Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, December 11, 2008

Cerita Raya

Saudara-mara dari Terengganu sudah pulang dan rumah juga sudah dikemaskan seperti sediakala. Mereka tiba di rumah saya pada petang Sabtu. Segala persiapan untuk menyambut kehadiran mereka sudah saya lakukan seminggu awal lagi. Contohnya seperti menjemur bantal-bantal yang sudah lama tersimpan di dalam almari, menukar cadar bilik tamu, membuat tapai dan memasak wajid serta mengemaskan rumah. Inilah kali pertama Tok Wan saya beraya di luar Terengganu.

Tok Wan.


Aidil adha disambut seperti biasa. Tidaklah seperti Aidil Fitri yang kebiasaannya dipenuhi aktiviti kunjung-mengunjung dan sesi bermaaf-maafan dan menadah tangan menerima duit raya ;p. Pergi solat raya dan kemudian pulang ke rumah dan asyik makan-makan. Tugas saya pagi itu ialah membakar satay. Ayah, abang dan sepupu saya Amin pergi korban di masjid selepas itu. Petangnya ber'YM' dengan Anis dan khabarnya nak update blog yang dah berbulan dibiarkan berhabuk.


Sepupuku di pagi raya.

Kehadiran saudara-mara diraikan dengan masakan atau makanan oleh ibu. Pada malam Sabtu itu, lauk yang dihidangkan oleh ibu ialah Siakap 3 rasa sebagai menu utama. Seawal pagi Ahad, juadah Mee Hoon Soto dan Roti Jala yang merupakan kegemaran Tok Wan menjadi santapan. Pada malam raya lagi kami sudah membakar Satay. Menu utama pagi raya ialah Nasi Dagang, Nasi impit dan Satay. Hidangan di meja makan juga turut dipenuhi dengan makanan yang diberi oleh jiran-jiran. Hari Selasa pula menunya Laksa Penang, Nasi Ayam dan juga Nasi Putih berlaukkan singgang, ikan goreng, budu dan ulam-ulaman. Dan sebelum mereka pulang pada hari Rabu, ibu telah memasak Nasi Lemak Sambal Sotong. Huhu.... Memang asyik makan dan tak tahulah berapa 'kg' sudah bertambah.

Makanan di pagi raya.


Mereka tidak kemana-mana sangat. Hanya shopping di Plaza Angsana dan ronda-ronda di sekitar Danga Bay. Sedikit gambar sebagai bingkisan. :)



Itu cerita raya yang sudah dilalui. Cuti berbaki tidak sampai sebulan lagi. Terasa sebentar sahaja masa berlalu pergi. Kalau mengikut perancangan, ada buku yang perlu ditelaah untuk semester depan tak disentuh lagi. Bukannya saya rajin tak tentu pasal. Tetapi semester depan adalah semester sibuk saya. Dengan subjek yang susah dan bukan citarasa saya. Serta tanggungjawab yang semakin bertambah.


Sebenarnya tak tahu nak update apa. Tapi macam tak best biarkan blog tak bercerita.


Sekian sahaja.


p/s: Ini pesanan kawan saya. Saya malas nak tepekkan di n3 saya, jadi saya link kan sahaja. Kisah kerja sambilan. Kalau nak tahu silalah klik yer :)

4 comments:

Neeza Shahril said...

sedapnya juadah raya Raihah.. sangat jeles tau..
kuah nasi dagang tu memang nampak sedap..
tapai tu akak sangat2 rindu.. nak la sikit..

eh! ibu yang bakar sate ke? Raihah tak tolong ke? hehee..

muhammad anis said...

wahh..cam bez je..hehe :p

Helwa Tamar Jaya said...

Seedapnya...rasa macam tak puas ar raya ari tu...anyway, your blog is awesome, babe...hehehe

Raihah Rosli said...

Kak Neeza,

Memang sedap2. Sampai berat badan pun sedap je naik! Huhu.

Saya tukang amik gambar. ;p





Anis,

Memang best!



Helwa,

thankzzz!