Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, November 7, 2008

Making Compost Part 2


Baiklah utk part 2 making compost ni sy cerita bab alatan yang digunakan dan perkara-perkara yang perlu dikawal semasa membuat kompos.

Alatan yang digunakan ialah:


#pH meter
# Relative Humidity (RH) meter

# Termometer
# Bikar


~~~Kami menggunakan pH meter untuk mengambil pH tanah yang digunakan utk membuat kompos. Tanahnya sedikit beralkali.... tnah yang kami gunakan tu menunjukkan bacaan 7.54.


~~~RH meter pula kami gunakan untuk mengambil
kelembapan kompos. Kelembapan kompos kami ambil pada setiap minggu. Tahap kelembapan tidak boleh terlalu kering kerana decay process akan jadi perlahan.

~~~Termometer juga digunakan untuk mengambil suhu kompos pada setiap minggu. Suhu yang agak tinggi menunjukkan berlakunya tindak balas penguraian (decomposition process). Maksudnya okay lah kompos tu. Jika suhunya sama dengan suhu persekitaran, aktiviti mikrob agak perlahan.Oleh itu dikehendaki menambahkan bahan2 berunsur nitrogen iaitu bahan2 yg terdiri drpd warna hijau spt sayur2an.


Kiranya melalui apparatus yang digunakan inilah kami tahu progress compost ni. Semua apparatus tu dipinjam dr makmal di UPSI.





Nampak tak ulat tu? Haish....memang menggelikan!






Kenapa kompos kami boleh berulat?

Ingat tak masa part 1 sy cerita tentang bahan2 yang boleh diletakkan dalam kompos. Jadi ulat tu adalah akibat kami campurkan isi perut ikan dan kemudian kami tak tutup dengan baik. Memang kalau diikutkan hasil pembacaan memanglah perut ikan tak digalakkan letak. Namun begitu atas arahan pensyarah kami untuk menambahkan zat2 dlm kompos... jadi kami pun tambahkanlah perut ikan. Saya dan kawan-kawan masa tu dah sangat letih sepulangan kami dari pasar pekan TM utk mengambil isi ikan... masa tuh kompos tuh da dicampurkan dengan perut ikan.... baru teringat utk menutup bekas kompos kami supaya tiada lalat hinggap. Kami ni tiada kenderaan bermotor.... jadi kalo nk buat task memang susah...asyik kena call taxi or prebet2... dan sudah tentulah wang mengalir umpama air :P Keletihan yang amat sangat menguruskan kompos tu dr pg, sementelahan petang itu kami ada kuliah pula. Maka tercetus idea utk tutup kompos tu sementara dengan plastik hitam yang ditebuk lubang2 kecil utk membenarkan pengudaraan. Dengan cadangnya, keesokkannya mahu pergi membeli net utk menutup kompos. Dengan terdapat lubang2 kecil itu, makan lalat2 mengambil peluang dan ruang masukke dalam bekas kompos itu.... Maka beranak-pinaklah lalat dan ulat2 sampah..... Huhuhu ....sedih sungguh!

Implikasinya.... saya tak lalu makan nasi pada hari tersebut... terbayang2 nasi macam ulat. Dinner malam tu sy makan mee hoon tom yam... tp bila tengok nasi goreng kampung kawan sy... sy terbayang ulat2 yg sy kerjakan siang nya... =P

Serangga, millipedes dan slugs adalah binatang2 yang biasa hadir dalam kompos kerana ia adalah proses semulajadi dalam mengkompos. Namun begitu kehadiran lalat dan seumpamanya adalah satu perkara yang harus dijauhi. Kehadiran lalat adalah berpunca daripada kewujudan bahan2 spt tulang, daging atau pun perut ikan spt yg kami menggunakan. Salah satu cara utk elakkan drpd kompos rosak ialah dengan menyediakan bekas tertutup.



Bagaimana bau kompos?

Antara perkara lain yang harus dijaga ialah bau yang terhasil drpd kompos. Jika bau yang terhasil spt bau telur busuk atau cuka. Ini bermaksud kompos itu kekurangan oksigen ataupun kompos itu terlalu basah. Jadi hendaklah gembur2 kan kompos tu supaya membenarkan kompos tu bernafas. Jika bau yang terhasil spt bau ammonia. Ini bermaksud kompos kekurangan karbon. Jadi tambahkan bahan2 yg bewarna coklat spt daun kering.


Kerja2 utk memantau proses kompos agak leceh ditambah dgn episod berulat....memang sesuatu yang sangat mencabar. Kalau tak difikirkan tentang markah (carry mark) sebanyak 20 % memang kami tarik diri.... Tetapi nilai 20% terlalu amat berharga.Walaupun naik loya tekak tengok cacing dan ulat... Kami teruskan juga!


Kompos harus di analisis setiap minggu. Melihat kpd suhu, kelembapan serta kualiti kompos itu spt bilangan cacing dan tekstur kompos tersebut. Semua ini adalah utk melihat proses penguraian kompos itu. Supaya jika ada kekurangan , kompos itu boleh dibaiki dalam menghasilkannya.


Alhamdulillah..... kompos sudah siap.... baca mcm ringkas je kan cara nak buatnya......Tapi masa buat tu ... Ya Allah.....Tuhan je lah yg tahu letih nya lebih2 lg kami semua ni tak de kemudahan sangat ....especially transport....masalah besar btul!

Beberapa minggu sebelum pameran Dr. Nur suruh tanam pokok utk pameran sempena alam sekitar utk membuktikan kompos itu berjaya....

No comments: