Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, November 5, 2008

FoGgiNg!......Chikugunya!


Semalam petang kawasan rumah sy kena FOGGING! Jadi, satu rumah kena duk kat luar.

Ini kawasan perkampungan orang Cina sebelah rumah sy. Fogging bermula dari kawasan perkampungan ini berlanjutan ke kawasan perumahan saya.




Sekarang ni kan selain demam denggi terdapat juga demam chikugunya. Saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang demam ni. Petikan ni diambil dr laman web Kementerian Kesihatan.






1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.



Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang penyakit ni dan satistik semasa tentang demam chikungunya boleh layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

4 comments:

Neeza Shahril said...

balik malaysia baru ni, Coan demam.. pas tu ada bintik2 macam kena gigit nyamuk.. risau betul akak.. Alhamdulillah.. rupanya demam biasa aje sebab balik rumah Atok, dia asyik main panas.. mana tak demam.. kat saudi ni kena kurung dalam rumah kan...

bahaya jugak penyakit chikugunya tu kan... raihah jaga diri tau...

Anonymous said...

haha..giler mantap r cikgu raihah!!

kita yg amik medic ni pun tak rasa nak tau psl penyakit tu..ngeh2..

teruk r kita..keke..berusaha!!

Raihah Rosli said...

to kk neeza:
alhamdulillah....nsib baik x de ape2...

lme da x dgr cter coan.... umi die bz x updet blog coan :)

insyaALLAH si,sy jga diri...



to itaza:
hahaha......kite tau pun sbb skrg kat malaysia byk kes ni ....kalo tak kite pon x tau....

awk bukn teruk! cume x perihatin! hahahah :P

Anonymous said...

haha,tau takpe..mmg tak perihatin pun..sbb 'sibuk' study..keke..