Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Monday, December 1, 2008

Layakkah?

Sudah seminggu bermulanya cuti semester, masa ini mungkin skrip jawapan peperiksaan saya sudah ditanda. Berapalah markah yang saya dapat untuk 6 subjek semester ini.

Masa sekarang ini jugalah ayah dihujani panggilan telefon oleh studentnya. Kebanyakkannya daripada pelajar program jarak jauh. Merayu mohon diluluskan. Kata ayah pula, dia sudah bermurah hati memberi markah. Seawal-awalnya menambahkan sejumlah kecil markah bagi meningkatkan gred untuk semua pelajar. Kerana kata ayah supaya adil. Kadang-kala ayah malas mengangkat telefon apabila nombor yang tertera di skrin tiada dalam simpanan. Tapi terpaksa juga diangkat. Terdengar juga saya tadi suara ayah yang tegas menjawab panggilan pelajarnya yang mohon supaya diluluskan.

Saya dah tolong, saya dah tambahkan dah markah, tapi awak punya jauh sangat. Itu saya tak dapat tolong. Jawapan awak tak memenuhi apa yang saya minta. Kami ada kuailiti standard. Saya tak boleh nak luluskan orang sesuka hati. Skrip jawapan itu akan diaudit. Maaf, saya tak dapat nak tolong lagi.


Kata ayah dia tambahkan sejumlah kecil markah awal-awal supaya tiada lagi yang merayu memohon ditambahkan markah. Kata ayah sejumlah kecil markah itu ditambah kepada semua supaya adil, semua dapat. Kata ayah markah ditambah atas alasan seperti dalam suatu semester ramai yang dapat markah yang rendah mungkin disebabkan oleh soalan yang sukar untuk semester itu, jadi untuk keadilan terhadap pelajar pada semester itu dengan semester yang lepas adalah dengan menambahkan sejumlah kecil markah.



PERSOALAN SAYA ADAKAH KITA LAYAK DAPAT APA YANG KITA TAK LAYAK DAPAT?

Persoalan itulah yang saya fikirkan. Kenapa kita mahukan lulus sedangkan kita tak layak lulus. Tahukah apa kesannya? Jawapannya kita akan melahirkan mahasiswa/i tak berkualiti. Seterusnya melahirkan tenaga kerja dalam bidang profesional tetapi malangnya tidak profesional. Kesan yang panjang lagi... kalau yang dilahirkan itu seorang engineer, maka engineer yang tidak tahu ilmu asas bangunan.... kalau yang dilahirkan itu seorang doktor, maka doktor yang tidak mahir ilmu perubatan... kalau yang dilahirkan itu guru, maka melahirkan guru yang cetek ilmu pengetahuan. Kesan yang lagi panjang.... kalau rumah dibina , rumah itu tak kukuh.... kalau mendiagnosis penyakit, penyakit tak dapat didiagnosis.... kalau mengajar, ilmu tak sampai kepada pelajar. Jawapan kepada persoalan saya di atas ialah TAK LAYAK. Senang bukan untuk memahami persoalan mengapa kita tidak layak apa yang sepatutnya kita tak layak.


Kakak dan abang saya.
Sekadar gambar hiasan.

Memang secara jujur kalau saya di tempat mereka yang tidak lulus, saya juga mahukan kelulusan. Hati sudah pasti sedih, fikiran tak tenang, makan tak selera, mandi tak basah, dan tidur tak nyenyak. Memikirkan keputusan yang diterima setelah satu semester menimba ilmu. Namun dari segi rasionalnya, kita perlu menerima takdir. Apa yang kita usahakan, itulah yang kita dapat. Sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui yang lebih baik untuk kita.

5 comments:

Anonymous said...

waaa..boleh tipon2 lecturer eh?? nak tipon Dr Burn la nak tau instrument dapat ape..ngeh3..tak pon Pn Fatimah, bio aku dapat ape..xde lah.. gurau jea..result lmbt lg kuar.. berenjoy lah anda sebelum anda dienjoy kan..

Anonymous said...

huhu.... risau dgn instrumn...huhu! bio pon!tsp pon...tp relax lah... terima hakikat...ngeee!

Neeza Shahril said...

bila dah habis exam baru nak mohon..
kenapa tak masa dalam semester lagi kan..
orang suruh belajar, asyik main aje..
sendiri merana. that's why ramai pelajar tak layak boleh lulus.. lepas tu takde kualiti bila kerja..

wanie sk said...

samala dgn ap yg ayh kt alami...kdg2 klaka tgk ad yg dtg nangis2 mintak lulus..mcm manala nk dpt yg btol2 berkualiti kn..papepun gudluck for ur result=)

Raihah Rosli said...

Kak neeza:

Btul tu! :)



Wanie:
Hahaha... ayah kite smpai kdg2 tak angkat hp... tak larat nak lyn katenye...

thankz....gudluck juge 4 ur result :)