sy :). Kelewatan update blog ini disebabkan bz yg masih berbaki dan gambar masih belum di tangan sy ketika sy tgh nak update blog. Gambar2 ini sy amik dr Cik Aniem... tp byk gmbr kitorg ber2 je la... Gambar2 di RSK Taiping & Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan bukan di kamera Aniem sbb kbykannya di kamera UKLK... Jadi takde gmbr2 di tmpt itu... Tiada kesempatan utk bergambar di kamera sendiri... Ktorg bz membuat tugasan masing2 ketika di RSK Taiping & Rumah Anak Yatim Nurul Ehsan. :)

2 comments:

Anonymous said...

bilik 134 adalah bilik no kita..awk tiru kita!!!!keke..

smg kita semua diberi hidayah agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat drNYA..

Raihah Rosli said...

eii...tulun la...x hingin pun nk tiruu awk! :P hahaha

btul...bersyukur dgn ape yg kite ada :)