Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, November 14, 2008

Hati Suci

Dari mata ..... turun ke hati....


Namun bukanlah n3 kali ini ttg cinta yang berputik setelah merenung ke dalam mata.... tema n3 cinta ni bukan lah sy.

Pagi sy mendengar radio Ikim.fm. Isu yang dibincangkan adalah mengenai " Mendidik Hati". Saya agak terlewat mengikut segmen tu sebab on radio lebih kurang pukul 9.30 am. Dan segmen tu berakhir pada jam 10.

Walaubagaimanapun, semasa mendengar Ikim.fm dalam tempoh yang seketika itu, banyak input yang sya perolehi.

Antara yang saya nak share ialah:

  • Untuk menjaga hati kita perlu menjauhi penyakit hati. Penyakit hati ini adalah seperti perasaan hasad dengki, riak, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu mengingati dunia.

  • Hati perlu mengenal Allah. Nafsu dicipta sbg kehendak atau kepuasan. Akal dikurniakan utk membezakan. Jadi jika hati tidak mengenal Allah iaitu tidak tunduk pada Allah, hati kita akan tunduk pada nafsu dan akal semata-mata. Oleh itu didiklah hati supaya ia terpelihara.

  • Cara untuk mendapatkan hati yang tenang ialah dengan sentiasa mengingati Allah, menggunakan hati utk merenung kekuasaan Allah, bersyukur dengan setiap kurniaan daripada-Nya dan melakukan ibadah ikhlas hanya kerana Allah.

Walaupun dalam masa yang singkat sahaja saya dpt mengikuti segmen tersebut, terlalu banyak input yang sy dpt... Input kebaikan. Input yg simple... Namun kadangkala kita selalu terlupa... Sebab kita manusia biasa.... Sentiasa perlu diingatkan dan diingatkan kembali.


Dengan Mengingati Allah SWT, Hati Menjadi Tenang


2 comments:

Neeza Shahril said...

satu usaha murni tu raihah.. berkongsi ilmu..
dapat pahala dan kalau orang ikut apa yang kita tulis tu.. lagi berlipat ganda pahala.. Alhamdulillah...

Anonymous said...

insyaAllah...