Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, January 7, 2009

Ada Apa Dengan Yuran

Yuran? Sekarang ini kan awal sesi persekolahan. Jadi, antara isu yang banyak juga berlegar di blog-blog terutamanya blog guru ialah tentang yuran.

Sesi persekolahan tahun 2009 memberi sedikit keringanan beban kepada ibu bapa kerana tidak perlu mengeluarkan wang pada awal sesi persekolahan untuk membayar yuran. Ibu bapa harus berterima kasih sekurang-kurangnya tak sakit di awal tahun dengan pelbagai tuntutan kewangan.

Berdasarkan surat pekeliling, tiada sebarang kutipan dibuat pada minggu dan bulan pertama pembukaan penggal kali ini. Jika ada sekalipun, ia hanya melibatkan yuran bagi murid warganegara asing, bayaran untuk subjek tambahan peperiksaan, bayaran tambahan bagi subjek Azhari di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), bayaran makanan bagi murid yang tinggal di asrama dan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok demi kebaikan ibu bapa dan anak-anak mereka di sekolah. Hanya RM 1.50 sahaja bayaran untuk Takaful pada hari pertama.

Saja ja tulis tentang ni sebenarnya. Hehehe... Saya pun bukan arif pun pasal yuran tahun ini. Cuma ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran....

Macam mana sekolah nak dapat duit untuk aktiviti sekolah contohnya hari sukan?

Tanpa yuran sukarnya pihak sekolah nak menganjurkan aktiviti serta menampung perkara-perkara sampingan sekolah. Orang sekarang mahu melihat segalanya grand, tapi kalau bajetnya tak mencukupi, mana duit yang nak dicekau. Kasihan cikgu-cikgu yang berperah otak & keringat memikirkan masalah ini. Banyak lagi tanggungjawab mereka yang lain. Pihak atasan beri arahan, ibu bapa kelegaan, cikgu-cikgu yang tertekan..... Ini hanya pendapat peribadi seorang pelajar pendidikan.

Adakah kemudahan ini benar-benar perlu dan dihargai?

Kalau dengan cara ini dapat meringankan beban ibu bapa, alhamdulillah. Namun, takut-takut kalau terlalu ringan hilang rasa tanggungjawab. Kalau orang dulu-dulu yang susah dan daif masih mampu membayar yuran anak-anak sehingga 10 orang, kenapa kita yang hidup dalam keadaan yang agak selesa terlalu berkira tentang kewangan untuk pelaburan pembelajaran anak-anak. Apa yang saya maksudkann ialah, kadang-kadang kita terlalu berkira untuk hal-hal kewangan diperuntukkan untuk sekolah, tapi kita terlalu bermewah-mewah dengan perkara sampingan. Bagi golongan yang betul-betul daif, memang sungguh bermakna kaedah pembayaran yuran sebegini . Namun bagi mereka yang berkemampuan, usahlah persoalkan tentang yuran itu dan ini. Sedarlah apa yang kita bayar adalah untuk anak-anak belajar di sekolah. Tak kan lah beli rokok sekotak seminggu mampu, tapi nak bayar yuran anak-anak sangat berat. Kalau berasa tanggungjawab sebagai bapa, simpanlah duit sekotak rokok itu selama bebrapa minggu untuk membayar yuran. Tak kan lah beli majalah hiburan boleh setiap minggu, tapi nak bayar yuran anak-anak susah. Tak kan lah beli kerusi antik/ kasut branded/ tv plasma mampu, tapi nak keluar duit untuk anak sekolah payah. Faham bukan maksud 'berkira tentang kewangan untuk sekolah tapi bermewah-mewahan dengan perkara sampingan'. Sedikit rasa kagum dengan masyarakat Cina di negara kita. Mereka sangat pemurah mendermakan kewangan mereka kepada pihak sekolah. Semuanya untuk pelaburan pendidikan bangsa mereka. Sebab itu tak mustahil kelas mereka dilengkapi air cond.

Tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis yang terlintas di kepala penulis sahaja.....


2 comments:

Neeza Shahril said...

bukan ke sekolah dah diberi budget?
itulah gunanya tax2 yang dibayar kan..
ke bukan?

Raihah Rosli said...

tak tahu lah kk neeza... saya pun kurg arif. Mungkin tak cukup kot.

Tapi kalau duit rumah sukan kutip utk hias rumah sukan, brg-brg hiasan dan makanan. Kalau tak boleh kutip duit sukan payah laer ckgu.

N3 sy ni sbnrnya utk sedarkan orang jgn kedekut duit utk belajar.