Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Thursday, February 19, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 2-Warkah untuk mereka-

Hari Kedua (14.2.2009)

Pagi ini selepas tamat sesi senam robik , klinik fizik bermula. Takut gak nak mengajar!




Akak kena mengajar bab tingkatan 4 untuk bab 1 dan 2. Tapi bila dapat pegang marker dan berdiri kat depan macam syok pulak. Akak pun memulakan sesi pembelajaran. Dari posisi kanan, Sharul, Syafiq, Kesuma, Munirah dan Azah duduk depan akak.

Pelajar perempuan semua bawa buku rujukan seperti yang dipesan. Tapi pelajar laki tak bawa apa-apa. Akak sikit pun tak kecewa. Sebab pelajar lelaki memang begitu resamnya.

Azah tak berapa sihat, selsema sepanjang kelas. Kamu okay, buat banyak latihan lagi. Masa kelas akak tak banyak minta kamu buat kat depan sebab akak faham kalau orang dah selsema ni memang tak larat nak wat kerja. Kamu dah dapat buat apa yang akak suruh itu sudah cukup baik bagi akak.

Munirah, kamu juga okay. Tapi ada suatu soalan dari kamu buat akak terkejut " Akak bila nak kahwin?". Soalan lain akak boleh jawab Munirah... Hehehe. Soalan kamu tentang velocity dan deceleration memang bagus. Dekat situ akak dapat tahu di mana kekeliruan yang pelajar hadapi.

Kesuma pula, kamu juga okay, kamu boleh buat. Kamu banyak soal. Akak suka. Sebab kamu soal apa yang kamu tak tahu dan confuse. Dan bila akak terang kamu faham. Kawan-kawan lain juga faham. Akak rasa puas dan suka bila kamu dapat faham.

Syafiq... kamu pandai. Cuma kena rajin buat latihan. Akak ajar, kamu senang sahaja dapat faham. Sampai akak suruh ajar kawan lain. Daripada bab 1 hingga bab 2, apa yang akak ajar, sekali sahaja kamu sudah dapat tangkap. Conversion unit dan resolvation of force senang sahaja kamu faham. Tahniah. Itu bermakna kamu pandai. Kamu baik... bekas pelajar maahad kan.

Sharul kamu juga okay. Tapi kena kukuhkan balik basic knowledge math kamu. Mantapkan math mod kamu. Sebab fizik ni jalan pengiraannya semua memerlukan math. Benda-benda yang tak tahu tu, tanya dan tanya. Jangan diam. Kamu budak baik. Ye lah, kamu kan imam dekat asrama. Bagus!

Akak percaya.... kamu semua boleh! Boleh! Tapi kena rajin. Sebabnya akak tak dapat tolong semuanya. Sehari tak mampu nak cover semua. Sekurang-kurangnya apa yag akak ajar kamu faham seterusnya pencetus semangat untuk kamu study! Kamu kena rajin study! SPM tinggal berapa bulan sahaja lagi.

Semangat kamu bertanya masa pembelajaran buatkan akak seronok nak terangkan. Bila kamu tak dapat buat, akak tengok balik di mana puncanya. Akak tengok dan akak beri tahu jalannya. Di mana salah. Kenapa salah. Bagaimana yang betul. Semoga kamu tak buat lagi. Semoga kamu dapat konsep yang sebenar.

Yang penting akak gembira dapat ajar kamu semua hari tu. Sangat seronok. Kamu semua positif. Semangat nak belajar tinggi. Bertanya itu dan ini. Sampai tak mahu berhenti walaupun masa dah habis. Akak terharu! Walaupun letih kena mengajar seharian. Berdiri dan bercakap dari pagi sampai ke petang. Tapi akak rasa sangat puas hati. Kamu bersungguh! Rasa berbaloi! Perhatian dan kesungguhan kamu itu membuatkan akak terus terlupakan kepenatan yang akak alami.


