Ini entry tak ada apa-apa. Entry tentang aktiviti yang berjalan dalam beberapa hari ini dituliskan dalam blog sebagai kenang-kenangan.
Semalam meeting, hari ini meeting, esok meeting. Meeting program Kem Fizik, Meeting Rexco.
2 hari menguruskan urusan pertukaran kuliah. Turun naik tangga pejabat. Ke hulu hilir dari BC ke IPSI.
Penat... Letih.... Psssstt.....tapikan sempat lagi main game....hahaha! Sekarang ini dah letak game tu kat dalam pen drive je. Jadi, terkawalah sikit kalau nak main.
Dengan ini pastilah semester ini saya mengambil 18 kredit. Kalau dengar memang tak banyak 18 kredit sama seperti semester lepas. Tapi daripada segi kebiasaannya semester 6 di UPSI untuk kursus Fizik mengambil 15 kredit memandangkan tuntutan tugasan yang terlalu banyak. Tetapi akibat kecelaruan semester praktikal, kami telah menarik satu subjek semester 7 kepada semester 6. Dan subjek tersebut yang menuntut banyak masa untuk program sekolah, microteaching dan macroteaching. Subjek itu namanya Perancangan & Pelaksanaan Kurikulum Fizik.
Kecelaruan semester praktikum sudah berakhir kerana sudah pasti sem 8 adalah semester praktikum.Jadi, pensyarah memberi pilihan kepada kami sama ada mahu menggugurkan subjek itu atau tidak kerana memahami bebanan yang akan ditanggung. Timbul lagi masalah memikirkan sama ada mahu menggugurkan atau tidak. Kalau drop, kurang sikit assignment untuk sem ini. Tapi sayang, sebab AJK untuk program di sekolah sudah dibentuk dan rangka kertas kerja untuk assignment program sekolah sudah siap. Berbolak balik sama ada nak drop atau tak. Akhirnya, bila Shud & Fana nak ambil tandatangan pensyarah untuk drop, pensyarah tu beri tahu kelebihan ambil sem in sebab tak ramai. Dah ramai sangat yang drop. Jadi, fikir-fikir balik.... ambil je lah sem ni. Kebetulan malam tu masa meeting, sembang dengan Haniem, dia cakap masa dia jumpa Dr. Nurul dan diberi tahu bahawa hanya 1/4 sahaja daripada pelajar fizik yang ambil.
Disebabkan sem ini busy kenalah pandai-pandai bahagikan masa...... Pesanan untuk saya!
No comments:
Post a Comment