Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, November 6, 2008

Making Compost Part 1

N3 ni bukanlah penulisan ilmiah tapi sekadar berkongsi pengalaman membuat kompos. Sebenarnya sy tak terfikir pun nak buat n3 ni. Idea tercetus nak mencoretkan tentang kompos ni bila Kak Neeza bg idea utk share cara-cara membuat kompos kat blog masa sy tulis n3 ttg mini project sy bg subjek Environmental Science.



Kenapa Membuat Kompos?

Membuat kompos ini adalah mini project subject environmental science. Tetapi secara luasnya dgn pembuatan kompos kita dapat menggunakan kembali sisa buangan,sekaligus menyelamatkan alam sekitar. Serta ia merupakan baja yang murah dan selamat dari bahan kimia yg berbahaya.



Apakah bahan-bahan yang digunakan?

Campuran perlu terdiri daripada carbon dan nitrogen. Carbon adalah bahan yg berunsur warna coklat manakala nitrogen drpd bahan yg bewarna hijau. Campuran perlu mengikut nisbah, carbon nisbah kepada nirogen iaitu 25:1. Jika terlebih carbon akan menyebabkan lambat dikomposkan manakala jika terlebih nitrogen menyebabkan kompos tu berbau. Jadi nisbah kena okay2.



Utk kompos kami, kami menggunakan:



#Carbon: Rumput kering yg telah dimesin diambil di Padang UPSI.
~~~Semasa mengambil rumput kering ni, kami minta kebenaran pak guard... Pak guard bagi je ambil dan kami meminjam penyodok drpd pak guard.


#Nitrogen: Bahagian batang sayur kangkung yg telah dibuang oleh Restoran Naz.
~~~Kami pergi Restoran Naz agak awal pagi lebih kurang pukul 9 pg. Sisa sayur tu baru je dimasukkan ke dalam tong sampah. Pekerja yang kat Naz tu yg tolak ambilkan.


# Perut Ikan yang diambil di pasar TM.
~~~ Sampai2 pasa blur juga kami dibuatnya.... takut nk mintak dgn tukang jual dan kbykkannya jual ayam dan daging. Setelah pusing2 baru nmpk sorg Pakcik ni jual ikan. (Nmpk sgt jrg g pasar pagi di TM.. =P). Pakcik tu bg amik.. sy kaut je pkai tangan perut ikan tu dr tempat pembuangan perut ikan tu. Sampai ke malam dan setelah dibasuh dgn sabun beberapa kali bau hanyir masih lekat. Bukan sy tak nak pakai glove, tetapi menghormati pakcik yang jual ikan tu. Tkut dia tersinggung... kenapa dia boleh je jual ikan tanpa glove tp sy nk pegang perut ikan dengan glovekan....huhu

# Cacing Tanah
~~~Dicangkul di depan rumah Dr. Nur, namun masih tak mencukupi. Minta tolong ayah & ibu tolong bawakan kebetulan nak g jum
pa ayah & ibu weekend tu. Terakhir sekali kami pergi beli cacing di Slim dgn bantuan motosikal dr Dibah. Masa sibuk2 cari cacing dan bermain2 dgn cacing ni, sy tak boleh makan mee... baik mee hoon ataupun mee kasar. Rasa loya bila tgok mee walaupun sebenrnya mee adalah makanan kegemaran sy. Bila tgok mee sy terbayangkan cacing. Uwaaa.... tp penangan tu tak sampai seminggu pon. Lps tu dah boleh makan mee balik :)


#Tanah ~~~Diambil di depan rumah Dr. Nur.
Sebenarnya perut ikan adalah bahan yg tak digalakkan bubuh kerana akan menarik perhatian serangga perosak menurut hasil bacaan kami. Namun begitu, pensyarah kami (Dr. Nur) suruh bubuh juga utk menghasilkan baja kompos yg bermutu tinggi.

Kelima-lima bahan itu kami campurkan dalam satu bekas. Semuanya bahan terbuang.... jimatkan.


Sekian sahaja dulu n3 sy.... N3 ni sudah ditype b4 study week lg.... tggl nk pos wktu xm!

No comments: