Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, October 21, 2008

Masuk Panggung

Sy percaya di kalangan remaja seusia saya menjejakkan kaki ke panggung wayang adalah perkara biasa. Namun pengalaman memasuki panggung baru saya alami 11 Oktober 2008 pada usia 21 tahun. Cerita yg sy tonton ialah ' Eagle Eye' & 'Fury'. Dua-dua cerita tu best pada pendapat sy.
Credit to Flickr.

Dibesarkan dalam keluarga yang biasa di JB, kemudahan untuk menonton wayang bukanlah sukar. Jadi bukan sy tak da peluang untuk menonton wayang sebelum ini, tapi disebabkan keraguan atas hukum memasuki panggung wayang. Menyebabkan sy menangguhkan dahulu, sehingga menemui jawapannya.

Setelah sy meng'google' dan membaca artikel tentang hukum memasuki panggung. Barulah sy memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke panggung wayang. Antara artikel yg sy baca.. klik sini. Namun begitu baru-baru ini, semasa sy search dkt laman web, sy terjumpa artikel ini...sila klik di sini...artikel nya sama shaja dgn artikel yg sebelum ini ....hanya... bahagian comment nye menggentarkan perasaan sy.

Sewaktu pergi menonton wayang tempoh hari, sy pergi bersama rakan2 perempuan saya. Menonton juga filem yang biasa2 sahaja. Namun tak dinafikan, suasana di dalam panggung tak menyelesakan sy disebabkan kewujudan couple2 yang 'terlalu mesra' terutamanya dalam keadaan gelap.

Keinginan sy untuk memasuki panggung wayang adalah untuk merasai apakah kesoronokkan yg didapati utk menonton filem di panggung, sehingga ramai remaja hari ini begitu gemar ke panggung. Selain itu, kerjaya sy sbg pendidik turut menyebabkan sy ingin lebih dekat memahami jiwa remaja. Sy percaya, bakal2 anak murid sy nanti lebih advance dlm bab itu drpd sy. Mengajar sambil mengaitkan dlam perkara yang menyeronokkan mereka lebih mudah utk difahami. Begitu juga dalam konteks menegur dalam keadaan kite lebih memahami jiwa ank didik adalah lbih efekitif, drpd membabi buta memarahi mereka tanpa memahami.

Setelah menonton dua buah filem di panggung wayang , sy konklusikan bahawa menonton wayang bukanlah minat sy. Tabiat sy yg suka menonton seorang diri tanpa sebarang gangguan dan aktiviti lain menyebabkan menonton di panggung bukan pilihan sy. Selain drp itu, mata sy juga tidak sedap berada di dlm panggung, apabila melihat pasangan2 lelaki dan perempuan berlentok2kan kepala dan berpegangan tangan tanpa rasa segan dan malu. Tapi tidak dinafikan bahawa menonton wayang mempunyai keseronokkannya tersendiri apabila dapat melihat di skrin yg bsr dan sound effect yg amat baik.

2 comments:

Infant's steps said...

mmg tak best pun tgk wayang..besar sgt skrin n kuat sgt bunyiknya..

haha,apsal kita rasa pendapat kita terbalik dgn pendapat awk??keke..

ya,bak kata raihah dlm postnya sblm ni..setiap org ada keunikan masing2..hm,ada kaitan ke??huhu..

Anonymous said...

btul!!!!!! stiap org ade unik nye...

biarpon kite ske sound efek yg mantop n skrin yg bsr..... tp kite x ske suasana dlm cinema....huhu