Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Tuesday, January 13, 2009

Silaunya Cincin!

Tahniah....tahniah....tahniah!

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 untuk semester 6. Dan sepanjang cuti semester lepas, ramai sebenarnya antara kawan-kawan sekelas saya dah melangkah setapak lagi ke depan dalam fasa kehidupan.

Antaranya, ada yang sudah membuat majlis walimahnya.... Puan Ain. Tahniah.... Tak pergi pun kenduri Ain. Tapi dapatlah juga tengok gambarnya dalam Friendster kawan-kawan.

Nak ucapkan tahniah juga untuk mereka yang dah bertunang! Ramai juga.... Disebabkan mereka baru bertunang, so tak perlulah nak announce namakan... Nanti bila kahwin, bolehlah nak heboh-hebohkan. Apa-apa pun nak ucapkan tahniah juga untuk dorang! Tahniah!

Fana, roomate saya cakap, "Silau mata tengok cincin kat tangan dia, tu yang tanya tu , cincin tunang ker?" . Tersenyum bahagia je lah yang menjawab tu.

Dengar cerita ada juga yang akan menamatkan zaman single cuti semester 6 nanti. Tahniah. Kalau yang bakal menamatkan zaman single ni terbaca... mesti senyum meleret. Jemput tau! ( Ni ayat suruhan tau...hahaha)

Juga untuk seorang sahabatku yang bakal bertunang, tak ada perkataan lain yang saya nak ucapkan .... Tahniah!

Waahh.... bayak betul perkataan TAHNIAH! Dan memang perkataan itulah yang sesuai untuk saya ungkapkan kepada mereka. Gembira bila tengok kawan-kawan sekelas tengah berbahagia ni. Pergi kelas pun muka tersenyum je masing-masing :)

---------------------------------------------------------------------


Semester 6 ini sungguh menguji diri sebagai pelajar. Semeseter paling sibuk kot. Semester ini ambil 18 kredit macam semeseter-semester lepas juga. Yang menjadikan sibuk tu sebab semester ini ada mengambil subjek Kaedah Penyelidikan, subjek Rekabentuk Instruksional & Teknologi dan subjek Perancangan&Perlaksanaan Kurikulum Fizik secara serentak. Sepatutnya, subjek Kaedah Penyelidikan sepatutnya diambil pada semester hadapan. Namun begitu, disebabkan kecelaruan tentang semester praktikum, menjadikan subjek itu terpaksa kami awalkan meskipun waktu praktkum kami kembali semula pada sem8 (akhir). Ada anatara subjek tu mengharuskan kami menganjurkan program di sekolah. Jadi, bila da program.... semestinya bertambah sibuk.

Kesannya, sem 6 ni jadi sibuk. Sudahlah tak ada study week! Huhuhu... Tapi ada juga terfikir...kadang-kadang bila hidup busy macam tu, kita lebih menghargai masa. Insya- ALLAH!


Disebabkan agak busy, memang rasanya blog ini juga tak akan banyak entry. Paling banyak pun mungkin seminggu 2 kali. Kalau lebih mungkin masa tu ada free masa @ tengah tensen menyebabkan rasa nak menulis. Tapi, insya-Allah, blog kawan-kawan tak akan saya lupakan. Cuma, mungkin tak sempat tinggal comment. Baca blog itu enjoy sebenarnya :)


4 comments:

Neeza Shahril said...

bila akak tahu kawan2 bertunang masa tengah belajar lagi, akak tumpang happy..
tapi, bila dapat tahu lepas belajar, pertunangan putus, akak rasa.. ye la.. masa belajar, tak nampak orang lain lagi..
bila dah keluar, mata dah luas...
entahlah kan.. kalau ikhlas hubungan tu Insyaallah direstui Allah... banyakkan berdoa.. jangan banyak berdating ;)

Infant's steps said...

tahniah kpd awk juga reqa =)

Mami Hadeef said...

haha.. bile bace entri, tersenyum dgn sendirinya.. mungkin terkena batang hidung yg tak berapa mancung ni.. hehe..

Raihah Rosli said...

Kk Neeza,
Happy kan! Betul juga kata kk Neeza, belum keluar ni, pergaulan belum luas...

Azaty ,
Thanks.... tp utk ape? (*_-)

Haniem,
Memang ada ttg aniem pon!