Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, October 30, 2008

Post Mortem Program Ramadhan

Saya bukanlah seorang yang aktif oleh itu amatlah jarang melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Tapi utk sem ini sy telah mengambil keputusan utk melibatkan diri sebagai Rakan Exco Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah utk Unit Kediaman Luar Kampus (REXCO UKLK).



Unit Kediaman Luar Kolej

Di bawah unit inilah para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman disatukan... Ramai juga pelajar UPSI tidak tinggal di kolej kediaman dan menyewa rumah di sekitar TM dan Bernam.


Semasa diberi peluang utk menyertai Rexco, sy berfikir byk kali sebelum sy berkata ya utk menerima tanggung jawab itu. Saya takut sy tidak dapat memberi komitmen yg sy sendiri persetujui. Setelah dibuat snarai pro n kontra....akhirnya sy memutuskan utk menyertai Rexco.

Mengapa sy berfikir berkali-kali utk menyertainya??? Kerana sy pernah menjadi Rexco Kerohanian ( nama lama bagi Rexco Latihan & Pembangunan Sahsiah) sewaktu duduk di KHAR dulu... Semasa sem 1 sy masih mampu lakukan tugasnya walaupun kkdg sy ponteng utk jln kan rondaan pada setiap malam rabu jam 12 mlm. Lama2 sy rasa mcm sia2 sy ronda...Rexco lelaki semua tak turun , jadi tinggallah Rexco perempuan yg kena tgur couple2 atau student yg masih di bawah...amatlah kurang sesuai pd pdgn sy. Sem 2 terus sy tak melibatkan diri padahal Rexco ni pakej utk 2 sem... Kdg2 sy rasa bersalah...tp sy berpegang bahawa sy meletkakkan jwtn @ mengundur diri pd sem 2 walaupun sebenarnya tak boleh.

Namun begitu Rexco sekarang yg sertai agak berbeza situasi nye. Alhamdulillah ... aktiviti dlm Rexco ini dpt ngam dgn sy. Julung-julung program yg kami Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah anjurkan ialah Ukhwah Kasih Ramadhan... Dan pd 24 Oktober kami adakan post mortem utk program berkenaan.




Semasa dlm post mortem tu, sy mewakili AJK Jemputan & Protokol. Sungguh.... inilah pertama kali sy terlibat secara langsung dgn aktiviti2 besar secara penuh...kalo sblm ni main tumpang2 jer... so tak pyh dtg post mortem. Huhu... dan sy kena jadi first person yang melapor.... dihadapan 4 orang felo.

Alhamdulilah... sy bentang je.... Walaupun takot sy cube juga buat relax smpai habis sy bentang yg tak sampai lima minit pon :) Sy mmg pengecut!

Lps siap post mortem utk dua program sem ni dan membincangkan 3 program utk sem dpn. Felo pon dihidangkan makanan dan ssudah tu felo pon balik... Ktorg dok makan lg smbil bincang2 utk program sem depan. Bila jam dkt kul 11 mlm tu sy mintak diri dulu sbb dua org rakan sy sudah mahu pulang dr library.

Sy pon pada awalnya mahu pergi libry tp terpaksa dibatalkan sebab ada post mortem ni. Walaupun sy tak dpt stdy mlm tu... sy tak rasa rugi pon sbb inilah kali pertama sy ber'post mortem'. Pengalaman baru buat sy ...

No comments: