Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Wednesday, February 4, 2009

Forum!

Di dalam makmal.

"Eah, esok mai lah KHAR, Ustaz Hasrizal mai ceramah."
" Ye ke??? Nak g!"
"Mai la, aku g jemput hang kat rumah."
"Okay! Ak tanya Syu dulu. Aku nk ajak dia. Nanti aku mesej ko, k!"
"Bolehlah, aku bawa kereta, ajaklah Syu sekali, apa-apa mesej aku."


Hati saya berbunga gembira. Nak pergi ke forum tersebut. Hajatnya nak mengajak Cik Siti Nor Syuhada. Sebab dialah teman saya kalau ada aktiviti-aktiviti masa kami sama-sama serumah di kolej dulu.


Di rumah. Mesej Syu.
" Syu free malam esok?"
"Malam esok ada kelas lah Rai. Dengar gak cerita Saifulislam nak datang."
"Uwaaa! :( Baru nak ajak Syu...."
"Orang pun nak g gak! Huhu..."

Tiba-tiba saya teringat tentang sijil! Saya perlu siapkan sijil-sijil untuk peserta program Klinik Fizik. Sijil untuk fasilitator sudah disiapkan. Tapi, sijil untuk pelajar belum dapat disiapkan. Sebabnya kami masih tidak dapat lagi senarai nama pelajar daripada pihak sekolah. Esok baru akan dapat senarainya. Dan hari Jumaat kami perlu cetak sijil-sijil itu. Sebab ada dua pejabat yang perlu saya hantar sijil tersebut. Pejabat HEP untuk dapatkan cop universiti. Pejabat fakulti untuk dapatkan tandatangan dekan. Dan minggu depan tinggal hari Selasa, Rabu dan Khamis. Isnin cuti Thaipussam, office tutup. Takut tak sempat. Jadi urusan nak taip-menaip perlu disiapkan malam esok. Sebab Jumaat nak print dan teruskan hantar ke pejabat HEP. Selasa hantar ke pejabat fakulti. Jumaat pagi dah nak pergi sekolah. Waaaaaa.... sibuknya!

Tapi saya rasa nak pergi juga! Huhuh.... Kalau pergi kena stay up esok malam taip 162 nama pelajar. Eh....tak 81 nama pelajar. Sebab kami ada dua orang di bawah AJK Cenderahati.

Apa-apa pun..... sebelum bebelan saya menjadi panjang.... orang baca pun pening..... Saya nak jemput rakan-rakan sekitar TM....... kalau ada masa lapang ...... pergilah program ini esok!


Insya-Allah.... banyak manfaat!


No comments: