Kisah ini mungkin kisah saya. Kisah penuh peribadi. Boleh jadi tidak akan sesiapa mengerti. Juga tidak akan ada sesiapa peduli. Masing-masing dalam hidup punya cerita, mengapa mahu baca cerita orang lain? Tidak mengapa, saya cuma akan bercerita kepada yang mahu tahu. Barangkali ada pengajaran, barangkali terdapat sesuatu.~Salsabila Fahim :Tunggu Teduh Dulu: Faisal Tehrani~


Saturday, March 14, 2009

Apa Itu KUASADUAR???


Orang pertama bertanya tentang maksud KUASADUAR ialah Cu. Ramai lagi selepas itu yang bertanya. Dan setakat ini yang terakhir bertanya ialah Fana.

Terima kasih kerana prihatin dengan nama blog ini. Ia hanya sekadar nama. Tiada apa yang tersirat di sebalik huruf K.U.A.S.A.D.U.A.R.



Bagaimana terbentuk KUASADUAR???

Pada asalnya sebelum blog ini menjadi bacaan umum, blog ini adalah untuk saya menulis dan membaca seorang diri segala hasil penulisan saya. Jadi saya menamakan blog ini RAIHAH ROSLI dan URL nya ialah http://raihahrosli.blogspot.com. Segalanya RAIHAH ROSLI. Nama blog dan URLnya. Tapi selepas blog ini menjadi bacaan umum saya menukar nama blog ini kepada KUASADUAR. Supaya saya tak tamak haloba menggunakan nama saya semata-mata. Nanti orang kata saya gila nak glamourkan nama saya yang best tu. Hahaha....

Maka tercetuslah idea nak tukar nama blog. Perancangan awalnya ada beberapa pilihan. Semuanya adalah ringkasan kepada nama saya. Raihah Rosli. RR. Huhuhu.... masih tak mahu lari dari nama sendiri. Saya amat sayang dengan nama saya yang unik itu... :P

Antaranya : RSQUARED dan DOUBLER. RSQUARED bermaksud kuasa dua huruf R. Manakala DOUBLER bermaksud double huruf R. Namun begitu disebabkan menyedari hakikat kelemahan diri ini dalam bahasa Inggeris, rasa macam tak layak pula nak letak nama blog dalam bahasa Inggeris sedangkan entrynya dalam bahasa Melayu.

Jadi alternatifnya ialah DWIR atau KUASADUAR. DWIR bermaksud dwi R @ dua R. KUASADUAR pula bermaksud kuasa dua huruf R.



Kenapa memilih KUASADUAR???

Sebab KUASADUAR adalah kuasa dua huruf R. Kuasa dua seringkali digunakan apabila membuat kira-kira dalam fizik. Jadi, ia ada kaitan dengan saya yang mengambil bidang fizik. Berbanding dengan DWIR. Dwi itu biasa digunakan untuk memberi maksud dua yang kebiasaanya digunakan oleh orang bahasa. Lagipun bunyi KUASADUAR lagi merdu dari DWIR. Ye ke? Huhu....



Ringkasan???

KUASADUAR bermaksud kuasa dua huruf R. R superscript nombor 2. R(superscript)2. RR mewakili Raihah Rosli. KUASADUAR nama ciptaan saya. Tidak diambil atau dicilok dari mana-mana. Maka ia begitu signifikan dan unik.


Kesimpulan...

Kesimpulannya.... Ia sudah ditakdirkan begitu (*_~) . Saya sudah serasi dengan KUASADUAR.



Ini entry yang telah di'schedule'kan. Sekarang saya di Sekolah Kebangsaan Kg. Soeharto di KKB untuk mengendalikan program Kem Pembangunan Insan & Khemah Ibadah.

8 comments:

Infant's steps said...

maka dgn ini,kita meluahkan apa yg sudah lama terpendam dlm hati ini..

sbnrnya dah lama dah kita nak tanya awk apa mksd kuasaduar..tapi kita pendamkan sahaja dlm sanubari kerana menghormati pendirian awk..

=p

wanie sk said...

Tapi selepas blog ini menjadi bacaan umum saya menukar nama blog ini kepada KUASADUAR. Supaya saya tak tamak haloba menggunakan nama saya semata-mata. Nanti orang kata saya gila nak glamourkan nama saya yang best tu. Hahaha....

-ahakz,sepertinya panas aja kt membacanya..hehe

Neeza Shahril said...

oooo.. barulah akak tahu.. selama ni wonder jugak tapi tak terfikir nak tanya..
sebab nama blog kan macam2..

syuhada said...

wah,ade ke yg tye..ku udah lama tahu..hihi..since i used to call u double R..hahahaha

Raihah Rosli said...

azaty:
Pendirian kita? kekeke.... x de nye... hnye skdr nme :)

Wanie:
Panas ker? hehehe warm je kot :)

Raihah Rosli said...

Kak Neeza:
Sebab tu ada n3 ttg ni.... sbb ramai juga bertnya... :)

Syu:
Org pun x pk yg org len x perasan.... rupenye mmg rmai x prasan n x tau...

MieJida said...

kita tak tanya sebab dah tahu jugak. ;p

Raihah Rosli said...

waaaaa... bgus lah sjid... nampaknya ada yg tau..ad yg tk dpt nk teka... mksudnya nama kuasaduar tu tak pelik la kan..