Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Friday, February 20, 2009

Kem Fizik SEMAIAN Episod 3-Penutup-

Ini entry terakhir tentang Kem Fizik. Sudah seminggu berlalu...


Hari Ketiga (15.2.2009)

Hari ini hari terakhir. Pagi lepas warming up, ada Physicsrace. Saya jaga check point 5. Tugasan di check point 5 senang sahaja. Check point 5 di tengah-tengah padang yang panas. Dugaan betul.... dah lah baru baik demam.
Dari kanan : Shahzreen, Khairwan (AJK Aktiviti), Liyana, Hazni, Masliza(AJK Dokumentasi) dan Raihah.

Tugasan 1-Tugasan utama dan berkait dengan fizik. Suruh peserta ukur panjang tali yang panjangnya 10 m. Tapi kami hanya bagi pembaris berukuran 30 cm. Pandai-pandai peserta nak ukur macam mana. Kami akan minta mereka bagi jawapan dalam unit yang kami hendak. Suka hati kami. Nak dalam unit km, m, cm, mm, nm dan lain-lain. Ada beberapa kumpulan tu kami suruh convert banyak kali unit-unitnya. Dari m tukar ke mm, pas tu tukar ke Tm, pastu tukar ke cm pastu tukar ke pm. Hahaha... kami tak kejam. Kami nak uji balik apa yang telah di ajar pada hari kedua... Huhuhu! Macam-macam aksi masa mereka mengukur. Ada yang guna depa tangan kawan yang tinggi. Cepat sikit siap. Ada yang guna pembaris semata-mata... Hehehe... memang berkurunlah budak-budak tu ukur. Sengeh je lah tengok. Tiada kumpulan yang dapat ukuran yang betul. Paling dekat peserta kira 9.6 meter.

Tugasan 2-Sebabkan tugasan 1 tu senang, ada tugasan kedua. Fasi bagi teks yang panjang. Peserta semua diwajibkan menghafal. Teks itu berisi kata-kata kesedaran seorang pelajar yang lemah tapi sedar bahawa mereka juga mampu berubah. Jadi, teks itu berisi kata-kata motivasi. Peserta baca semula teks yang dhafal tu di depan fasi. Hehehe... kesian... kena menghafal di tengah terik panas di padang. Sepanjang tugasan tu, saya nampak pelajar perempuan senang menghafal teks itu. Ada kumpulan yang dapat hafal dengan baik, ada juga yang tertinggal-tinggal perkataan. Ada yang terus tak ingat. Senyum je lah saya tengok. Ialah karangan sepanjang semuka surat kertas A4 yang hendak di hafal oleh 9-14 pelajar dalam masa 5 minit. Memanglah sukar.
Tugasan 3- Ini denda. Sebab mereka gagal jawab dengan betul pengukuran tali dan gagal menghafal teks dengan baik. Semua kumpulan kena denda sebab tiada kumpulan yang dapat ukur dengan tepat. Dendanya senang sahaja. Nyanyi. Apa-apa sahaja lagu. Tapi fasi tak benarkan nyanyi yang dah dinyanyikan oleh kumpulan sebelumnya. Jadi macam-macam lagu yang kami dengar. Asma-ulHusna, Lagu Negaraku, Lagu Perak, Lagu SEMAIAN (lagu sekolah), chicken dance, lagu Cadbury. Syok tengok budak-budak ni. Enjoy!

Habis Physicsrace pada jam 11 am. Bersiap sedia pula untuk ke acara penutup.

Masa majlis penutup lah diberi hadiah kepada pemenang. Kumpulan saya dapat sagu hati. Tak apa- kamu semua bagus... Bagus dalam semangat nak study! Akak suka... teruskan semangat study kamu tu.

Selepas acara penutup tu, kami fasilitator dijamu makan dengan makan yang sedap di kantin. Nasi beriani. Selepas makan, kami kembali semula ke dewan. Sesi penutup antara peserta dan fasilitator. Nanyi semula lagu tema program ini. Lagu MARILAH BERUSAHA..... lagu ni asalnya Lagu BERNAFAS DALAM LUMPUR....tapi ditukar liriknya. Best....best! Bila peserta menyanyi dengan penuh semangat. Lepas itu sesi bergambar.

Kumpulan 15 & 16 bersama fasilitatornya.



Dan akhir sekali sesi bermaaf-maafan. Sambil-sambil itu, akak tak putus-putus bagi kata-kata azimat (azimatlah sangat ;p)... Semoga kamu bersemangat untuk study. Semoga ada kata-kata akak yang berkesan untuk hati kamu. Seterusnya memecutkan tindakan kamu agar berjaya kelak!

Sharul yang banyak bersembang dengan akak masa ni. Banyak benda Sharul cerita. Kebetulan Sharul pernah duduk Kemaman dan sekarang menetap di Behrang yang hanya beberapa minit dari TM. Sharul, akak doakan kamu berjaya dan jadi manusia baik! Syafiq.... akak pesan jangan asyik kena buli dengan perempuan. Kamu yang pemalu membuatkan pelajar perempuan usik-usik kamu.

Azah.... akak doakan kamu, kamu boleh! Munirah, kamu pun boleh. Kena rajin lagi! Kesuma, hari terakhir ni akak nampak kamu penat sangat . Monyok je duduk dalam kumpulan macam tak happy dengan program ni. Tapi rupanya kamulah yang meleleh air mata berderai-derai masa salam akak. Dan kamu bagi keychain untuk akak sebagai kenang-kenangan. Akak tak nak sebab akak tahu kamu sayang keychain itu, tapi kamu bagi juga.

Selepas itu, kami fasilitator, kemas-kemas barang. Jam 3 kami bergerak pulang. Masa tunggu bas itu Sharul sahaja yang ada. Sharul cakap Syafiq tengah mandi. Sembang-sembang dengan Sharul. Tepat jam 3 naik bas.

Lambaian semua adik-adik peserta... membuatkan kami fasilitator terharu... Siap conteng baju tulis " KAMI SAYANG FASI"! Kamu semua nakal tapi budak baik!

Sharul lambai sampai bas belok dan tak nampak dah sambil tengah makan gula-gula ala-ala Chupa Cup... Sekali tengok macam adik kembar akak yang juga suka makan Chupa Cup. Rupanya pelajar perempuan kumpulan akak ada kat balkoni asrama perempuan sambil melambaikan tangan. Waaa....sayu sungguh!

Semoga kamu semua berjaya!!!!!!



Fasilitator dan peserta " Guru Cemerlang Pelajar Berwawasan (KEM FIZIK)

Barisan Fasilitator

Ini semua kenangan masa kami bergelar fasilitator dan kamu adik-adik. Mungkin tak sama lagi bila kami bergelar cikgu dan kamu pelajar-pelajar!
----------------------------------------------

Akak masih teringat-ingatkan kamu semua.... Tapi tak boleh macam ni, sebab akak banyak lagi komitmen lain selepas ini. Akak ada satu lagi program dengan pelajar sekolah untuk Kem Ibadah. Akak juga ada banyak aktiviti dan assignment untuk disiapkan dalam semester ini yang hanya berbaki 7 minggu sahaja lagi. Setiap kali akak teringatkan kamu, Insya ALLAH akak doakan kamu berjaya dan jadi budak baik! Akak tak ambil nombor handphone atau emel kamu tak bermakna akak lupakan kamu. Kamu semua akan sentiasa dikenang ........ (*_*) ..........

4 comments:

Infant's steps said...

uish..cepatnya update..tak bz kah kak raihah..heee..

Raihah Rosli said...

bz... tp melupakan seketika assgmt yg bertambun.... huhu

muhammad anis said...

wah..cam bez je kem ni..
teringat lak time kat skloah dlu..
huhu..

Raihah Rosli said...

Mmg best... sbb ateh dpt budak2 yg nak bljr.

Dorg aktif dlm kelas n byk tanya...

So ateh sbg cikgu bersemangat nk ajr :)

huhuhu...time skul da lme berlalu...skrg da kat u. Mmg da x cm dlu :p