Malam itu akak demam. Terbersin-bersin dan kepala berdenyut-denyut. Sakit yang amat. Allah sahaja yang tahu. Dan akak sedar masa tu bahawa mungkin akak tak cukup rehat, badan akak ni lembik tak boleh kalau penat atau stress. Kalau ikutkan akak memang tak larat nak turun bawah tengok persembahan kamu. Dan memang tak dibenarkan turun pun oleh Kak Shud sebab Kak Shud tak pernah tengok akak seteruk tu.Tapi akak sayang kamu semua. Nak support sebab dari malam semalam lagi kamu semua dah down sebab ada kumpulan lain yang dah sama logo dengan kamu. Akak harap malam ni kamu enjoy.



Persembahan kamu akak tak ambil gambar. Ada video saja.

Lagu pertama tu akak dah cut video .
Lagu kedua...akak harap pandangan kamu terhadap fizik macam yang kamu nyanyikan.
Lagu ketiga...akak suka lagu tu...lagu Cadbury... pergerakan kaki kamu semua canthek!
Lagu keempat buat akak terharu!

Masa akak tengok persembahan kamu tu akak ambil video. Video ni bergegar sikit. Biasalah akak kalau sakit, tangan akak akan menggigil. Akak enjoy tengok persembahan itu. Dan terharu masa kamu semua nyanyi lagu terakhir. Rasa hilang sakit akak! Hehehe...

Malam itu kamu semua down lagi sebab rasakan persembahan kamu teruk dan tak sehebat kumpulan lain. Siapa kata tak hebat. Markah kamu di tengah-tengah, tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. Ialah kamu kan budak-budak skema. Kalau kumpulan lain tu ramai yang gila-gila kan. Persembahan kamu dah cukup baik bagi akak. Dan alunan nyanyian merdu kamu amat akak hargai!

Akak tak sangka kamu boleh sampai tahap menangis sebab rasa tak dapat perform dengan baik masa persembahan. Nasib baik Kak Shud ada dan pandai pujuk. Akak ni kureng sikit bab pujuk-pujuk ni. Budak laki biasa sahaja.

Kakak-kakak fasilitator perempuan mengisi slot rehat masa malam kesenian fizik.

Persembahan habis jam 11.30 pm. Esok tinggal sehari sahaja lagi akak dengan kamu....



------------------------------------------------------------------

Sampai petang ini akak masih teringatkan kamu. Bukan sebab apa, akak masih teringat kesungguhan kamu nak belajar. Sampai dah habis masa, kamu nak juga akak bagi soalan. Bagusnya kamu semua.... Kamu budak baik... Semoga kamu berjaya.... Amin!

4 comments:

Infant's steps said...

hmmm..mcm menarik melalui apa yg awk cerita..bgs la reqa..awk mmg berjiwa pendidik..
mmg awk sesuai jadi seorg cikgu...

kita doakan:
semoga awk sukses dlm bidang yg diceburi..

smg beroleh hikmah dlm setiap event yg awk tempuhi..

smg sihat selalu n bertabah menghadapi ujian yg diberi..

i know u can be a dedicated teacher..
u have it inside u.. =)

ciayok!!

Raihah Rosli said...

tenkiu Azaty!

Kite pun harap kite mmpu jd ckgu yang baik!

Memang kita tak silap pilih apa yang kita dah pilih.

Semoga minat dan semnagt kita sbg cikgu tak luntur sampai mati! Hehehehe!

Akhirnya kita dapat rasa nikmat puas bila mengajar dalam kem tu! Baru kita faham macam mana ckgu kite dlu ngajar. Memang tak harap kan ape2... cukuplah ganjaran dariNya dan kejayaan pelajar!

Mami Hadeef said...

bagus2 cikgu raihah.. terasa nak cite pasal adik2, tp takut ade orang tersalah tafsir.. sesungguh2nya saya amat lemah dalam penulisan..

tahniah cikgu raihah!!!!

Raihah Rosli said...

tenkiu aniemz...

org citer je....... lps kan rindu kat dorg ...hehehe