Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, November 24, 2008

Berakhir Sem 5

Sepuluh hari tak updet blog ni, perkara yang sy jarang2 lakukan.

Alhamdulillah final exam sy telah berakhir, sekaligus bermakna sy sudah mengakhiri semester 5 di UPSI. Lamanya sy tak update blog bukan bermakna sy bz study.... huhu.... tapi seminggu sy bermalam di rumah kawan sy sementara menunggu paper terakhir pada 21 November 2008.Bermalam di rumah Cu yang juga setaman dengan sy... Rumah sewa sy di jalan 5 manakala rumah Cu di jalan 2. Berkampunglah sy di rumah Cu hampir seminggu, tanpa akses internet. Bosan2 sy akan tidur atau tengok tv.

Jarak selama 8 hari antara paper termodinamik dengan instrumentasi utk final exam baru2 ini sungguh menguji. Mana tidaknya....mood nak baca buku hilang bila tgok kwn2 da kms brg. Yg lbih mencabarnya paper exam pertama sy adalah hari pertama exam di UPSI dan paper terakhir sy adalah hari terakhir exam di UPSI. 3 minggu dalam tekanan peperiksaan dan seminggu dalam tekanan study week. Sungguh menyakitkan! Namun alhamdulillah .... semuanya sudah berakhir. Ada hikmah disebalik gap 8 hari itu... sy berkampung di rumah Cu seterusnya mengeratkan hubungan sy dgn housemate Cu... Kak Yana, Kak Ummu, Janet dn Tini :)

Seronok juga apabila paper last tu merupakan hari terakhir exam UPSI. Apa yang menyeronokkan? Jawapannya ialah libry! Library jadi sunyi kembali, tenang dan aman. Sungguh kondusif dan teraputik library dalam minggu akhir exam itu. Meja boleh dipenuhkan seberapa banyak yang dikehendaki. Selain itu, kalau nak buat discussion pun tak salah, sebab dah tiada orang sekeliling melainkan sy dan rakan2. Berbeza sungguh dengan hari2 biasa ataupun study week. Meja penuh, derap kaki manusia sentiasa kedengaran juga suara berbisik-bisikan.

Alhamdulillah... berakhir semester 5 sy.... doa sy semoga beroleh result yg baik.



No comments: